Monday, May 31, 2010

mari berdansa


Ini anak buah aku..dah besar dah dorang. Tapi syukur alhamdulillah walaupun dah lama tak jumpa hampir 6 bulan kenal lagi lepa dua ni kat aku..huhu..yang bestnya tu ummu hanin dah boleh panggil aku mak lang..tapi dalam bahasa dia "alam". "Alam" sayang ? Kenapa "alam"? Alang la atau mak lang..huhu..xpe la janji dia tau juga. Yang nafis zafran plak x panggil aku "alam" atau mak lang tapi "mak". Adoi mak pun mak la sayang. Nafis zafran ni mmg semua orang dia panggil mak termasuk la abah dia..nasib la.


Sunday, May 9, 2010

Buat mama ku tersayang... i love you mak

JIka Aku Jatuh Cinta

Ya Allah jika aku jatuh cinta

Cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu..

Ya Muhaimin jika aku jatuh hati

Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu…

Ya Rabbana jika aku jatuh hati

Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu..

Ya Rabbul Izzati jika aku rindu

Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu…

Ya Allah jika aku menikmati cinta kekasihMu

Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu..

Ya Allah jika aku jatuh hati pada kekasihMu

Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dlm perjalanan panjang menyeru manusia kpdmu…

Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu

Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu

Ya Allah..
Seandainya telah engkau catatkan dia milikku tercipta buatku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagian antara kami agar kemesraan itu abadi
Seandainya engkau takdirkan dia bukan milikku
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali apa yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya
Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dgn takdirmu
Sesungguhnya apa yg telah Engkau takdirkan adalah yang terbaik buatku
Ya Allah
Engkau saja yg maha megetahui

Amin...

Tuesday, April 27, 2010

Menghitung hari

Sekarang ni aku tengah menghitung hari nak balik semenanjung. Kalau tak kerana aku kena berhenti kat KL. Kalau tak dah lama aku fly ke Kedah. Adoi..rindunya aku pada keluarga. Dah lama tak jumpa. Lain rasanya bila aku dok kat KL atau Pahang. Walaupun lama tak balik tapi tak terasa sangat. Tapi bila dok Sabah ni lain pulak rasanya. Tapi bila jumpa selalu asyik nak bertekak je. Hahaha...Biasa la..Lama tak bising2 dan riuh rendah. Tak sabar nak balik. Tapi yang aku paling aku risau sekali bila aku balik adalah berat badan aku confirm naik mendadak. Mana baju atau seluar yang masa dok sini aku pi kecikkan saiz confirm terpaksa aku tetas semula. ( nota : aku tahun korang tak percaya berat badan aku turun sudah..haha..jeles la tu ) Tapi sekarang ni pun dah rasa naik semula walaupun aku control makan. aiyakkkkkk... Mummy wait for me ok...anak mu ini akan pulang. Jangan lupa masak sedap2. Hahaha..I miss your air tangan...

Tuesday, April 20, 2010

Exam..huhuhu

Hari ni stat exam...huhuhu...berdebar rasanya. 1st exam aku kat universiti...berdebar....macam2 rasa ( nota : rasa nak makan McD )..risau juga kalau aku gagal atau dapat pointer bawah 2.5...aduh. mati aku. Tak pa. Akan aku cuba sedaya upaya lagi untuk usaha lebih gigih lagi teguh. Aku perlu sempurnakan cita2 aku..



Tadi exam punya la sejuk...haha...mana tak nya dok dalm aircond. Berair je hidung aku ni.
( nota : aku orang kampung. tak biasa dengan aircond. kami guna aircond semulajadi je..hehe ) Soalan dia boleh la tapi kalau diberi pilihan nak juga aku ambik paper tu semula. Akan ku baiki mana yang aku tak boleh jawab..huhuhu


Kan bagus kalau otak kita macam komputer. Boleh save apa yang dibaca. Pastu bila exam print out ja kat kertas jawapan tu. Confirm ramai dapat A+...hahaha...apa pun GOOD LUCK TO ALL MY FRIEND AND MY YOUNGER SISTER. DO THE BEST FOR YOUR EXAM.