Thursday, July 15, 2010

Mak saya =)

Ni mak saya... hehe... i love you mum. Gambar ni diambil masa kitorang 1 famili pi bercuti kat pantai merdeka. Aku terlupa apa yang kitorang borak masa nih. Tapi ni la gelagat mak aku yang sempat aku snap masa tu. Tersenyum simpul... malu2 gitu... hehe =)



.
.
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



p/s : sayang mak...harap mak sentiasa senyum dan happy selalu... i love your smile =) muahhh

Happy2 Selalu..Jom layan lagu ni

Aiyak

Lama plak aku tidak bercerita ya...emm..bukan apa skang ni sibuk sikit. Maklum la dah kembali jd student ni...mcm2 nak kena buat. Sebenarnya byk cerita aku nak kongsi dgn korg tp belum ada masa yg lapang untuk aku menulis dlm blog aku ni. Nanti kalau ada masa dan kerajinan aku upload cerita baru k. Apa pun thanks a lot to pelawat yang sudi melawat blog aku ni...muahh

Sunday, July 11, 2010

At ums now

Rindu dekat mak, kakak, adik, anak2 buah ( hanin dan zafran )..... rindu semuanya... i love you sooo much... doakan kak cik baik2 ja kat sini.... akan kak cik ingat pesanan mu ibu... biar sedap mata memandang...

Wednesday, July 7, 2010

UMS memanggil ku pulang

Sabtu ni aku dah nak balik sabah. Alahai malas btol aku. Malasnya tuhan je yang tahu. Mak aku lak dah mula bising sebab aku belum kemas barang lagi. Ye la dia risau kalau aku tertinggal barang aku. Nanti tak pasal2 lak dia kene gi pos barang2 aku tu. Malasnya mak oi nak balik sabah....apatah lagi nak kemas barang...huhu..

Jalan - jalan bersama nafis

Minggu lepas aku bersama adik aku keluar gi beli barang kat giant. Kitorang bawa anak buah sekali, Nafis zafran. Kalau bawa dia pi jalan2 memang letih. Mau taknya dia boleh buat acara kejar mengejar kat shopping complex tu...penat weh dok kejar dia. Tapi xde la seletih ummi dan abah dia bila bawa dia pergi jejalan. hehehe...pendek kata dia memang dengar cakap aku. lols


Lari dik lari...


Dah penat berhenti jap ye..alang dgn mak su nak pilih baju jap...

Monday, July 5, 2010

Burung Kakak Tua

Lagu favourite hanin....rindunyaaa..

Nak order tuls sendiri ek

Baru2 ni aku gi makan stembot dgn mak, kak tun, adik dan anak buah aku, zafran. Steambot kat kedai tu memang sedap dan murah berbanding makan steambot kat atas menara Alor star. 1 jug air oren bancuh pun dah rm30. Pi makan steambot tu semata2 nak pujuk anak buah aku ni makan. Susah sangat la dia nak makan. Tapi dia ni western sikit. Tak suka nasi tp suka makan buah-buah, mee, roti etc.


Tapikan banyak2 kedai makan yg aku pi. Kedai makan ni la yg menggunakan servis layan sendiri. Nak order tulis sendiri ek. Menu atas meja. Dah tulis order pastu pelayan akan datang ambik pesanan dan hantar pesanan. Macam pelik ja kan. Ye la biasanya pelayan akan tanya nak makan apa dan catit apa yg diorder oleh pelanggan tp kedai ni x. Mungkin nak lain dari yang lain kot..Haha..


Pening kepala nak makan ape. Semuanya sodap.

Spagetti de Janggus



1 paket spagetti
4 sudu besar minyak masak
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 tin sos prego - aku guna cap campbells
4 biji tomato - di cincang halus
1 labu bawang - di cincang halus ( kalau suka bawang..bleh letak 2 biji..tgk juga la saiz bawang dan banyak mana kita masak )
3 ketul ayam/daging - isinya dipotong kecik. Nak senang just beli daging cincang yang dah dijual kat kedai..
Serbuk oregano
1 tin Cendawan butang - dipotong halus
Garam secukup rasa


Cara - caranya :

1. Spagetti direbus dengan air. Masukkan juga sedikit garam dan minyak supaya x melekat spagetti tu.
2. Tumis bawang dalam kuali sehingga naik bau.
3. Masukkan sos prego, sos cili dan sos tomato. Tumis sampai naik minyak.
4. Masukkan daging cincang.
5. Bila daging dah masak, masukkan tomato dan serbuk oregano. Jgn letak terlalu banyak sebuk oregano nanti x sedap lak..
6. Masukkan cendawan butang.
7. Garam secukup rasa.
8. Siap untuk dihidang.

Tambahan : Boleh juga letak cheese. Taburkan atas sos spagetti. Kalau tak mau guna spagetti pun bleh.boleh guna makaroni dan pasta.

Selamat mencuba.