Friday, January 9, 2009

sambungan cerita pecutian koi..


26 Dis 2008

Lepas dah rilek mlm tu. Esok kami semua bersiap2 utk bertolak balik ke penang sblm balik ke kedah. Sebelum balik tu, kami semua p market dulu la untuk beli sayur dan strawberry. X byk tmpat yg p pun sbb x sempat. Mana sempat kalu percutian 2 hari 1 malam tp nak pusing 1 kawasan. Lagipun masa tu musim hujan. Sblm balik penang, kami famili singgah kat perak dulu utk ziarah sedara yang dah lama x jumpa. Sampai penang dlm pukul 7.00 pm juga la. Mlm tu semua tido dgn nyenyak. Ye la letih katakan. Esok tu ada planning lain plak.


Sepanjang on the way turun dari cameron, hujan je..lebat sgt sampai x nampak jalan.

Kabus yang tebal sampai x nampak pemandangan sebelah sana. Nasib baik abg ipar drive dgn hati - hati. Berdoa je kitorg masa tu supaya x jadi sst yg x disangka..

Hanin yang kebosanan menunggu mama dgn babah dia shopping sayur..sabar je la hanin. Mak lang pun kena tunggu mak tok shopping sayur juga..huhu

Antara sayur2 yang dijual di pasar tu. Ape ntah nama pasar tu. Koi x ingat la.hehehe

Amboi posing ayu adik koi ni..hehe..

Ni koi la..sorry koi x pandai nak posing..hehehe

Zafran yang kelaparan. Ummi dia bagi makan dadih strawberry...Koi makan aiskrim..Mcm budak2 koi ni...Hehehe

Ini kan pekan tanah rata.

Sepatutnya kitorg bergambar 4 beradik bersama mak. Tapi yang 1 tu tgh rakam video plak..

Ini sarapan pagi kitorg. Boleh la. Sedap la juga. Setakat nak alas perut je kan.

Jemput makan ye semua...

to be continued...tp lepas koi balik dari kucching, sarawak k.

No comments: