Friday, April 3, 2009

3 April 2009

Cerita diri koi pada 3 april 2009

Keinsafan pada diri koi...

Tadi koi p makan tengah hari kat kat Jalan TAR dgn kawan2 ofis. Masa tgh order makan, koi ternampak la seorang hamba ALLAH sedang meminta sedekah kat orang2 yang makan kat situ. Bila dia dtg ke satu tmpat sorg hamba ALLAH ni. Dia pun hulurkan la tgn ( minta duit ) dan buat isyarat minta duit sbb nak makan. Tp org tu x bagi duit dan dia tanya hamba ALLAH tu ( si peminta sedekah ) nak makan ke? Kalu nak makan pegi ambik makan dan makan. Dia belanja. Org tu pun angguk dan tunjuk lauk2 yang ada kat situ ( dia nak makan nasi tp masa tu org tu tgh makan capati ). Org tu pun angguk dan panggil tauke kedai tu suruh bagi nasi kat si hamba ALLAH ni. Agaknya bila tgk si hamba ALLAH ni teragak2 nak pilih lauk apa ( mungkin berkira lauk mana yg murah ), org tu pun bangun dari tmpt duduk dia dan ambikkan lauk untuk hamba ALLAH tu. Hamba ALLAh tu makan dgn seleranya. Koi hanya pandang dari jauh sambil perhatikan gelagat hamba ALLAH dua org tu. Timbul rasa keinsafan pada diri koi. Jadi koi nak pesan pada korg semua, jika ada rezeki lebih dermakan la sedikit pada org yg memerlukan. Walaupun hanya 1 sen. Walau hanya 1 sen, byk pahala yg kita akan dapat. Tambah plak bila kita didoakan kesejahteraan oleh org yg menerima. Belum tentu lagi jika ada org yang melihat. Mungkin org tu pun mendoakan kita juga. Janji kita ikhlas memberi dan kita buat kerana ALLAH. Niat dia meminta derma pada kita tu, biar la. Btol atau x, itu urusan dia dgn YANG MAHA KUASA.


p/s : Koi juga mendoakan semoga tuhan memberkati hidup org tu.


Alamak!!! Mana kereta aku ni !!!

Hari ni ingat nak stay kat ofis sampai pukul 8pm. Tiba2 malas la plak. Pukul 5.30pm koi siap2 utk balik. Dah turun bawah, hujan la plak. Lebat sgt. Koi ambil keputusan untuk tunggu sampai hujan berhenti, baru koi nak berjalan p stesen lrt KLCC. Sambil tu nak hilangkan rasa boring, koi borak2 la dgn pak guard kat bawah tu. Biasa la beramah mesra dgn org. Hehe.. Bukan menggatal ek. Sekadar bertegur sapa. Nanti kang kata kita sombong plak. Lagi pun mak dan pak guard kat sini peramah. Elok je hujan dah renyai2, ape lagi koi terus jalan p stesen LRT. Yela takut hujan turun lagi. Nasib baik org x berapa ramai kat stesen LRT tu. Kalu x jenuh koi kena berdiri tunggu giliran nak naik train. Dah la solat asar pun belum lagi. Bila sampai kat stesen lrt kampung baru. Koi berjalan keluar p kat kereta. Dah sampai kat luar stesen tu. Koi tgk tmpat parking kereta kat situ kosong. Sudah kereta aku. Gelabah koi dibuatnya. Tp koi tetap buat mcm xde ape2. Pada hal dlm hati tuhan je yang tahu. Untuk tenangkan hati, koi telefon mak. Biasanya kalu ada problem, koi akan call mak. Bukan utk cerita pasal problem koi, cuma bila dgr suara mak, hati koi tenang dan koi bleh control perasaan koi. Sambil bercakap dgn mak koi, koi berjalan cari kereta. Lastnya, jumpa la juga kereta koi tu. Alhamdulillah. Koi ingat kereta koi dah hilang. Ada notis org letak kat kereta koi. Notis tu kata, dorg tgh buat jalan kat sekitar kawsan kg baru. So ada tmpat2 yg xbleh nak park sesuka hati. Lega hati koi. Rasanya dorg angkat kereta koi dan ubah kat tmpt lain sbb ada la dua tiga trak kat situ.

p/s : Bukan koi sorg je tau melilau cari kereta. Apapun thanks to my mum sbb suara mak dapat tenangkan diri dan hati kak cik. Em..1 lagi. Kebetolan plak hari ni besday sesorg yg rapat dengan koi. Happy besday to you. May ALLAH swt bless you walau dimana awak berada. Amin...


No comments: