Thursday, April 29, 2010
Tuesday, April 27, 2010
Menghitung hari
Sekarang ni aku tengah menghitung hari nak balik semenanjung. Kalau tak kerana aku kena berhenti kat KL. Kalau tak dah lama aku fly ke Kedah. Adoi..rindunya aku pada keluarga. Dah lama tak jumpa. Lain rasanya bila aku dok kat KL atau Pahang. Walaupun lama tak balik tapi tak terasa sangat. Tapi bila dok Sabah ni lain pulak rasanya. Tapi bila jumpa selalu asyik nak bertekak je. Hahaha...Biasa la..Lama tak bising2 dan riuh rendah. Tak sabar nak balik. Tapi yang aku paling aku risau sekali bila aku balik adalah berat badan aku confirm naik mendadak. Mana baju atau seluar yang masa dok sini aku pi kecikkan saiz confirm terpaksa aku tetas semula. ( nota : aku tahun korang tak percaya berat badan aku turun sudah..haha..jeles la tu ) Tapi sekarang ni pun dah rasa naik semula walaupun aku control makan. aiyakkkkkk... Mummy wait for me ok...anak mu ini akan pulang. Jangan lupa masak sedap2. Hahaha..I miss your air tangan...
Friday, April 23, 2010
Tuesday, April 20, 2010
Exam..huhuhu
Hari ni stat exam...huhuhu...berdebar rasanya. 1st exam aku kat universiti...berdebar....macam2 rasa ( nota : rasa nak makan McD )..risau juga kalau aku gagal atau dapat pointer bawah 2.5...aduh. mati aku. Tak pa. Akan aku cuba sedaya upaya lagi untuk usaha lebih gigih lagi teguh. Aku perlu sempurnakan cita2 aku..
Tadi exam punya la sejuk...haha...mana tak nya dok dalm aircond. Berair je hidung aku ni.
( nota : aku orang kampung. tak biasa dengan aircond. kami guna aircond semulajadi je..hehe ) Soalan dia boleh la tapi kalau diberi pilihan nak juga aku ambik paper tu semula. Akan ku baiki mana yang aku tak boleh jawab..huhuhu

Saturday, April 17, 2010
Antara Ainul Mardhiah, Pok Ya dan Aina Najiha
Emm.....nama aku Za'imah Binti Zakaria tapi apa kene mengena aku dengan Ainul Mardhiah, Pok Ya dan Aina Najiha ???? Soalan yang sering ditanyakan oleh masyarakat umum kepada aku. Jap aku pikir dulu. Aku nak gi scan DNA aku jap....
Oh ya...lupa plak aku. Untuk pengetahuan korang semua Ainul Mardhiah, Pok Ya dan Aina Najiha memang ada kene mengena dengan aku. Itu semua nickname aku la, Disebalik nama ada ceritanya tersendiri. Jom kita menyingkap kisahnya.
Ainul Mardhiah
Ainul Mardhiah bermaksud mata keredhaan Allah. Aku tertarik sangat dengan nama ni. Ditambah plak dengan cerita bidadari syurga yang bernama Ainul Mardhiah. Aku teringin untuk menjadi seperti bidadari Ainul Mardhiah yang menjadi rebutan para pejuang syuhada tapi itu hanya angan2 sebab aku tak sehebatnya. Tetapi aku suka pada kisahnya. Ainul Mardhiah adalah seorang bidadari syurga yang paling cantik diantara bidadari2 yang lain. Ainul Mardhiah sentiasa menjadi pembakar semangat dan rebutan para pejuang dalam menegakkan Islam. Cintanya kerana Allah swt dan bukan kerana nafsu semata - mata. Sungguhpun aku tidak boleh menjadi sepertinya tetapi aku tetap berusaha untuk jadi yang lebih baik pada diri aku. ( nota : emm..untuk lebih lanjut korang bleh rujuk sini. Nanti korang tau la kenapa aku suka nama tu. Itu pun kalau korang paham )
Pok Ya
Pok ya adalah gelaran aku masa sekolah rendah. Nama ni diberi oleh ustaz Kamaruddin ( nota : apa khabar ustaz sekarang ye.. ). Ustaz tu bagi gelaran tu pada aku sebab nama ayah aku pak ya dan aku anak pak ya. Oleh sebab itu la, aku diberi gelaran pok ya a.k.a pak ya. Gelaran ni tak silap aku bermula darjah 3@4. Lepas aku dianugerahkan gelaran itu, seluruh penghuni di sekolah tu panggil aku dengan nama tu. Sampai la sekolah menengah. Cuma sekarang tidak lagi sebab masing2 ada haluan sendiri. Tapi aku tetap rindukan panggilan tu.
Aina Najiha
Aina bermaksud mata. Begitu juga ainul yang membawa maksud yang sama. Aina Najiha bermaksud mata yang berjaya. Aku suka nama najiha sebab bila disebut bunyi ada tona lembut dan kasar. Kalau lembut sedap bunyinya. Bila secara kasar tegas bunyi. Cuba korang sebut. N.A.J.I.H.A.
p/s : Kalau kat rumah aku digelar kak cik. Anak2 buah aku panggil aku mak lang. Mak dan bapa sedara aku plak ada yang panggil kak cik ada yang panggil z'mah. Kawan2 aku pangil aku imah. Kalau famili tok wan mat aku plak, dorang panggil aku Band. Apsal ek. Ntah aku pun tak tahu. Sejak kecil sampai la besar sekarang ni tetap dengan panggilan tu. Mengikut kata mak. Aku dulu waktu kecik tembam dan comey ( nota : dengan bangganya aku senyum tersengih...haha ). Tu yang depa panggil aku dengan gelaran tu...hehe...banyak sungguh gelaran yang diberikan kepada aku. Apa2 je la ye. Janji hampa semua kenal aku dan tak lupakan aku walaupun aku selalu lupakan korang...huhu...biasa la manusia mudah lupa...
emm...aku mimpi lagi. Kali ni mimpi aku lain tapi tetap sama...Oh God..not again please.

Friday, April 16, 2010
1st tag from my blog...
!st tag from my blog...ada terima tag tp aku malas nak buat..kebetulan pagi ni kepala aku ting tong jadi aku nak buat la..hahaha...meh kita tengok..tag ni dari my sister zaza@mamaHanin
apa tunggu lg.. let's go onnn..... (bak kata nabil RL 3)
1 - Bila kali terakhir anda pergi bercuti dan kenapa/sebab anda nak pergi bercuti?
Emm....seingat aku last percutian famili adalah pada tahun lepas. Kitorang pegi berkelah je. Itu je yang sempat sebab kesibukan masa. Kalau tak silap dekat Lata Mengkuang ( nota : kakak and atin please remind me if right or not ). Pegi situ pun sebab dah lama tak berkelah dan bercuti. Dah lama tak buat barbeque. best la...
2 - Berapakah umur anda? (jangan malu2 nak announce)… dan adakah anda rasa puas dengan pencapaian anda diusia anda sekarang ni?
Alahai lemah betol aku kalau bab ni. Hahaha...Umur aku sekarang dah nak sampai suku abad. 24 tahun ( nota : mak kata dah bleh kawain dah )..For me..pada usia sekarang alhamdulillah..semua yang dicitakan dan diangan2kan tercapai...study..kerja...semua ok dan semuanya adalah seperti yang aku impikan. . Malah alhamdulillah aku bersyukur sangat apa yang aku nak dan inginkan semua capai. Its about my ambition. My job is about social work dan my study is same. Semuanya berjalan seperti yang dirancang dan diharapkan. Kalau nak diceritakan terlalu banyak yang ALLAH swt tunaikan dan berikan kepada aku. Malah yang aku tak minta pun DIA tetap beri. Aku bersyukur sangat. Cuma soal jodoh belum ALLAH swt berikan. Mungkin belum sampai masanya lagi. Aku tahu ada sesuatu yang berharga dan x ternilai harganya DIA nak anugerahkan kepada aku....hanya pada MU aku berserah dan berdoa.
3 - (tak jawab pun tak pe) Saya tahu anda seorang yang gemar bergambar di depan kemera! jadi pergi ambik kemera anda dan snap gambar wallet/beg duit anda! jangan la malu nak cakap berapa harganya sebab kuantiti nilai dalamnya lebih berharga!
Cantik tak??? Bunga2 lagi.
4 - Anda mungkin seorang blogger, bila waktu yang paling anda suka untuk update/kemaskini blog anda dan kenapa anda pilih waktu itu?
Kalau aku tak busy. Online je. Tapi kalau busy pun kadang2 online juga..haha
5 - Apakah yang berlegar2 dalam fikiran anda sekarang?
Nak balik kampung. I really miss my mom and famili. I love you all...
6 - tag 3 org lain yang anda suka
* atin bucuk
* kak ayu

Sebenarnya dah lama aku x shopping barang favorite aku. Tapi semalam ada la 1. Kasut. Beli pun sebab kasut aku dah tahap minta belikan yang baru..hehe..
Cantik tak??? Bunga2 lagi.
Harga kasut ni RM24.90 je. Aku beli kat 1B semalam. Sempat lagi aku bershopping masa tengah cari org untuk interview untuk kerja tugasan aku...haha. ( nota : aku suka kasut yang bleh masuk angin. Kalau kasut yang bertutup aku kurang suke. Dan aku suka kasut high heel dalam 2 inci je tp sekarang terpaksa hold hobi tu sebab kat UMS. Nak mampus berjalan gi kuliah pakai kasut high heel. Patah kaki aku nanti. )
4 - Anda mungkin seorang blogger, bila waktu yang paling anda suka untuk update/kemaskini blog anda dan kenapa anda pilih waktu itu?
Kalau aku tak busy. Online je. Tapi kalau busy pun kadang2 online juga..haha
5 - Apakah yang berlegar2 dalam fikiran anda sekarang?
Nak balik kampung. I really miss my mom and famili. I love you all...
6 - tag 3 org lain yang anda suka
* atin bucuk
* kak ayu
Thursday, April 15, 2010
Pemergian Ayahanda Tersayang
Semalam 14/4/2010 genap 4 tahun pemergian arwah ayah aku. Sebenarnya sungguh janggal aku bila menyebut atau menulis malah menaip perkataan "arwah". Apatah lagi bila perkataan itu terletak dipangkal depan nama ayah aku. Mungkin orang akan kata aku masih belum menerima pemergian beliau. Yes! aku terima but he still alive in my life. That why aku kurang suka letak perkataan arwah dipangkal depan namanya. Roh dan dirinya telah pergi meninggalkan kami sekeluarga tapi ingatan dan kenangan terhadap ayah tetap selalu ada dalam diri aku. Emm...yang pergi tetap pergi. Hanya sedekah al fatihah dan surah yassin yang mampu aku lakukan untuknya. Tiada sepasang baju melayu yang dapat aku belikan untuk ayah. Itu adalah harapan dan niat aku untuk ayah apabila aku sudah bekerja. Tapi semuanya terpaksa aku simpan kerana ayah telah jauh pergi dari aku. Tapi syukur masih tetap ada hadiah dan cara untuk aku berhubung dengan ayah iaitu dengan berdoa dan sedekah alfatihah dan surah yassin. Aku harap ayah aman disana. Aku tahu itu. Tiada sesiapa pun yang boleh gantikan tempat ayah dan tiada siapa pun sehebat ayah.
p/s : Bila difikirkan balik. Aku ditakdirkan berada di sabah ini adalah untuk tunaikan cakap2 ayah aku dulu. Dulu kalau time dia marah2 @ merajuk. Dia akan kata nak tinggalkan kami dan nak dok menetap di sabah. Kononnya anak2 buat peel sebab tak suka kat dia la. Haha.. Anak dengan ayah sama je. Kalau marah atau protes mesti nak lari dari rumah...opppsss...sape tu ek???haha...

Monday, April 5, 2010
Sunday, April 4, 2010
UMS SPRINT, Kampung Bangkalalak Beaufort
Geng futsal wakil penduduk kampung. kumpulan 60an..Game ni peraturannya pemain2 mesti kena pakai kain pelekat.
Satu - satunya makanan yang tak dapat makan kat kampung ni adalah ambuyat. Ambuyat ni dibuat dari sagu dan dimakan dengan ikan, sambal etc.
Kampung ni mempunyai masalah air. Kalau rumah yang xde air so sini la tempatnya dorang mandi. Rumah aku ada air tapi air takung la. Kira syukur la.
Paling tak suka adalah bila berucap formal. Lagi tak suka bila xde prepareration awal. So time ni aku gagap gila walaupun aku dah ada pointnya. Akan aku cuba lagi next time.
Happynya dorang. Nak jumpe famili angkat katakan. hehe.
Program : Program Anak Angkat
Anjuran : UMS SPRINT dengan kerjasama penduduk kampung bangkalalak
Tempat : Kampung Bangkalalak sebagai tempat induk ( lagi 6 kg aku terlupe..hehe )
Tarikh : 26 hingga 28hb Mac 2010

Happy Birthday Ayah
Hari ni besday ayah...dah 4 tahun tak cium kedua belah pipi dia. Itu adalah salah satu perkara yang wajib bagi kami empat beradik lakukan sebelum keluar rumah atau celebrate apa - apa terutama wish besday kat ayah..walaupun kadang - kadang rilek ja dia dan bila anak - anak wish besday dan cium pipi dia just cakap " hrmm..." tapi kami semua tahu yang dia bahagia dan gembira. Kadang - kadang tension juga macam tak dak tindak balas ja. ( nota : macam mak bila empat beradik wish besday dia senyum dengan gembira dan say thank you ). Mungkin sebab ayah ketua keluarga dan bersikap tegas pada anak2 menyebabkan dia bersikap begitu. Walaupun ayah tegas tapi aku tetap degil dan keras kepala. Haha... Degil - degil pun dengar cakap juga la. Apa pun ayah tetap suka kopi aku dan garam belacan aku yang aku buat. That i like. Tapi semua itu hanya tinggal kenangan. Aku pun dah lama tak buat semua tu. Sebab kadang2 semua itu mengingatkan aku padanya. I LOVE YOU DAD. LOVE SO MUCH. Harap ayah tenang disana. Dan bila setipa kali aku ziarah kubur ayah. Selepas sedekah al fatihah. Aku akan bercerita pada dia. Segala - galanya. Everything. Aku tahu dia dengar tapi tak boleh berkata apa - apa. Aku just mohon doa dari ayah supaya aku dapat kuatkan semangat dalam harungi semua ini. Kadang - kadang aku terfikir kenapa aku perempuan tidak lelaki. Kalau aku lelaki tak perlu aku tunggu sesiapa untuk temankan aku pergi kubur ayah. Supaya aku boleh bercerita pada ayah. Tapi itu semua dan ditentukan oleh Nya. Dah lama aku tak ziarah kubur ayah. Sejak ayah tiada. Ramai plak yang nak ganti tempat dia. But you all not same with dia. Korang lain ayah lain. Walaupun korang cuba untuk menjadi seperti tapi tetap tak sama.
p/s : Selamat hari jadi kepada orang yang sambut besday pada 3/4/2010

Subscribe to:
Posts (Atom)