Wednesday, August 11, 2010

Sahur

Tahun ni sekali lagi aku menyambut puasa di rantau orang. Sebelum ni aku berpuasa di pahang dan KL. Raya?? Belum pernah lagi aku menyambut raya dirantau orang. Kalau tidak confirm aku masuk paper sebab ada orang menangis melalak melolong kat tepi jalan sebab tak dapat balik raya di kampung...huhu....So nampaknya tahun ni aku bersahur dan berbuka puasa dengan menu yang lain plak. Masa di pahang dulu aku kerap kali berbuka dan bersahur dengan gulai daging atau sup bersama dengan nasi. Bila aku pindah to KL. Aku berbuka dan bersahur dengan ikan kering atau ikan goreng ja. Tapi bila terpaksa bebuka di ofis. Menu aku mewah sikit iaitu nasi goreng kampung dan McD....nyummy. Kalau di ofis apa yang noleh dimasak. Order je la. So tahun ni menu aku lauk ikan sardin lak. Nampaknya sebulan la aku makan sardin. Bila dirantau orang ni aku kurang selera sikit nak makan. Tambah plak bila time puasa. Tapi hairan juga. Walaupun tak lalu nak makan tak kurus juga aku ni..uhuu..Untuk makluman korang aku ni bukan penggemar makan maggi. Orang lain kalau 1 sem berbungkus maggi dorang telan. Tapi aku 1 sem 1 paket ( 1 paket = 5 bungkus maggi ) pun belum tentu habis. Malah boleh dibawa je sem depan.

Ni je la stok kitorang buat masa ni. Aku dengan 2 orang kawan, kitorang kongsi2 beli barang untuk masak.

Siap sudah sardinnya di masak. Esok boleh makan time sahur...

Ni je la yang ada untuk sahur...tapi tetap sedap. Rasa macam makan colonel chicken rice combo kat KFC je..hehe.....ada nasi, ikan sardin, budu dan sambal belacan...

4 comments:

Dr Singa said...

chopp....
apasal semua barang bergelimpangan kat lantai????
:)

ainul02 said...

xde meja drsinga....semua kena buat atas lantai la...meja study punuh dengan buku..huhu

Dr Singa said...

weh....
rumah bangla pun ada meja tau!!!
hahaha..
.
lariiii..........
:)

ainul02 said...

hahaha...amboi2..baik punya perli..