Sunday, February 28, 2010

Kelisa ku

Jumaat baru ni aku bersama 5 orang pelajar UMS dari kursus Baktisiswa pi Kampung Bangkalalak, Beaufort. Seharian juga la aku kat sana. Dari pagi sampai petang. Aku sewa keta pi sana. Kalu pi sana aku mula risau dengan budak2 ni. Bukan apa. 1. Perjalanan yang jauh. 2. Selesa ke tidak budak2 ni dengan kereta yang aku sewa sbb jalan nak ke beaufort agak kurang memuaskan. Jalan x sekata. Tp kali ni bersemangat aku nak ke beaufort. Mau tak nya. Owner kerete sewa tu bagi keta kelisa. Best benor la. Dah lama dah aku berharap dapat sewa kereta kelisa nih. Selalunya kancil ja. Akhirnya dapat juga. Hehehe..suke suke. Almaklum la kereta aku kan kelisa. Nak bawa ke sini mahal. Tak cukup bajet. Huhu.. Semangat betol aku drive dari KK ke beaufort. Walaupun kerete tu tak seperti kereta aku tapi aku tetap suke dan riang membawanya. Hahaha..poyo je kan ayat aku. Itu menggambarkan betapa sukenye aku dapat membawa kereta kelisa yang selama ini aku rindukan kereta aku yang sekarang ni berada kat kedah sana nuu..selain itu ini menunjukkan bahawa aku menyokong kereta buatan tempatan. haha..( read : walaupun aku sering mengindamkan kereta buatan honda dan BMW sport. Tak salah kan kalu ia hanya angan2.keke. ) Seronok betol aku bawa kelisa sehinggakan ada plak tambahan 3 brek dalam kereta tu ( nota : 1 depan 2 belakang ) bila aku melalui selekoh2 semasa on the way pergi dan balik dari beaufort. Haha... Bila drive kat jalan raya aku suka tang selekoh. Ntah la. Aku pun tak tau kenapa banyak2 jalan raya yang kat dunia ni, tang selekoh tu memang aku suka. Tapi tu kalu aku yang drive la. Kalu orng lain agaknya aku pun akan buat brek sendiri. ahaha. Sory ye adik2 semua. Akak lepaskan gian sebenarnya.


Ni la kereta aku. Kelisa KBF2209. Rindu betol aku kat kete aku nih. Bukan apa. Sebelum ni ke mana saja aku pergi dia akan ikut. Tak pernah sekali pun nak buat hal yang mendatangkan masalah kepada aku. Kalau buat pun mungkin sebab kesilapan aku sendiri macam x tutup lampu kereta ke. Hehe ( read : terlupa la ). Dan biasanya ia akan jadi ditempat orang ramai dan ada yang akan tolong aku ( nota : agaknya mesti india kat tempat parking yang aku selalu parking keta tu buat kenduri syukur bila dorang tau aku dah xdok kat kl lagi sbb tak perlu lagi nak tolong aku caj bateri kereta aku yang kadang2 down sebab aku terlupa nak off lampu kereta ). Syukur sebab ada yang sudi tolong aku. Thanks ye. Tapi sekarang ni kuat plak kereta kelisa aku ni merajuk. Kadang2 sampai aku sendiri tak boleh percaya bila kakak dan mak aku bagitahu yang kereta tu selalu meragam. Terutama selalu sangat rosak dan suke sangat nak lock kereta dengan sendirinya. Sedangkan masa aku bawa tak pernah sekali pun terjadi kejadian sebegitu rupa. Mungkin agaknya dia tahu cara keja aku dan tempat2 yang aku selalu dan kene pergi. Mungkin agaknya dia tak nak bahayakan aku kot. ( nota : sayang betol kelisa tu kat aku. Mungkin agaknya pesanan dari owner asal kereta tu iaitu ayah aku supaya jaga aku baik2. )


Ni la kereta yang aku sewa tu. Walaupun tak macam kereta sendiri ( read : kereta sendiri lebih selesa bila drive ) tp aku tak kisah. Janji dapat bawa kereta kelisa. Kereta kelisa ni memang tak banyak masalah sebab dia ada kelebihan tersendiri. Kepada sapa yang pernah bawa dan ada kereta kelisa dorang tau la apa yang best dengan kereta ni. ( nota : kepada kak ema@noorzaimah tu cukup2 lah kembang buntut tu. Bukan akak atau saya je yang ada kereta kelisa kat malaysia nih. Saya tahu la akak dah lama mengidam nak beli kereta sy tu tapi saya xnak jual. Sehinggakan akak terpaksa cari kerete kelisa lain untuk dijadikan kereta. Sorry ye buat akak frust. haha. l0l )


Oh kelisa...

p/s : Semalam pi potong rambut. Hari ni rasa macam nak pi kedai tu semula ja. Aku nak kutip balik rambut2 aku yang dah digunting. Aku nak sambung balik rambut2 aku tu. Sayang plak rasanya bila dah gunting. Rasa nyesal plak pi gunting rambut walaupun cina tu potong tak pendek mana pun. Emm..terpaksa la aku tunggu beberapa bulan lagi untuk rambut aku ni panjang balik seperti sedia kala. huhu.

No comments: