Best btoi la. Esok cuti maulidur rasul...hohoho holiday lagi. Holiday pun tp program fix la. Esok pepagi buta selepas solat subuh terus bertolak pi beaufort. Ada perbincangan dengan org yang bermurah hati nak cari sponsor utk program Baktisiswa dan petang tu plak ada perbincangan dengan ketua2 kampung. Kena bagi penerangan berkenaan dengan perjalanan program hujung bulan depan. Pastu malam mungkin ada discussion utk tugasan kumpulan. Lotihnyeerrr..
Sabtu lak ada appoiment dengan Dr. Law kat Damai Speacilist Center pagi tu. Mati la. Konfim dia berleter sakan kat aku. Sorry ya. Segala nasihat Dr. x dapat sy turutkan atas sebab2 tertentu. Hehe. Abis appoinment tu. Terus gi kelas plak. Petang tu plak ingat nak gi tuaran.
Ahad plak aku nak gi KK. Cari maklumat. Mungkin sekali lagi kena masuk panggung wayang. Mdam Jane ( pensyarah aku ) nak tengok bukti tiket wayang yang bahawasanye kitorang gi tgk movie TOOTH FAIRY. Masalahnya aku dah buang tiket tu. Tak terfikir lak aku dia nak tgk tiket sebagai bukti. Kalu beli tiket tp x masuk wayang. Macam rugi plak kan. Nampaknya sekali lagi aku akan jadi "peqhak". Terkejut tgk manusia pelbagai ragam kat situ. Nak tau. Kat shopping komplek, salah 1 tempat yang aku x boleh pi adalah sekitar panggung wayang dan game. Kalau aku pi konfim aku akan jadi "peqhak" dan buat muka mcm rusa masuk kampung. Kat situ kan ada pelbagai ragam dan jenis org. Jadi mcm2 gelagat dan "show" boleh kita tgk. Adoi. Mdm Jane bagi tugasan kat kitorang. Dia suruh kami semua ni ramai2 pi wayang tengok movie TOOTH FAIRY dan kemudian buat review ttg cerita tu. Lepas tgk wayang nak cari buku dan baju baru. Dah lama x beli baju T-shirt. Baju kurung dah blaus banyak la. Pastu gi pasar philipin cari gelang kaki utk anak angkat aku, Syafira. Kak mas minta belikan.
Nanti mama belikan untuk syafira, ye sayang.
p/s : bila la dapat balik semenanjung.
No comments:
Post a Comment