Friday, February 27, 2009

Ziarah Hijrah 1430 di Kg Orang Asli Kuala Benut, Pontian, Johor


Baru2 ni koi pegi program Maal Hijrah 1430 kat Kampung Kuala Benut, Pontian, Johor. Letih juga sbb baru ja balik dari kursus kat Johor pastu kena p program maal hijrah plak. Tapi xpe la mmg koi nak p pun. Bertimbun la juga keja koi kat ofis ni. Sakit otak koi dibuatnya. Program koi tu dari 21hb - 24hb Feb 2009. 21hb tu bertolak ke Pusat Latihan JHEOA, Kluang. Stay utk 1 malam utk taklimat peserta dan juga pasal kampung2 yang terlibat. Byak juga kementerian dan jabatan yang terlibat. Dah x ingat koi berapa tp rasanya dalam 20 buah kementerian/jabatan mcm tu la.



Tahun ni ada 4 buah kampung Orang Asli yang terlibat. Koi kena kampung Orang Asli Kuala Benut kat Pontian. Tahun lepas kat Kampung Orang Asli Pantos, Kuala Lipis, Pahang. Best tau. Koi siap sewang lagi ( tarian masyarakat Orang Asli ). Kali ni program mcm xbest sikit sbb kebanyakkan kampung kat Johor dah moden. Cara hidup pun x dah mcm masyarakat Orang Asli sbb dah byk bergaul dgn masyarakat luar. Kampung tu dipinggir bandar dan kurang mencabar utk masuk ke kampung tu. Mungkin ini adalah salah satu kejayaan jabatan kerana dapat membangunkan masyarakat Orang Asli. Satu kejayaan yang bagus. Byak juga aktiviti yang dibuat kat kampung tu cuma xda sewang ja. Biasanya masyarakat Orang Asli terkenal dgn sewang tp kaum tu kurg sikit tentang sewang ni. Orang kampung tu adalah suku kaum Orang Kuala dan majoritinya adalah beragama Islam.


Pertama kali koi masuk kampung Orang Asli, kampung tu lah yang menyediakan tempat tidor yang empuk. Siap ada toto dan bantal lagi. Bagus btol penduduk dia. Kitorg peserta perempuan tidor kat tabika dan peserta lelaki tidor kat surau. Best juga la sbb dapat jumpa orang2 dari kementerian/jabatan lain. Lagipun, mungkin ini last program koi dgn JHEOA. Ye la kalu ada rezeki koi mungkin akan sambung belajar kat universiti. Kalu ada rezeki la. hehe


Gambar ni masa on the way nak balik ke kl. Kirenya acara bebas la. Kitorg p Renggam. Kat situ byk jual barangan terpakai. Set home teater pun ada. Fuyoo. Kalu dtg ngan lori nak je beli sbb murah. Nasib datang dgn pajero je.

Ini jalan nak ke kampung orang asli. Pokok kelapa sawit keliling. Bagi koi perkara ni dah biasa sgt. Sbb keje koi masa kat daerah maran dulu adalah keluar masuk kg oa. Sorg2 plak tu. So dah normal la bagi koi. Tp bila malam takut sikit kalau sorg2.


Gambar ni masa acara tarik tali. Boleh dikatakan setiap program yang melibatkan peserta dgn org kg. Peserta la byk kalah. X kisah la. Lagipun program tu untuk org kg kan.


Kak pidah yang kalah bertahan masa lawan main congkak. Koi pun. Huhu

PHEOA Daerah Pontian menyampaikan hadiah kpd pelajar tabika


Demo memasak oleh pejabat kesihatan daerah pontian. Koi x rasa pun sbb makanan yang disediakan tu mmg dah biasa ( masakan org melayu bkn masakan org Asli )


Pertandingan mewarna antara famili

Kursus penyembelihan anjuran pejabat agama daerah pontian.


Kesian cikgu tanjung. Tabika digunakan untuk penginapan peserta. Terpaksa la ajar anak2 murid kat bawah khemah.

Sebelum kita mulakan acara langkah 10,000, kita kena senaman dulu. Btolkan dik?


Bila la koi nak duduk umah besar mcm ni. Org oa kat kampung tu bleh dikatakan berada la juga. Salah satunya dah moden. Dorg ada juga ladang atau kebun sendiri dan juga perniagaan sendiri. Ada juga yg eksport hasil2 tanaman ke luar negara ( singapura ).


Acara 10,000 langkah pun bermula. Senaman berjalan kaki bukan larian k. Tp berjalan sebanyak 10,000 langkah

Kusyuk nya makcik2 ni dengar ceramah.

ZIARAH HIJRAH

Rombongan peserta ziarah hijrah disambut meriah oleh penduduk kampung

Kenderaan peserta2 ziarah hijrah bersedia untuk menuju ke destinasi masing2


Sebahagian daripada barisan kenderaan peserta ziarah hijrah

Pegawai - pegawai yang akan memberi semangat kepada peserta2 ziarah hijrah

Diatas : Sally
Duduk : Rosdiana, Koi, Normah

Bersama kak fidah





p/s : sorry ye.. gambar berterabur sikit. hehe

Friday, February 20, 2009

I LOVE MY DAD

Pengganti Air Mata

Oh biarkan ia berlalu
Hentikanlah menyeksa dirimu
Sampaikan doa kirim selalu
Itu yang kau perlu…

Oh biarkan ia menjadi
Memori indah untuk diingati
Biarkan pena pengganti air mata
Dan bibir bicara…

Pujangga
Sejenak terfikir ku dia yang pergi
Tanpa kusedari tadi dia disisi
Menitis sekali pedihnya dihati
Sepi tanpanya yang aku rasai

Aku yang diutama selalu dimatanya
Aku juga menjadi teman sehingga
Keakhirnya caranya membesar kan mama
Keluarga terutamanya aku yang dimanja
Dibelai sehingga dewasa

Senyuman terakhir masih lagi terlakar
Terlantar dan tak berkata
Sedih tak berair mata
Seksa mu kurasai dan cuba ku rawati
Dan kehendak illahi

Usaha diragui keluarga teman
Terima kasih semua
Doa dan sedekah yang dihadiahkan untuknya
Akan dirahmati diampuni dosanya
Sepanjang amalannya hidup didunia

Janganlah bersedih jangan terus begitu

Janganlah menyeksa matamu perasaan itu
Memang dicinta dah pergi
Dia disayang dah pergi
Terbayang-bayang memori

Sudah hentikanlah fikirkan apa yang indah
Bina hidup yang baru teruskanlah menyeru
Seruan illahi itulah penentu hidup

Jangan nangis tangiskan lagi
Keringkanlah air mata dipipi
Kemaskan diri bersamalah hormati

Hiasi pusaranya dengan doa-doamu yang murni
Agar rohnya diampuni dari azab seksa
Dan tersembunyi dari doamu itu
Hadiah yang istimewa untuk mereka-mereka
Yang sudah tiada
Amin…

Maafkanlah andai ada silap yang tak disedari

Dan tempatkanlah dia diantara insan-insan mulia


Wednesday, February 18, 2009

Terlanjur Cinta

Rossa feat Pasha ( Ungu )

Waktu bergulir lambat
Merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam
Menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau
Perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis
Tetes embun membasahi mata hatiku
Mencoba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan telah kuberikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini
Kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Kerna sekali cinta
Aku tetap cinta

Mencuba bertahan di atas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam
Tak mudah untuk aku lepaskan

Tuesday, February 17, 2009

Ibu ! Nak susu.

Baru ni pegi Mines. Koi pegi shoping botol susu. Hehee. Koi sponsor botol susu kat kak mas ( housemate dulu ). Kak mas bakal melahirkan anak sulungnya pada awal bulan 3 ni. Botol2 susu kat kedai Anakku tu cantik2. Walaupun x banyak pilihan tp botol2 susu kat situ cantik juga la. Jadi koi pilih la botol susu yang warna pink. Lagi pun kak mas mmg minat warna pink dan anak yang bakal lahir tu pun adalah perempuan. Jadi x sesuai la kalu koi beli warna lain. Lagipun kebanyakkan pompuan minat warna pink kan. Koi beli 3 botol susu. 1 botol yang panjang, 1 botol yang sederhana panjang dan 1 yang kecik. 1 lagi koi beli puting. Pun warna pink juga. Botol susu yang koi pilih, bentuknya lain pada botol lain. Biasanya orang akan pilih yang bulat keseluruhannya tp koi kurang suka bentuk macam tu sebab dah terlalu biasa. Jadi koi belikan yang lain sikit. X bulat sgt dan senang baby tu nak pegang nanti.


Ni gambar kartun botol susu yang kecik.

Ni gambar kartun botol susu yang sederhana besar.

Ni gambar kartun botol susu yang besar.

Ni plak puting susu..pink gitu..minney pun ada..hehehe

Ni penutup botol susu yang kecik.

Ni penutup botol susu yang panjang dan sederhana panjang.

Cantik tak ??


p/s : Nanti anak kak mas kena panggik koi mama..hehe..sepatutnya ibu tp kak mas dah booking awal2 lagi. Huhu..

Monday, February 16, 2009

Adakah Cinta Memerlukan Sebab???

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?
Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!
Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang
dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.
Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang
cintakan Sayang!
Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya.
Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu
menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun
begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata

Suami : Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu,
penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan
setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."


p/s : Menyintai sesorg tidak memerlukan sebab dan kenapa kita sayang dia dan cinta dia. Semuanya bermula dari hati dan x dapat diungkap kenapa dan mengapa kita cinta dia. Sebab hanya hati kita yang tahu. Dan cintailah sesorg itu kerana dirinya dan bukan kerana kecantikan kerana semua itu tidak akan kekal selamanya. Cintailah dia kerana ALLAH swt dan bukan kerana nafsu cinta.

Persahabatan, Percintaan Dan Perpisahan

PERSAHABATAN

Bemula dengan secebis senyuman
Berputik denagn sebuah persahabatan disulami dengan pergaduhan
berbunga dengan sekelumit cinta

PERCINTAAN

Pada mulanya tidak di duga
pada hakikatnya melahirkan perasaan Kasih dan sayang
Namun kita merancang Tuhan menentukan
Lalu terciptanya perpisahan

PERPISAHAN

Mengajar erti keiklasan
Mengajar erti prinsip diri
Mengajar erti menghargai
Mengajar erti kelemahan diri

PERSAHABATAN @ PERCINTAAN

Persahabatan lebih bermakna untuk dikenangkan
Lebih berkekalan Untuk selamanya...


Sunday, February 15, 2009

Bertakhta Di Hati

Di hempas ombak
Terdampar buih
Menanti waktu pulang ke laut
Begitu rindu
Di pisah takdir
Meniti saat bersulam cinta

Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Sinarnya menyala

Lihat… lihat…
Ke dalam mataku
Cintamu bertakhta dihati

Sebelum ku kenal
Dirimu siapa
Aku tak kenali
Apa itu cinta

Setelah ku kenal
Dirimu sebenar
Kau cinta sejati
Ku sandarkan jiwa

Di gilis angin
Tercarik awan
Menanti detik sebelum hujan
Begitu sendu
Di guris resah
Meniti hari bersulam tangis

Takkan berganjak pendirianku ini
Selagi kita tak kembali bersatu
Selamanya
Takkan berubah perasaan ini terhadapmu
Biar digugat, biar dicabar, biar dihalang


Dasyat juga rangkap yang last kali tu...

Tips Untuk Hilangkan Stress

Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkantekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduksebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang danmudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibacaakan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Quran

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah swt

Allah swt telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat,tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan-rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.


Kesimpulan

Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untukdiatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalanpenyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya.

Malam Pertama..

Kita pasti dirisik..Pertunangan sejak azali..Di hujung hidup nanti
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..Dipakaikan baju cantik putih..

Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..

Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..

Tiba masa pengantin..Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..


Bagaimana? Terasa hendak menjadi 'pengantin'tersebut? Marilah bersama muhasabah diri. Kita hanyainsan, mudah terleka dek godaan syaitan...

Sifat wajib dan Mustahil Bagi ALLAH swt

Allah SWT memiliki 20 sifat wajib dan 20 sifat mustahil

SIFAT WAJIB ALLAH SWT

1. Wujud (ada)
2. Qidam (paling awal)
3. Baqa' (kekal/abadi)
4. Mukhalafatu lil hawaditsi (berbeda dengan semua makhluk/sesuatu)
5. Qiyamuhu binafsihi (berdiri sendiri)
6. Wahdaniyat (esa)
7. Qudrat (kuasa)
8. Iradat (berkehendak)
9. Ilmu (maha mengetahui)
10. Hayat (hidup)
11. Sama' (maha mendengar)
12. Bashar (maha melihat)
13. Kalam (berfirman)
14. Qadiran (zat yang berkuasa)
15. Muridan (zat yang maha berkehendak)
16. Aliman (zat yang maha mengetahui)
17. Hayyan (zat yang hidup)
18. Sami'an (maha mendengar)
19. Bashiran (zat yang maha melihat)
20. Mutakaliman (zat yang berfirman)


SIFAT MUSTAHIL ALLAH SWT

1. Adam (tiada)
2. Huduts (ada yang mendahului)
3. Fana (berakhir)
4. Mumatsalatu lil hawaditsi (ada yang menyamai)
5. Ihtiyaju lighairihi (memerlukan yang lain)
6. Ta'adud (berbilang)
7. Ajzun (lemah)
8. Karahah (terpaksa)
9. Jahlun (bodoh)
10. Mautun (mati)
11. Shamamun (tuli)
12. Ama (buta)
13. Bakamun (bisu)
14. Kaunuhu 'ajiyan (zat yang lemah)
15. Kaunuhu karihan (zat yang terpaksa)
16. Kaunuhu jahilan (zat yang sangat bodoh)
17. Mayyitan (zat yang mati)
18. Kaunuhu ashamma (zat yang tuli)
19. Kaunuhu 'ama (zat yang buta)
20. Kaunuhu abkama (zat yang bisu)

Amalan Minum Air panas

Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas

Artikel ini berguna untuk semua. Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!. Secara logik... , mungkin ada kebenarannya. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... . dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!! Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini. Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca.

Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan. Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita. Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT. Jalan terbaik... adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.


Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!

Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri. Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda. Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung. Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati. Lebih banyak kita tahu,lebih cerah peluang kita untuk terus hidup...

Peluk Isteri Boleh Panjang Umur

Seorang suami yang memeluk isterinya untuk sekurang-kurangnya 10 saat setiap pagi akan panjang umurnya lima tahun. Pakar motivasi Datuk Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah berkata, fakta berdasarkan kajian oleh seorang pakar di Jerman mengenai hubungan antara sentuhan dan tahap kesihatan. ` `Seseorang itu boleh panjang umur jika memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh manusia mengeluarkan pelbagai hormon termasuk endorfin yang baik untuk kesihatan tubuh. ``Bagaimanapun, sebagai seorang Islam kita tidak harus lupa ajal dan maut terletak di tangan Allah,'' katanya ketika memberi syarahan bertajuk `Perkahwinan dan Seks: Penawar dan Rawatan Bagi Banyak Penyakit' di Persidangan Ketiga Perubatan Daripada Perspektif Islam anjuran Pusat Perubatan Universiti Malaya di Hotel Sheraton Subang di sini hari ini. Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia semula jadi yang bertindak sebagai penahan sakit dan mengurangkan keresahan. Jelasnya, selain mempunyai kesan positif dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, pelukan dan gurau senda antara suami dan isteri juga merupakan sunah Rasulullah s.a.w. Tambah beliau, ada kajian di Amerika Syarikat (AS) juga mendapati pelukan suami dapat mengurangkan tahap kolesterol dan meningkatkan kesihatan isteri. ``Oleh itu suami yang inginkan isterinya menurunkan berat badan digalakkan memeluk isterinya lebih kerap,'' katanya disambut dengan gelak ketawa oleh peserta persidangan itu. Jelas beliau, hubungan seks dalam penuh rasa kasih sayang juga dapat membantu pasangan untuk awet muda dan berketerampilan menarik. ``Wanita yang mempunyai kehidupan seks yang baik dan bahagia akan lebih cenderung untuk menghiasi diri,'' kata Fadzilah.


Peluk isteri / suami je ek...peluk awek / pakwe bleh pendek kan umur sbb ia boleh membawa kepada pkr yang haram sbb ia adalah sesuatu hubungan dan tingkah laku yg x halal dan haram disisi Islam.



Di Taman Teman

TULUS BERKEMBANG SUCI BUNGA
HARUM CINTA KUNTUM SYURGA
BURUNG BERBISIK TANPA DUSTA
MERSIK MANJA ASYIK FANA

DI KALA MALAM TIDURKAN SENJA
BINTANG MENJAHIT BAJU LENA
SEHINGGA FAJAR HINDER PURNAMA
KAU MASIH SETIA

DANAU TERBENTANG SEJUJURNYA
TENANG JIWA HILANG LARA
SAATKU JEJAKI TAMANMU
BENAR INDAH AMAT INDAH

DI KALA LUKA TERLALU DALAM
SEMBUH PUN MASIH TAK TERPADAM
HINGGA TERKADANG AKU BERDENDAM
KAU TETAP SETIA

WALAU JAUHKU BERLARI
WALAU JENUHKU MENCARI
TETAP SUNGGUH KAU TEMANI
TANPA JEMU DAN BENCI

BIARKU TELAN TANGISMU
BIARKU SIMPAN RESAHMU
MESKI KAU BUKAN MILLIK
KUTEGUH KAU DI HATIKU

PERCAYALAH
KAU INDERALOKA
KAN KUSUSURI
BAHAGIAMU TEMAN DI TAMAN INI

Orang Asli

Menurut para pengkaji sejarah, kepulauan Melayu telah mula diduduki oleh manusia yang dipanggil Austronesian atau Malayo-Polynesia sekitar 5,000 tahun dahulu. Mereka ini dikatakan berasal daripada Selatan China (Yunan) dan Taiwan. Penghijrahan mereka ke selatan adalah secara ’sporadic’, ’irregular’ dan ’incremental’. Bermula dari Filipina menganjur ke pulau-pulau Indonesia sehingga ke penghujung tanah besar Asia, pulau-pulau Pasifik dan Madagascar.

Majoriti Orang Asli di Malaysia ( termasuk kaum Bumiputera ) yang menghuni kawasan Indo -Malaya sekarang ini adalah keturunan daripada manusia Austranesian awal ini. Hasil daripada Banci Penduduk JHEOA 2004, jumlah populasi Orang Asli Malaysia ketika ini ialah seramai 149,723 orang. Mereka terbahagi kepada tiga Kaum utama iaitu, Melayu Proto ( Proto-Malay ), Negrito dan Senoi yang membentuk 18 Rumpun Bangsa.

Disebalik nama Ainul Mardhiah....

Ainul Mardhiah bermaksud mata yang diredhai ALLAH swt merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi memberi targhib ( berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah ) katanya siapa - siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi berperang.

Sebelum Zohor, sunnah nabi akan tidur sebentar ( dipanggil khailulah ), maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah lain tidur bersama-sama. Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang lelaki yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya dimanakah dia. Lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan bidadari Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka dia pun berjalan ke arah itu.

Disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu. Tak pernah dilihat didunia ini. Lalu diberi salam dan dia bertanya, " Andakah ainul mardhiah?". Wanita itu menjawab, " Ehh tidakk ! Saya khadamnya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgah sana." Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai. Lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab..." Eh tidakkk ! Saya hanya khadamnya. Di dalam mahligai ini...Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana". Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu. Kecantikkannya sungguh mengkagumkan... lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata, " Akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku. " Bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab, " Nanti ! Kamu belum mati syahid lagi." Tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW. Tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka ( tunggu makanan adalah satu sunnah nabi ). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi. Dalam menceritakan itu nabi menjawab benar...benar...benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....

Wallahu wa'lam...


p/s : cintai lah sesorg itu kerana ALLAH swt dan bukan kerana cinta nafsu.




macam mana kita nanti ek...

Baru ni drive dari Cheras ke Kuala Lumpur, masa berhenti kat roundboard kampung pandan, ternampak la dua org ni. Lelaki dan perempuan. Yang lelaki sedang nyenyak tidor dan yang perempuan sedang mengutip sesuatu ( maybe sampah kot ) sambil mata meliar memerhatikan lelaki yang sedang nyenyak tu. Mungkin sbb takut atau sebaliknya. Koi terfikir, mana anak2 dorg dan kenapa dorg bleh jadi mcm tu. Tidor di tempat x sepatutnya dan kenapa mereka bleh jadi mcm tu? Adakah dibuang keluarga atau mereka yang memilih cara mcm tu.

Terfikir juga koi mcm mana keadaan koi bila koi tua nanti. Adakah koi akan jadi mcm mereka atau sebaliknya....harap2 tidak la.











Tuesday, February 3, 2009

Dia Segalanya


DEALOVA

Aku ingin menjadi mimpi indah dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu yang mungkin bisa kau rindu
Kerana langkah merapuh tanpa dirimu
Kerana hati telah letih

Aku ingin menjadi sesuatu yang selalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa ku selalu memujamu
Tanpamu sepinya waktu merantai hati
Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku
Yang memanggil rinduku padamu
Seperti udara yg ku hela kau selalu ada

Hanya dirimu yg bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu aku merasa hilang
Dan sepi, dan sepi

Selalu ada
kau selalu ada
Selalu ada
kau selalu ada


koi suka lagu ni...

Ketika Cinta

( Ost. Perempuan Berkalung Sorban )

Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggilmu
Kerana setiap jiwa telah bersumpah
Setia hanyalah kepadamu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Segala yang dirasa hanyalah dia
Hati kan memuja hanya padanya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Menderu sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu rindu rindu qalbu
Memanggil-manggil namamu
Seperti terbang di langitmu
Tenggelam di lautan cintamu

Bertabur qalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

cerita akhir percutian koi..

29hb Disember 2008

Dah lame cuti, koi kena la balik kuala lumpur semula. Koi kena balik keje la. Byk lagi benda yang nak kene koi settle kan. Lagipun mengikut perancangan, tahun 2009 agak sibuk sikit. Ntah bila la plak koi bleh pergi bercuti lagi..


Selesai sudah cerita koi...hehe

sambungan cerita percutian koi

Sibuknye koi sejak dua menjak ni..dgn kerja hakiki dan sampingan. Baru ni koi sibuk dgn mesyuarat dan buku program Apa Khabar Orang Kampung ( AKOK ). Program bersama TV9, JHEOA dan KKLW. Program tu bermula pada 30 sampai 31 januari 2009. kalu ikutkan koi pun terlibat pada hari tu tp sbb kena balik kampung, koi x bleh join la. Just join sblm program berlansung je. Koi kena balik kampung la. Lagipun tiket bus dah beli, xkan la nak burn je kan. Oleh sbb tu, koi kena siapkan keja koi sblm koi bercuti pada 30hb. Kalu x siap sblm tgh hari 29hb, nampaknya koi mmg xbleh cuti la pada 30hb tu..huhuhu. Muncung plak mulut mak koi tu. Merajuk katakan. Hehehe..Nasib baik ada kawan2 yang bleh membantu. Thanks all my friend. Emm..cerita koi ni x siap2 lagi. Nasib baik keje koi bukan buat novel kalu x confim x terjual. Yela cerita tahun lepas x abis lagi. Hahaha..


28hb Dis 2008

Lepas balik dari penang. Esok tu ada tugas plak. Kena iring pelajar p uitm arau bersama pegawai jheoa daerah sepang. Sebelum p tu koi siap belajar jalan dari rumah koi nak ke uitm arau. Siap cari peta jalan dalam internet lagi. Peta yang dilukis oleh kakak koi apetah lagi. Hahaha..Koi ni jalan2 utara mmg failed. Pernah sekali koi sesat dalam alor star. Nama ja org utara tp bab jalan2 kat utara mmg koi xtau. Tp kalu jalan kat tmpt org, sesat pun koi bleh cari jalan keluar...Hidup merantau katakan..hehe. Tp jumpa la juga uitm tu. Dah sampai uitm, terus settlekan urusan kemasukan pelajar tu. Disebabkan byk barang yang pelajar tu x bawa. Jadi kena la bawa p beli barang kat pekan kangar tu. Koi tunjuk jalan ikut signboard je. hehehe. Tp x sesat la.

Lepas settlekan budak tu. Dorang nak pegi pusing2 perlis plak. Dorg nak p tmpt yg menarik kat perlis. Terus blur otak koi. Huhu. Tmpat org mane la koi tau. Kalu perlis koi selalu pegi padang besar, wang kelian dan bukit kayu hitam je. Tu pun jarang2 dan kakak koi yang bawa. Hehe. Jadi koi bawa dorg p wang kelian sbb kebetulan hari tu hari ahad. Kat wang kelian hari ahad ada pasar dan boleh masuk sempadan thailand. Jadi koi bawa la p ke sana. Koi pun xtau sgt jalan nak ke situ. Koi hanya berpandukan singboard dan sms petunjuk jalan dari kakak. Hehe. Nasib baik kakak koi kawin dgn org perlis. Sekurang2nya dapat la juga bertanya tempat kat perlis tu. Huhu..

Lepas pergi wang kelian, koi bawa dorg p pekena ikan bakar. Lagipun pemandu tu dah bawa kereta melelong mungkin sbb letih dan mengantok. Dari wang kelian nak ke kuala perlis, koi tgk signboard juga. Dah sampai kuala perlis, kitorg tercari2 kat mana la tempat ikan bakar tu. Tempatnya dah berubah. Byk bangunan dibina. Seingat koi, last koi pergi tempat ikan bakar tu berhutan lagi. Dah lama dah masa tu, masa koi sekolah lagi. Bayangkan dah berapa tahun dah koi x penah pegi situ. Huhu. Nak xnak koi terpaksa la call abg ipar koi utk tanyakan tempat ikan bakar tu. Akhirnya jumpa la juga. Dah sampai situ, ingat nak order ikan bakar. Last2 dorg kata xnak. Dorg dah jemu makan ikan bakar sbb setiap kali keluar outstation menu tu dorg akan order. Huhuhu..kempunan koi nak makan ikan bakar. Kitorg pun order la makanan masing2.

Dah puas berborak dan makan. Kitorg pun bertolak la balik. Koi balik umah dan dorg nak balik ke Sepang. Masa on the way balik. Kitorg sesat lagi. Koi bawa dorg ikut jalan laut dan kampung. Jalan mana entah. Nasib baik kereta yg kitorg follow tu plate no kl. Muka koi punye la pucat sbb mmg koi xtau lansung jalan tu. Koi hanya suruh dorg terus je. Pada hal koi nak suruh dorg follow kereta depan tu. Yang lagi bestnya, dorg xtau pun yang kitorg ni mmg dah sesat. Dorg ingat koi mmg nak bawa dorg jalan2 tepi pantai. Senyum je koi sepanjang perjalanan tu. Pada hal dalam hati, tuhan je yang tahu. Akhirnya, sampai la juga ke jalan yang sebetulnya. Lega hati koi.



Ni pejabat imegresen Malaysia. Kirenye dah sempadan Malaysia. Belakang pejabat tu dah masuk sempadan Thailand.

Ni plak pejabat imegresen Thailand. Kirenye ni dah masuk kawasan jajahan Thailand.

Ni pasar2 kat sempadan Thailand.

Jalan2 kat wang kelian. Ni pasar orang Malaysia punye tp loghat penjual2 dah mcm loghat Thai. Mungkin berdekatan dgn sempadan Thailand kot loghatnya pun dah bertukar sikit.

Funfair kat pasar thailand. Lebih kurg mcm funfair kat malaysia juga. Bezanya funfair tu orang Thai punya la.

Pak cik Thai ni jual pasu dalam 100 @ 200 bath mcm tu la. Cantik juga pasu dia tp kat malaysia pun ada jual juga.

Mak cik Thai ni plak jual bunga orkid. Cantik orkid2 dia.

Ni pemandangan dari wang kelian. Gambar ni koi ambik masa on the way nak turun bukit. Cantik pemandangan dari atas. Hujung tu tasik tematasuh..

Ni plak laut kat kuala perlis. Masa ni air dah surut.
Kedai2 ikan bakar kat kuala perlis.