Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Ayah

Hari Bapa datang lagii...

Kami hanya empat beradik... semuanya perempuan... alhamdulillah..
walaupun xder gen 'X' dalam senarai anak-anaknya.. dia tetap gembira.. mengajar anak2nya berdikari.. pernah sekali zaza diajar untuk tukar tayar kereta.. menitis peluh dan air mata.. rasa mcm dibuli.. tp kerana itu zaza ada pengalaman tukar tayar kereta.. tahu apa yang patut dibuat kalu tayar kereta pancit lagii..

sejak sekolah lagi, dia hanya bagi limits.. mesti dapatkan angka bawah daripada 10 dalam peperiksaan.. mmg baik la sikit dari mak yang hanya membenarkan angka 3 kebawah sahaja dalam peperiksaan.. sejak tadika, dia lah yang berulang-alik pergi dan balik menghantar kami adik beradik ke sekolah.. kalu muat, dia akan tumpangkan seorang dua kawan2 zaza kat sekolah tu.. kesian katanya duk tunggu tengah panas.. herm.. :) dengan zaza, dia berhantar sampai zaza tingkatan 6.. walaupun kadang2 ader angin keras kepalaku nk pergi sendiri ke sekolah, berbasikal dengan kawan2..


kini semuanya tinggal kenangan.. yang buruk dan baik.. semuanya indah belaka bagi zaza kerana dia sudah tiada di sisi.. sesekali zaza akan dengar semula rakaman suaranya menjawab panggilan dari seseorang yang dirakamya secara tak sengaja ke dalam telefon bimbit mak suatu masa dahulu.. memandangkan suaranya tidak mungkin lagi kami dengari, namun bingkisan itu membuatkan zaza rasa dia dekat dengan zaza.. suara itulah yang pernah menengking dan memarahi zaza ketika ada buat salah dengannya.. dia mmg terkenal dengan sifatnya yang garang namun ramai kanak2 suka dengannya kerana dari dulu.. dia mmg pandai mengambil hatii budak2..
itu lah pengorbanan AYAH.. tidak tertulis kalu nk dikira.. tidak terucap kalu nk dikata.. terlalu banyak...


TERIMA KASIH AYAH..

TERIMA KASIH ALLAH...
kerana nikmat kasih sayang-Mu.. aku BAHAGIA bersama mereka..

al-fatihah untuk AYAH...

copy from zaza@mamahanin . minta izin copy ye kakak...kak cik mu ini malas nak menaip..hehe

hmm...itu lah ayah aku...walaupun xde anak lelaki tetapi dia tetap trainning anak2 dia dalam melakukan kerja lelaki sbb dia nak anak2 dia berdikari dan tahu semua tentang perkara2 yang tak dijangka. Garang dia tapi baik hati...aku adalah anak yang paling nakal diantara empat orang anak2 dia...aku tahu mak dan ayah selalu pening kepala kerana aku...tapi mereka tetap beri petunjuk dan nasihat supaya aku tidak tersalah langkah. Alhamdulillah kemana saja aku pergi dan lakukan, aku tak pernah lupa pesanan ayah dan mak...semua itu menjadi kekuatan hidup aku....thanks dad thank mum...

4 comments:

zaza@mamaHanin said...

tahniah utk adik2 kakak sbb susah mana pun kita dalam keluarga, kalian tetap berusaha untuk jadi anak yang baik..
kakak dah ada family sendiri dan anak2.. memang susah sebenarnya nk deorg jadi mcm mana kita nak.. namun SABAR dan TAWAKAL menjadi ubat bius utk setiap ibubapa menahan kesusahan melayan kerenah anak2nya.. wallahu'alam...

ainul02 said...

syukur alhamdulillah walaupun kdg2 kita selalu berbalah sesama adik beradik tapi kita tetap akan berbaik semula even sekarang pun...kita tetap akan cari jalan penyelesaian utk berbaik semula. harap kita tak kan jadi macam orang lain ( bergaduh kerana harta,berbalah sampai putus saudara etc ) dan semoga ikatan itu akan utuh sampai bila2 dan walau dimana kita berada sekalipun.

atin said...

hahaha....ingat lgi msa adik darjah 2 dlu. ayah kurung adik kt luaq rumah sb dapat no 21 dalam exam...

ainul02 said...

hahaha..pastu kak cik lak x dapat no 14 kena tarik telinga..teringat lagi oooo...bergoyang kepala aku ni haa ayah tarik telinga...adeyy