Aku xtau la apa kono dengan mamat sorang nih. Mental ke ape aku pun xtau la. Nak maki ke saman ke gi la kat tempat sepatutnya. Tak perlu ganggu blog orang lain. Rajin benar la dia dok sebar benda yang tak berfaedah ni kat blog aku dan blogger lain. Rajin benar la dia dok menulis yang ntah hapa2 belum tentu faedah dividen yang dia akan dapat. Mental btol la budak ni.
Friday, March 26, 2010
Ada lagi rupenyerr
Aku xtau la apa kono dengan mamat sorang nih. Mental ke ape aku pun xtau la. Nak maki ke saman ke gi la kat tempat sepatutnya. Tak perlu ganggu blog orang lain. Rajin benar la dia dok sebar benda yang tak berfaedah ni kat blog aku dan blogger lain. Rajin benar la dia dok menulis yang ntah hapa2 belum tentu faedah dividen yang dia akan dapat. Mental btol la budak ni.
Sunday, March 21, 2010
Birthday on Mac
Banyak betol la besday bulan Mac. Pokai aku kalau disuruh untuk beli hadiah..haha..( nota : hadiah untuk mak akan aku cari dan belikan kan. Special for you mum. ). Orang kawin - kawin pun ramai juga. Bersalin pun ada juga. Sorry for all. Aku tak boleh pegi bertandang ke majlis korang semua. Korang jemput tapi tak support tiket flight aku sekali. Kalau korang support konfim aku pergi...hehe...lols. Tapi time kenduri aku jangan korang tak pi plak. Aku sekeh kepala hampa semua. Konfim dan wajib pergi. Bawa hadiah sekali k. Kepada yang dah kawin tu. Doa2kan la aku dipermudahkan jodoh dan cepat kawin cepat dapat anak...haha..( nota : konfim mak aku sumpah seranah kat aku. Time belajar ni bleh plak nak kawin2. Masa sebelum belajar disuruh kawin tapi mati2 aku tolak. haha. ) Wedding kali ni tak dapat la aku and the geng nak curi sireh jungjung buat makan...hehehe.. ( nota : petua orang dulu2 kalau nak kawin cepat. Hasil ajaran dari kak zai..lols ). Nakal juga aku ni kan. Emm..kepada yang sambut dan akan sambut besday tu aku ucapkan selamat hari jadi la dan dipanjangkan umur seta dimurahkan rezeki selalu. Semoga hampa semua sihat2 belaka.
Wednesday, March 17, 2010
Bisakah
Love this song. Dulu kalau pi jejalan dengan kak nor mesti akan pasang lagu ni dalam kete. Sampai penat la kaset tu berputar. Asyik dok rewind ja. Menyanyi la kitorang dalam kete tu sampai sakit anak tekak. Haha..Rindu btol saat2 itu.
p/s : laa..baru aku perasan. Ada plak part borak2 tu..aduyai..nama pun copy dari internet kan. xpe la anggap je selingan iklan..lols
Ape ek???
Apa yang aku nak cerita untuk entry kali ni ek. Emm...Mak aku pernah kata yang aku ni ada mewarisi sifat ayah aku. Ntah la. Ada ke ek???? Mak aku ja yang tau. Nanti aku balik kedah aku tanya dia k. Kadang2 aku terfikir adakah tindakan aku itu betol atau sebaliknya. Kadang2 juga aku terfikir perlukah aku buat begitu atau sebaliknya. Dan kadang2 aku terfikir adakah aku ni kejam. Tapi macam mana plak orang yang cuba menikam aku dari belakang??? Cuba untuk menceritakan tentang sesuatu yang bertentangan dengan diri aku ?? Orang yang hanya berbaik dengan aku kerana ada perkara yang tersirat ?? Orang yang cuba membuat sesuatu perkara yang aku tak suka?? Dan kadang2 bila perkara itu berlaku. Aku akan cuba untuk jauhkan diri. Bukan bermaksud untuk melarikan diri tapi cuma untuk set semula diri aku agar tidak terus membenci dirinya. Cuba untuk memaafkannya. Cuba untuk memikirkan kebaikannya pada aku sebelum ini. Cuba untuk menerima dirinya semula agar tidak terus membencinya. Cuba dan cuba malah cuba. ( nota : maaf..jika aku tidak lagi menghubungi sesetengah orang itu dan jangan risau aku xkan melupakan korang semua. kamu tetap berjasa pada diri ku ini. selain itu, aku juga menyibukkan diri aku di sini supaya aku tidak selalu pikirkan perkara yang lepas ).
Ada orang pernah kata pada aku. Kenapa perlu aku lari. Just go on dan terima semuanya. Yes, aku terima! Tapi berikan aku ruang untuk aku bernafas. Aku tidak pernah lari dari sesiapa tp aku hanya ingin mencari ruang untuk bernafas. Untuk aku berfikir sejenak. Baik dan buruknya. Supaya aku tidak tertekan dengan apa yang terjadi. Supaya aku boleh berfikir secara logik malah waras dan boleh memaafkannya. Aku bukan seorang pendendam dan aku bukan seorang pemarah. Berikan aku ruang untuk aku tenangkan diri aku. Supaya diri aku tidak rasa sesak atau rimas kerana diri kamu.

Tuesday, March 16, 2010
Anjing oh anjing
Walaupun orang selalu kata anjing adalah sebagai penyelamat. Anjing juga sering digunakan oleh sesetengah orang untuk jaga rumah mereka. Kononnya untuk jaga keselamatan la. Kalau ada pencuri nak masuk rumah, anjing akan bertindak untuk tolong tuan umah kejar pencuri tersebut. Tuan rumah just duduk di rumah menanti anjing gigit kaki pencuri tu pastu baru tuan rumah itu akan bertindak ( nota : itu pun kalau anjing tu x biol la. Biol akibat dibaling kayu oleh pencuri yang dikejar ). Selain itu, abang2 polis juga selain tulis surat saman untuk aku. Dorang selalu guna anjing untuk menyiasat kes2 tertentu. Terutama kes jenayah la. Dan banyak juga kes2 ini berjaya diselesaikan dengan bantuan anjing. Bagus kan anjing ni. Banyak kegunaannya.
Haiiii....boleh berkenalan..
Tapi sehebat mana pun anjing ini seramah mana pun anjing tetap haram bagi umat islam. Tak boleh dibela. Sebab anjing adalah najis yang paling besar dan harus disamak jika tersentuh atau menyentuh nya. Haram bagi umat islam. Dan oleh sebab itu juga la. Bila anjing datang melepak kat koridor blok aku. Panjang je langkah aku berlari dan terus berlari. Selain daripada najisnya aku juga takut padanya ( nota : Allah yang paling ditakuti ). Kat sini aku memang trauma dengan anjing. Nampak je anjing terus aku berlari sekuat hati. Walaupun anjing tu berada jauh dari aku. Aku tetap akan melarikan diri. BUkan kerana aku bersalah padanya tapi aku trauma dengan anjing. Mana la tahu tiba2 dia gigit aku ke kan. Jenuh la plak aku nak kena gi samak dengan luka2 gigitan lagi. Tak pun dia datang2 menyendel kat kaki aku ke. Dah orang kata aku langgar hukum agama. Tak boleh itu. Haram tetap haram. Dan disebabkan anjing juga la kadang2 aku terpaksa mengikut jalan pintas ( nota : jalan pintas paling jauh sekali ). Meredah blok orang semata2 nak mengelak dari bertemu dengan anjing. Budak2 bilik aku pun dah boleh paham apabila malam je aku call dorang. Secara automatiknya dorang akan buka teropong memerhatikan kelibat anjing. Jika line clear ( nota : bebas anjing ) signal akan diberi. Dan aku dengan rasa selamatnya naik tangga blok untuk ke bilik aku. Jika dorang dengar aku berlari sambil menjerit dari tandas. Cepat2 dorang akan bukakan pintu dan tutup pintu itu semula ( nota : baguskan budak2 ni. Penjaga aku yang baik disini. lols ) . Itu menandakan anjing sedang senyum kat aku. Trauma aku dibuatnya. ( nota : manusia tak boleh jatuh cinta dengan anjing..haram hukumya. lols )
Jadi kepada anjing2 semua. Seberapa comelnya bulu engkau. Engkau tetap haram bagi aku.huhu
Bila la UMS ni nak tangkap semua2 anjing ni. Trauma aku dibuatnya. Sengsara hidup..
Monday, March 15, 2010
Kau ku sayang
Kalu korang tanya kenapa gambar aku paling banyak dalam video ni. Semua ini adalah kerana korang masih dalam blog aku. Jadi gambar aku la paling banyak. kekeke..lols. aku sebenarnya tengah belajar buat movie maker. sesaja ja. macam best pulak aku tengok budak2 aku tu buat movie maker untuk program hujung bulan nih. Dan ini lah hasilnya setelah aku belajar untuk buat movie maker. Belajar sorang2 je tau tanpa tunjuk ajar sesape. i_i..dan ini hasilnya yang tak seberapa cantikk...
nota : kepada en ahmadi. tolong jangan lantik aku jadi pengarah untuk kelab badan pencegah rasuah ek. susut kepala aku nak pikir nak buat program ape nanti. lagi pun dalam bab cegah2 ni aku kurang arif terutama dalam anjurkan program..susah la nak cari program yang bersesuaian untuk program cegah - cegah ni. Kepada jun pulak..jangan ko pi sebar gosip yang ko buat semalam tu k...aku dengan dia xde ape2 la. mati aku nanti kalau 1 ums tahu..
Banjaran Crocker
Ni jalan raya kat banjaran crocker. Jalan kat situ xde bengkang bengkok just straight ja menuju ke atas. Kena pandai jaga brek dan gear la. ( baca : mengikut kata orang sini la )
Alahai ni sapa plak ??? Yang penting bukan skandal aku k.
Gambar - gambar ni aku copy kat dalam internet. Sekadar nak berkongsi dengan hampa semua tentang banjaran crocker. Dengar cerita best kat situ. Terutama pemandangan kat situ la. Cantik bangattt. Sekarang ni aku dah merancang untuk pi sana. Mungkin lepas final exam kot. Tak pun semester depan. Kepada Milla dan Jasman tu bersiap sedia la korang ye dalam mendengar pujuk rayu aku untuk pergi jejalan. Haha..Lagipun korang jangan risau. Aku yang drive korang tidur je kat belakang ( read : dijamin takkan tidur terus punye la...lols ). Kepada sesape nak join tuh dialu-alukan. Kalau tak nak. tak pe. tak la terjadi kes aku kene menunggu orang ( read : that enough. when i need to menunggu for somebody lebih dari 8 hour and 3 year ). aku tetap akan pergi juga..lols.
Friday, March 12, 2010
Wednesday, March 10, 2010
Sayang mak dan nasfis - Happy Birthday
HaPPy BirthDaY to
My Mom ( 9/3/2010 )
~ I love you mum so muchh ~
Nafis Zafran ( 8/3/2010 )
~ Dah besar anak mak lang ni. Dah 2 tahun dah. Cepat sungguh sayang mak lang ni membesar ~
My Mom ( 9/3/2010 )
~ I love you mum so muchh ~
Nafis Zafran ( 8/3/2010 )
~ Dah besar anak mak lang ni. Dah 2 tahun dah. Cepat sungguh sayang mak lang ni membesar ~
Tunggu kak cik balik na mak..kita sambut birthday sama - sama nanti. Sorry tahun ni tak dak surprise just wish ja...ni kek untuk mak dan nafis..gambar kek pun kira ok la no..hehe
Nota : Aku dilantik jadi ahli sekreteriat UMS. Aku dilantik sebagai setiausaha Persatuan Mahasiswa UMS. Akan aku kaji apa yang tak kena dalam MPP..hahaha..Sorry kepada adik2 Baktisiswa..kakak ko ni cerewet sikit dalam bab menguruskan program. Bukan apa..kalu boleh nak program tu perfect dan bukan buat keje hala balai ja. Apa pun terima kasih sebab sudi melayan kerenah kakak mu ini...hahaha.
Monday, March 8, 2010
Pasar Tamu, Kota Belud
Semalam aku dan Milla pi Pasar Tamu Kota Belud..Gila betol aku nih. Tengah exam pun bleh pi jalan lagi. Kalau failed mati aku..huhu..Aku pi cari madu kat sini. Bukan madu tiga ye tapi madu lebah. Bagi aku pasar tu berbeza dengan pasar tani semenanjung. Berbeza sangat. Perjalanan nak ke sana lebih kurang sejam kalau drive dengan kereta la. Paling lama pun dalam 2 jam macam tu la.
Ni antara kuih tradisional masyarakat sini. Yang satu tu aku terlupa la namanya tapi kat semenanjung pun ada juga kuih tu. Yang dalam daun keladi tu adalah tapai nasi. Kalau kat semenanjung tapai dibungkus dengan daun pisang tapi sini balut dengan daun keladi. Kat pasar tu kain dijual macam lelong ( nota : mengikut kata kawan aku, Milla )
Ni hasil2 laut yang dijual. Kepah ada udang sungai ada haruan pun ada. Pekasam pun ada pekasam salai pun ada. Tapi aku terlupa nak tanya cara buat pekasam mengikut kaedah kota belud.
Kat sini pun ada jual gong dan 1 lagi tu aku terlupa la. Terlupa plak nak tanya harga gong tu. Tapi kawan aku kata mahal juga harganya. Tapi permainan ni memang jadi tradisi masyarakat situ. Gambar kat atas tu ada sorang pak cik dan mak cik tengah main permainan alat muzik gong. Sedap la juga sebab dorang pandai main ikut rentak maksudnya sorang ketuk gong kecik dan sorang lagi ketuk gong besar tapi tak lari picingnya.
Mangsa aku kali ni adalah Milla. Nasib ko la sbb jadi kawan aku. Ape2 pun sory buat ko sakit kaki. Harap ko tak serik nak jejalan dengan aku lagi. Harap rancangan nak pi banjaran Croker tu jadi la ye. Aku nak test drive kat situ. Dengar kata best. Tak pe la Milla..bersabar la dalam melayani tabiat berjalan aku nih.hahaha

Friday, March 5, 2010
Lalalalalala..
Nasib baik la program kursus intensif pelajar cemerlang ditunda ke hari yang lain. Tapi preparation tetap berjalan. Aku jadi urusetia untuk program itu. Baru masuk sem 1 dan baru masuk 3 kat sini aku dah sertai byk aktiviti universiti..hehehe...Sekarang ini aku just tunggu keputusan temuduga utk jawatan skreteriat ums dan urusetia utk program minggu suai mesra. Kalau tak dapat sem depan aku mohon lagi. Huhu. Sepanjang aku joinkan diri aku dalam program bersama MPP. Banyak juga kelemahan dalam pentadbiran MPP aku kesan.
Layak ke kalau aku jadi wakil MPP? Haha...Macam x layak je kan. Oh lupa plak. MPP tu Majlis Perwakilan Pelajar. Keje dia jadi wakil @ suara pelajar2 universiti. Walaupun ada kawan2 yang suggest supaya tahun 2 nanti aku mohon jadi wakil tu tp malas la den. Kurang minat utk berpolitik dan kurang minat utk mempomosikan diri. Ape kelas semua tu..Kekeke..Aku lebih suka orang nilai aku dari segi kerja tapi bukan dari percakapan atau janji2 kosong. Itu cara aku. Malas la. Jawatan tu byk kerja. Jadi tumpuan pelajar2 u. Kena selesaikan masalah pelajar. Bukan aku x suke semua ni. suka. Lagi pun tujuan utama aku masuk U ni bukan pasal gila jawatan2 yang ada kat U. Tp utk dapatkan segulung ijazah, ilmu untuk diri, bakal anak aku dan bakal keluarga aku, naik pangkat ( nota : hehe ), nak lari dari kesibukan dan tension keje dan cari perubahan hidup. That all.
Ok..minggu ni rasa lapang sikit sebab program kursus tu batal jadi aku boleh tumpukan pada tugasan yang banyak tuh. Program baktisiswa pun belum settle lagi ni. Exam mid term pun tak habis lagi. Bulan depan dah final exam. Adoi. Pening kepala aku. Macam nak tarik diri je dari join program outdoor MPP kat sandakan. Program tu program bersama kanak2 sekolah. Program selama 1 minggu. Banyak perkara yang akan aku tertinggal kalau aku join program tuh..How ek? Program tu mcm best juga. Hmmmmm...

Wednesday, March 3, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)