Sunday, April 4, 2010

Happy Birthday Ayah

Hari ni besday ayah...dah 4 tahun tak cium kedua belah pipi dia. Itu adalah salah satu perkara yang wajib bagi kami empat beradik lakukan sebelum keluar rumah atau celebrate apa - apa terutama wish besday kat ayah..walaupun kadang - kadang rilek ja dia dan bila anak - anak wish besday dan cium pipi dia just cakap " hrmm..." tapi kami semua tahu yang dia bahagia dan gembira. Kadang - kadang tension juga macam tak dak tindak balas ja. ( nota : macam mak bila empat beradik wish besday dia senyum dengan gembira dan say thank you ). Mungkin sebab ayah ketua keluarga dan bersikap tegas pada anak2 menyebabkan dia bersikap begitu. Walaupun ayah tegas tapi aku tetap degil dan keras kepala. Haha... Degil - degil pun dengar cakap juga la. Apa pun ayah tetap suka kopi aku dan garam belacan aku yang aku buat. That i like. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan. Aku pun dah lama tak buat semua tu. Sebab kadang2 semua itu mengingatkan aku padanya. I LOVE YOU DAD. LOVE SO MUCH. Harap ayah tenang disana. Dan bila setipa kali aku ziarah kubur ayah. Selepas sedekah al fatihah. Aku akan bercerita pada dia. Segala - galanya. Everything. Aku tahu dia dengar tapi tak boleh berkata apa - apa. Aku just mohon doa dari ayah supaya aku dapat kuatkan semangat dalam harungi semua ini. Kadang - kadang aku terfikir kenapa aku perempuan tidak lelaki. Kalau aku lelaki tak perlu aku tunggu sesiapa untuk temankan aku pergi kubur ayah. Supaya aku boleh bercerita pada ayah. Tapi itu semua dan ditentukan oleh Nya. Dah lama aku tak ziarah kubur ayah. Sejak ayah tiada. Ramai plak yang nak ganti tempat dia. But you all not same with dia. Korang lain ayah lain. Walaupun korang cuba untuk menjadi seperti tapi tetap tak sama.


p/s : Selamat hari jadi kepada orang yang sambut besday pada 3/4/2010

No comments: