Baru2 ni koi pegi program Maal Hijrah 1430 kat Kampung Kuala Benut, Pontian, Johor. Letih juga sbb baru ja balik dari kursus kat Johor pastu kena p program maal hijrah plak. Tapi xpe la mmg koi nak p pun. Bertimbun la juga keja koi kat ofis ni. Sakit otak koi dibuatnya. Program koi tu dari 21hb - 24hb Feb 2009. 21hb tu bertolak ke Pusat Latihan JHEOA, Kluang. Stay utk 1 malam utk taklimat peserta dan juga pasal kampung2 yang terlibat. Byak juga kementerian dan jabatan yang terlibat. Dah x ingat koi berapa tp rasanya dalam 20 buah kementerian/jabatan mcm tu la.
Tahun ni ada 4 buah kampung Orang Asli yang terlibat. Koi kena kampung Orang Asli Kuala Benut kat Pontian. Tahun lepas kat Kampung Orang Asli Pantos, Kuala Lipis, Pahang. Best tau. Koi siap sewang lagi ( tarian masyarakat Orang Asli ). Kali ni program mcm xbest sikit sbb kebanyakkan kampung kat Johor dah moden. Cara hidup pun x dah mcm masyarakat Orang Asli sbb dah byk bergaul dgn masyarakat luar. Kampung tu dipinggir bandar dan kurang mencabar utk masuk ke kampung tu. Mungkin ini adalah salah satu kejayaan jabatan kerana dapat membangunkan masyarakat Orang Asli. Satu kejayaan yang bagus. Byak juga aktiviti yang dibuat kat kampung tu cuma xda sewang ja. Biasanya masyarakat Orang Asli terkenal dgn sewang tp kaum tu kurg sikit tentang sewang ni. Orang kampung tu adalah suku kaum Orang Kuala dan majoritinya adalah beragama Islam.
Pertama kali koi masuk kampung Orang Asli, kampung tu lah yang menyediakan tempat tidor yang empuk. Siap ada toto dan bantal lagi. Bagus btol penduduk dia. Kitorg peserta perempuan tidor kat tabika dan peserta lelaki tidor kat surau. Best juga la sbb dapat jumpa orang2 dari kementerian/jabatan lain. Lagipun, mungkin ini last program koi dgn JHEOA. Ye la kalu ada rezeki koi mungkin akan sambung belajar kat universiti. Kalu ada rezeki la. hehe
Gambar ni masa on the way nak balik ke kl. Kirenya acara bebas la. Kitorg p Renggam. Kat situ byk jual barangan terpakai. Set home teater pun ada. Fuyoo. Kalu dtg ngan lori nak je beli sbb murah. Nasib datang dgn pajero je.
Gambar ni masa acara tarik tali. Boleh dikatakan setiap program yang melibatkan peserta dgn org kg. Peserta la byk kalah. X kisah la. Lagipun program tu untuk org kg kan.
2 comments:
lawati belantaralanai.blogspot
sape ni ye?? xbleh buka pun laman tu
Post a Comment