Tuesday, February 3, 2009

sambungan cerita percutian koi

Sibuknye koi sejak dua menjak ni..dgn kerja hakiki dan sampingan. Baru ni koi sibuk dgn mesyuarat dan buku program Apa Khabar Orang Kampung ( AKOK ). Program bersama TV9, JHEOA dan KKLW. Program tu bermula pada 30 sampai 31 januari 2009. kalu ikutkan koi pun terlibat pada hari tu tp sbb kena balik kampung, koi x bleh join la. Just join sblm program berlansung je. Koi kena balik kampung la. Lagipun tiket bus dah beli, xkan la nak burn je kan. Oleh sbb tu, koi kena siapkan keja koi sblm koi bercuti pada 30hb. Kalu x siap sblm tgh hari 29hb, nampaknya koi mmg xbleh cuti la pada 30hb tu..huhuhu. Muncung plak mulut mak koi tu. Merajuk katakan. Hehehe..Nasib baik ada kawan2 yang bleh membantu. Thanks all my friend. Emm..cerita koi ni x siap2 lagi. Nasib baik keje koi bukan buat novel kalu x confim x terjual. Yela cerita tahun lepas x abis lagi. Hahaha..


28hb Dis 2008

Lepas balik dari penang. Esok tu ada tugas plak. Kena iring pelajar p uitm arau bersama pegawai jheoa daerah sepang. Sebelum p tu koi siap belajar jalan dari rumah koi nak ke uitm arau. Siap cari peta jalan dalam internet lagi. Peta yang dilukis oleh kakak koi apetah lagi. Hahaha..Koi ni jalan2 utara mmg failed. Pernah sekali koi sesat dalam alor star. Nama ja org utara tp bab jalan2 kat utara mmg koi xtau. Tp kalu jalan kat tmpt org, sesat pun koi bleh cari jalan keluar...Hidup merantau katakan..hehe. Tp jumpa la juga uitm tu. Dah sampai uitm, terus settlekan urusan kemasukan pelajar tu. Disebabkan byk barang yang pelajar tu x bawa. Jadi kena la bawa p beli barang kat pekan kangar tu. Koi tunjuk jalan ikut signboard je. hehehe. Tp x sesat la.

Lepas settlekan budak tu. Dorang nak pegi pusing2 perlis plak. Dorg nak p tmpt yg menarik kat perlis. Terus blur otak koi. Huhu. Tmpat org mane la koi tau. Kalu perlis koi selalu pegi padang besar, wang kelian dan bukit kayu hitam je. Tu pun jarang2 dan kakak koi yang bawa. Hehe. Jadi koi bawa dorg p wang kelian sbb kebetulan hari tu hari ahad. Kat wang kelian hari ahad ada pasar dan boleh masuk sempadan thailand. Jadi koi bawa la p ke sana. Koi pun xtau sgt jalan nak ke situ. Koi hanya berpandukan singboard dan sms petunjuk jalan dari kakak. Hehe. Nasib baik kakak koi kawin dgn org perlis. Sekurang2nya dapat la juga bertanya tempat kat perlis tu. Huhu..

Lepas pergi wang kelian, koi bawa dorg p pekena ikan bakar. Lagipun pemandu tu dah bawa kereta melelong mungkin sbb letih dan mengantok. Dari wang kelian nak ke kuala perlis, koi tgk signboard juga. Dah sampai kuala perlis, kitorg tercari2 kat mana la tempat ikan bakar tu. Tempatnya dah berubah. Byk bangunan dibina. Seingat koi, last koi pergi tempat ikan bakar tu berhutan lagi. Dah lama dah masa tu, masa koi sekolah lagi. Bayangkan dah berapa tahun dah koi x penah pegi situ. Huhu. Nak xnak koi terpaksa la call abg ipar koi utk tanyakan tempat ikan bakar tu. Akhirnya jumpa la juga. Dah sampai situ, ingat nak order ikan bakar. Last2 dorg kata xnak. Dorg dah jemu makan ikan bakar sbb setiap kali keluar outstation menu tu dorg akan order. Huhuhu..kempunan koi nak makan ikan bakar. Kitorg pun order la makanan masing2.

Dah puas berborak dan makan. Kitorg pun bertolak la balik. Koi balik umah dan dorg nak balik ke Sepang. Masa on the way balik. Kitorg sesat lagi. Koi bawa dorg ikut jalan laut dan kampung. Jalan mana entah. Nasib baik kereta yg kitorg follow tu plate no kl. Muka koi punye la pucat sbb mmg koi xtau lansung jalan tu. Koi hanya suruh dorg terus je. Pada hal koi nak suruh dorg follow kereta depan tu. Yang lagi bestnya, dorg xtau pun yang kitorg ni mmg dah sesat. Dorg ingat koi mmg nak bawa dorg jalan2 tepi pantai. Senyum je koi sepanjang perjalanan tu. Pada hal dalam hati, tuhan je yang tahu. Akhirnya, sampai la juga ke jalan yang sebetulnya. Lega hati koi.



Ni pejabat imegresen Malaysia. Kirenye dah sempadan Malaysia. Belakang pejabat tu dah masuk sempadan Thailand.

Ni plak pejabat imegresen Thailand. Kirenye ni dah masuk kawasan jajahan Thailand.

Ni pasar2 kat sempadan Thailand.

Jalan2 kat wang kelian. Ni pasar orang Malaysia punye tp loghat penjual2 dah mcm loghat Thai. Mungkin berdekatan dgn sempadan Thailand kot loghatnya pun dah bertukar sikit.

Funfair kat pasar thailand. Lebih kurg mcm funfair kat malaysia juga. Bezanya funfair tu orang Thai punya la.

Pak cik Thai ni jual pasu dalam 100 @ 200 bath mcm tu la. Cantik juga pasu dia tp kat malaysia pun ada jual juga.

Mak cik Thai ni plak jual bunga orkid. Cantik orkid2 dia.

Ni pemandangan dari wang kelian. Gambar ni koi ambik masa on the way nak turun bukit. Cantik pemandangan dari atas. Hujung tu tasik tematasuh..

Ni plak laut kat kuala perlis. Masa ni air dah surut.
Kedai2 ikan bakar kat kuala perlis.


No comments: