Cuba teka koi kat mana sekarang. Adoi aku pun mcm x percaya je. Jauh sangattttt... La ni koi kat sabah. Sabah negeri dibawah bayu. Jauh btol kali ni aku mengembara ek. Kali ni bukan atas urusan keja tp atas urusan yang dah lama aku nantikan. 4 tahun penantian tau. Penantian utk sambung belajar. Nak juga la masuk u. Mana bleh kalu semua org masuk tp aku x masuk. Tarak aci arrr...Berkat doa dan semangat dari sahabat,kawan2, famili dan cikgu kecik aku tu ( cikgu hussain ). Last2 dapat juga masuk u. Walaupun umur mcm dah terlajak sikit tp x kisah la. Sbb bagi aku ada lagi yg terlajak yg nak sambung belajar ni. Oppss..hehe. Jadi?? Bila plak aku nak kawin nih?? Adoii!!! So skang ni aku dah jadi student u kat Universiti Malaysia Sabah (UMS).Eh!!! bukan aku dah cerita ke yg aku dapat sambung belajar ni. kekeke..lupa la. sory arr.. ok. Koi cerita ke depan sikit na. Aku mula daftar dan dok sini pada 28hb dis 2009. Sepatutnya mak, kakak, adik dan hanin mai hantar aku. tp disebabkan accident yang x dapat dielakkan, jadi x jadi la lepa tu mai sabah. Untuk famili koi, Xpa 3 tahun kak cik dok sini. Nanti kita planning family holiday kat sabah plak no. hehe. Ok. Dok sini ok la juga tp aku ada masalah persekitaran la sikit. Sini anjing banyak ooo...walaupun budak2 sini kata dah kurg sikit anjing liar tp bagi aku tetap banyak. Ingatkan kerja dgn jheoa ja ada anjing. Sekali sini pun ada laa. huhu.. Pastu kawasan dia plak bebukit dan byk tangga yg perlu dinaiki
Disebabkan aku x join minggu suai kenal atau orientasi jadi aku terpaksa la buat orientasi sndr. Pusing2 UMS ni. Tgk2 tmpt katakan. Nanti bila kelas dah mula x la susah sgt. Cuba korg bayang kan aku terpaksa pegi bangunan ni. Tinggi benor nak menyampai ke situ. Kena naik tangga seribu. Dah la bab2 berjalan ni dah lama aku tinggalkan ( besa la orang ada kelisa katakan. Keke.) Jenuh juga la aku berjalan ( walaupun mcm x sampai 10km). Pagi 29hb tu aku start berjalan dari kolej kediaman aku ( tu pun tinggi juga sbb kena panjat bukit ) ke sekolah @ fakulti aku. Kononnya nak g lapor diri la. Sekali org tu kata kena p bahagian akademik. Dia pun tunjuk la bangunan tu. Siap kata xpe, naik je tangga tu. Sekali aku naik mcm nak krem ja kaki aku ni. Sini kawasan dia berbukit jadi byk la tangga2 yang harus dan wajib didaki. Tangga yang aku naik tu diberi gelaran oleh budak2 UMS iaitu tangga 1000. Setiap student yang baru masuk ke UMS pastu merasa kena naik tangga tu. Aku la salah sorg nya Huhu..Sini byk nama tangga. Tangga batu caves la tangga 1000 la dan etc. Dah habis urusan kat situ aku p library plak untuk urusan daftar kursus dan buat kad matrik. Turun balik dari menara tu. Dah selesai urusan kad matrik, aku kena g jumpa ketua program utk pemilihan kursus@subjek. Berjalan plak ke sekolah aku tu. Naik plak tingkat 3 p bilik dia. Memusing la juga aku kat dalam bangunan tu sbb cari bilik x jumpa. Salah information daa...Hangin betol koi. Dah settle semua urusan. Aku tahan bas la balik kolej. Sampai ja bilik terus tetido. Dah x heran dah yg perut ni kosong dari pagi. Petang tu baru aku makan. Kwang kwang kwang. Nanti aku sambung cerita 30hb plak k.
p/s : lepas ni harap kurus la sikit. hehehe..x yah makan jusmate, no diet.
No comments:
Post a Comment