Wednesday, June 30, 2010

Makaroni Bakar

Asyik dok tengok kakak aku yang dok tunjuk masakan dia. Aku pun nak tunjuk dan kongsi juga la dengan hangpa semua. Aku ni tak dak la pandai masak sgt pun. Sekadar nak berkongsi boleh la...hehe..jom pakat kita cuba noo...





Bahan-Bahan:


1 bungkus macoroni
600 gm daging lembu cincang
10 biji telur ayam

3 labu bawang besar - dipotong dadu

1 tin sos pasta - aku guna jenama prego . kalau nak rasa pedas la

Garam secukup rasa


Cara:


1. Makaroni di rebus dgn air. Letak sedikit minyak dan garam.
2. Telur di pukul sebati.

3. Gaulkan makaroni, telur, bawang dan sos pasta dan daging cincang.

4. Letak garam secukup rasa.

5. Sapukan loyang dengan minyak. - supaya tak melekat bila bakar.

6. Tuangkan adunan dalam loyang.

5. Bakar dalam oven selama 15 minit 150 darjah.


Cadangan Hidangan: Kalau suka boleh dihidangkan dengan bawang goreng. Nak lagi pedas boleh tambahkan sos cili..


Selamat mencuba =)

Tuesday, June 29, 2010

Percutian di pantai merdeka resort

Ku ukir nama mu di awan gunung jerai,
bersaksikan laut daun nyiur melambai,
dari pandangan permai di situ tanjung dawai,
terkenang peristiwa cinta kita terurai,
oh indahnya peristiwa,
cinta kita di pantai merdeka...

Ewahh...pagi2 macam ni mendayu2 plak aku ni berpuitis..hehe..ni cheq nak bagitau hangpa semua dan nak buat promosi la sikit kat tempat pelancongan negeri cheq ni...( 1st time aku rasa promosi tmpt sndr kat blog aku ni..hehe ). ok. Minggu lepas aku dengan family pi holiday kat pantai merdeka resort. Best juga la resort ni. Cantik. Dulu kurang cantik tapi sekarang dah cantik. Cantik sangat. Kat sini kita boleh berkelah, mandi2 pantai, naik bot gi mancing atau gi seberang untuk ke tanjung dawai, dan mcm2 lagi la. Tapi kalau nak buat trip gi sini aku x cadang kat korang untuk mandi pantai kat sini. Air kat pantai merdeka kurang elok sejak kena tsunami tahun 2006 dulu. Aku lebih cadang korang mandi kat kolam renang yang dorang sediakan tapi ada juga orang yang gi mandi pantai kat situ. Ok je aku tgk dorang mandi. Dulu mmg cantik dan boleh mandi. Sebelum ayah aku meninggal kitorang 1 family selalu datang sini untuk bercuti. Bestt.


Ku ukir nama mu di awan gunung jerai, bersaksikan laut daun nyiur melambai, dari pandangan permai di situ tanjung dawai, terkenang peristiwa cinta kita terurai, oh indahnya peristiwa, cinta kita di pantai merdeka...itu la gunung jerai. Penanda kepada kapal2 pedagang dahulu bahawa dorang dah sampai ke tanah melayu...


Sementara tunggu kakak2 dan abg2 ipar aku sampai. Aku, mak dan adik pi la pekena mee udang dgn abc dulu untuk kenyangkan perut yang sudah kelaparan. Kat pantai merdeka beach resort ni tak susah nak cari makan. Pengunjung boleh pilih nak makan kat cafe yang disediakan oleh merdeka beach resort ataupun kat kedai2 makan yang dibuka depan resort. Pilih je nak yang mana. Emm...Kat sini pun ada juga jual mee udang juga. Sedap. ABC Gunung Jerai kat kedai ni pun sedap juga. Aku suggest korang pi makan kat kedai kak cik. Sedap. Tapi kalau nak pekena mee udang yang lagi sedap lebih baik pi pulau sayak. Pulau sayak mmg terkenal dengan mee udang. Dekat je nak pi situ kalau dari pantai merdeka. Kalau nak pi makan atau nak cari ikan kering @ belacan kat tanjung dawai. Boleh naik bot je gi sana. Lagi dekat. Dari pantai merdeka dah nampak tanjung dawai.



Ok tak?? Kat sini ada byk bilik. So kurang boleh buat pilihan. Harga yang di caj pun ok juga. Berpatutan. Korang boleh call atau gi website resort ni. Kalau nak datang sini untuk bercuti. Sebaiknya booking dulu. Biasanya weekend mmg fully booking.


Ni aktiviti kitorang waktu pagi. Menjala ikan la. Kat sini kita boleh pancing ikan.

Align Center

Tengok la gelagat anak2 buah aku ni bila dapat air. Sukeeee benar.


My lovely with her daughter.


Percutian kali ni paling bestnya budak dua orang ni la. Dapat bebas katakan..hehehe...

Wednesday, June 23, 2010

My famili song



I love you

You love me

We're a happy family

With a great big hug and

A kiss from me to you

Won't you say you love me too?

I love you You love me

We're best friendsLike friends should be

With a great big hug And a kiss from me to you

Won't you say you love me too?


p/s : i love my famili...sayang mak, ayah, kakak, kak tun, atin, anak2 buah dan abg2 ipar yg nice...dan anak2 buah aku suka sangat nyanyi lagu ni...i love both of u...muahh

Alahai kesian nafis

Kesiannya kat anak buah aku yang sorang ni..kecik - kecik dah kena berulang alik pergi klinik. Dalam beberapa hari ni dia kena berulang alik pergi PMC ( Putra Medical Center ) untuk sedut gas ( nota : aku lupa ar nama rawatan ni..hehe ) untuk buang kahak. Dia bukan lelah tapi buang nak buang kahak. Tiap2 malam kuat bunyi dengkur dia bila tior sebab dia tak buang kahak. Budak2 kecik mana la reti nak buang kahak ke air liur ke...telan je semua. So bila buat rawatan ni ok la sikit tido malam dia. Kesiannya kat anak mak lang ni..


Tuesday, June 22, 2010

Happy Meal McD

Kalau patung McD macam ni...rasa2nya korang nak makan mcD lagi x???? hehe..macam tanya soalan pada diri sendiri je... ( nota : aku ni kan hantu mcD....dounle cheese burger...yummy )

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Ayah

Hari Bapa datang lagii...

Kami hanya empat beradik... semuanya perempuan... alhamdulillah..
walaupun xder gen 'X' dalam senarai anak-anaknya.. dia tetap gembira.. mengajar anak2nya berdikari.. pernah sekali zaza diajar untuk tukar tayar kereta.. menitis peluh dan air mata.. rasa mcm dibuli.. tp kerana itu zaza ada pengalaman tukar tayar kereta.. tahu apa yang patut dibuat kalu tayar kereta pancit lagii..

sejak sekolah lagi, dia hanya bagi limits.. mesti dapatkan angka bawah daripada 10 dalam peperiksaan.. mmg baik la sikit dari mak yang hanya membenarkan angka 3 kebawah sahaja dalam peperiksaan.. sejak tadika, dia lah yang berulang-alik pergi dan balik menghantar kami adik beradik ke sekolah.. kalu muat, dia akan tumpangkan seorang dua kawan2 zaza kat sekolah tu.. kesian katanya duk tunggu tengah panas.. herm.. :) dengan zaza, dia berhantar sampai zaza tingkatan 6.. walaupun kadang2 ader angin keras kepalaku nk pergi sendiri ke sekolah, berbasikal dengan kawan2..


kini semuanya tinggal kenangan.. yang buruk dan baik.. semuanya indah belaka bagi zaza kerana dia sudah tiada di sisi.. sesekali zaza akan dengar semula rakaman suaranya menjawab panggilan dari seseorang yang dirakamya secara tak sengaja ke dalam telefon bimbit mak suatu masa dahulu.. memandangkan suaranya tidak mungkin lagi kami dengari, namun bingkisan itu membuatkan zaza rasa dia dekat dengan zaza.. suara itulah yang pernah menengking dan memarahi zaza ketika ada buat salah dengannya.. dia mmg terkenal dengan sifatnya yang garang namun ramai kanak2 suka dengannya kerana dari dulu.. dia mmg pandai mengambil hatii budak2..
itu lah pengorbanan AYAH.. tidak tertulis kalu nk dikira.. tidak terucap kalu nk dikata.. terlalu banyak...


TERIMA KASIH AYAH..

TERIMA KASIH ALLAH...
kerana nikmat kasih sayang-Mu.. aku BAHAGIA bersama mereka..

al-fatihah untuk AYAH...

copy from zaza@mamahanin . minta izin copy ye kakak...kak cik mu ini malas nak menaip..hehe

hmm...itu lah ayah aku...walaupun xde anak lelaki tetapi dia tetap trainning anak2 dia dalam melakukan kerja lelaki sbb dia nak anak2 dia berdikari dan tahu semua tentang perkara2 yang tak dijangka. Garang dia tapi baik hati...aku adalah anak yang paling nakal diantara empat orang anak2 dia...aku tahu mak dan ayah selalu pening kepala kerana aku...tapi mereka tetap beri petunjuk dan nasihat supaya aku tidak tersalah langkah. Alhamdulillah kemana saja aku pergi dan lakukan, aku tak pernah lupa pesanan ayah dan mak...semua itu menjadi kekuatan hidup aku....thanks dad thank mum...

Bole Chundiya Bole Cahndana

Beberapa hari ni aku asyik layan cerita hindustan...best oooo...kena plak time babak hero nak selamatkan heroin..tragis betol...pastu lak time guling2 atas rumput sambil menyanyi...tangkap cintan betol la...sebenarnya cerita hindustan adalah salah satu favourite filem or drama pada aku..itu pun tgk pada cerita gak la. kalu crita tu best aku layan la. kalau x best dan hero heroin dia plak x cun dan handsome aku tak layan la...The best actor dan actress yang aku minat adalah Shah Rukh Khan dan Kajol...best ooo...boleh dikatakan semua drama or filem lakonan dorg aku minat...Kalau cerita tak best pun aku tetap layan janji dapat tengok muka dorang ni kat tv...hehe..



Sebab tu la masa keja kat putrajaya dulu aku asyik usha mat mat bangla dalam bas...hahaha....minat aku bukan minat untuk jatuh cinta ke apa just suka tengok muka dorang...hensem ooo....hidung mancung, rambut lak ada yang belah tepi dan ada yang belah tengah...banyak2 tempat yang aku pi memang mat2 bangla kt tempat lain xbleh menang la dengan mat2 bangla kat putrajaya tu...hahaha ( punya la fanatik aku ni ). Yang aku suka usha lepa ni semua sbb ada kelakarnya kat dorang ni. Pagi dan petang lepa akan berebut bas dengan staf2 goverman untuk pi dan balik kerja. ( nota : mat2 bangla ni bukan keje kat ofis la tapi buat bangunan kat sekitar putrajaya tu ). Pergi dan balik kerja, hensem je dorang ni tau. Smart la gitu. Kiranya tak selekeh la walaupun dorang kerja buat bangunan. Dorang ni memang jaga penampilan walaupun ada yang butang baju kancing sampai leher...kiranya control macho la tu..dah cukup hensem la tu. Tapi aku rasa sekarang mat2 bangla kat situ dah tak hensem dah. Mungkin sebab dah xde orang nak usha dorang tu lagi. kekeke...


Aku dan shah rukh khan....x pecaya??? x percaya sudah bukan aku paksa percaya pun...l0ls..

Bila orang tengok cerita hindustan...aku tahu ada yang berangan2 untuk jadi macam cerita hero dan heroin tu kan...baik korang mengaku... ( aku pun dulu ada la juga...hehe..pengakuan berani tuh ). ada yang berhabisan tisu kerana menangis tengok cerita hindustan ( read : aku x pernah menangis tengok cerita hindustan bila hero mati kena tembak atau kena pukul k. Ataupun heroin x dapat kawin dengan hero..tak main la nangis2... ). Tapi itu la penangan cerita hindustan...

Jom kita layan lagu ni..ayuh menari macam shah rukh khan, kajol, hitrik roshan dan karina kapoor... AMARAN : kalu rasa ada yang sakit pinggang tu tidak digalakkan ikut menari. nanti tercabut skru plak..hehe

Hujan

Pagi2 ni syahdu plak aku ek..hehehe...xde la. aku tengah tunggu hujan berhenti ni. Nak pi beli ikan. Lebat betol hujan turun. Dari malam tadi sampai la sekarang ni.. harap2 nanti berhenti la hujan ni. Ikan dan sayur xde dalam peti sejuk.. Maghrib karang mak aku nak buka pose nak makan ape. Tak kan nak masakan meggi untuk dia....mengamuk la mak aku tu nanti...sementara tunggu hujan berhenti aku nak layan lah dulu lagu ni..hujan oh hujan...

Wednesday, June 16, 2010

M Nasir - Suatu Masa

Cuti semester ku

Long time no blogging...kekekekeke..sooooo soorrrryyyyy to my blog.hehe..penyakit malas aku mula menular la..lagipun aku nak restkan diri dan minda aku dari pening2 ( tapi FB tetap on.muhaha ).Tapi memang la cuti aku yg "terpanjang" dalam tempoh 4 tahun ni mmg bermakna bagi aku..haha..ya la kalau time keja duli mana bleh ambil cuti sampai dekat 2 bulan..nak kena berhenti keje ke?? lagipun kadang2 cuti tak rasa mcm cuti asyik fikir keja yang melambak atas meja je..huhu..time cuti ni aku like housewive la..hahaha

Walaupun hampir setahun lebih aku tak memasak sbb sibuk keje dan lagipun berulang alik dari kl ke klang membuatkan aku lebih suka ambik jalan mudah iaitu order kat drive thru atau mana2 kedai yang bersesuaian untuk aku makan..tapi korang jangan sesekali memandang rendah pada aku tau...skill memasak yang diperturunkan oleh mak aku masih ada dan kekal di ingatan dan air tangan aku ni tau..hahaha..nak cuba??? mai rumah aku la..aku masak untuk hampa semua..ikan goreng??? ikan kering goreng?? sayur goreng??? cakap je nanti aku goreng..keke ( sambil mendabik dada..jeles la tu..keke )

Ok ni aktiviti yang dah lama aku tinggalkan iaitu planting..aku suka menanam pokok...so balik cuti kali ni aku cuba kembalikan aktiviti yang dah lama aku tinggalkan dulu. ( tapi kalau bab siram pokok aku la yang paling malas..hehe )


Ok ni koleksi CD aku..pilih ja nak yang mana..cetak rompak ada original pun ada..hehe..hantu CD aku ni..mak aku geleng kepala bila tengok koleksi CD aku..sambil2 la juga dia mengira betapa kaya rayanya tauke CD cetak rompak tu bila ada pelanggan macam aku..muhaaha


Sempena cuti yang panjang ni aku cuba untuk belajar jalan2 kedah tapi sampai sekarang aku belum berjaya..hehehe.

Emm..dah lama aku tak gi bercuti dengan famili aku..sekarang ni aku tengah pujuk dia untuk pergi bercuti 2 hari 1 malam kat pantai merdeka..hehe..harap2 di setuju la..