Emm.....nama aku Za'imah Binti Zakaria tapi apa kene mengena aku dengan Ainul Mardhiah, Pok Ya dan Aina Najiha ???? Soalan yang sering ditanyakan oleh masyarakat umum kepada aku. Jap aku pikir dulu. Aku nak gi scan DNA aku jap....
Oh ya...lupa plak aku. Untuk pengetahuan korang semua Ainul Mardhiah, Pok Ya dan Aina Najiha memang ada kene mengena dengan aku. Itu semua nickname aku la, Disebalik nama ada ceritanya tersendiri. Jom kita menyingkap kisahnya.
Ainul Mardhiah
Ainul Mardhiah bermaksud mata keredhaan Allah. Aku tertarik sangat dengan nama ni. Ditambah plak dengan cerita bidadari syurga yang bernama Ainul Mardhiah. Aku teringin untuk menjadi seperti bidadari Ainul Mardhiah yang menjadi rebutan para pejuang syuhada tapi itu hanya angan2 sebab aku tak sehebatnya. Tetapi aku suka pada kisahnya. Ainul Mardhiah adalah seorang bidadari syurga yang paling cantik diantara bidadari2 yang lain. Ainul Mardhiah sentiasa menjadi pembakar semangat dan rebutan para pejuang dalam menegakkan Islam. Cintanya kerana Allah swt dan bukan kerana nafsu semata - mata. Sungguhpun aku tidak boleh menjadi sepertinya tetapi aku tetap berusaha untuk jadi yang lebih baik pada diri aku. ( nota : emm..untuk lebih lanjut korang bleh rujuk sini. Nanti korang tau la kenapa aku suka nama tu. Itu pun kalau korang paham )
Pok Ya
Pok ya adalah gelaran aku masa sekolah rendah. Nama ni diberi oleh ustaz Kamaruddin ( nota : apa khabar ustaz sekarang ye.. ). Ustaz tu bagi gelaran tu pada aku sebab nama ayah aku pak ya dan aku anak pak ya. Oleh sebab itu la, aku diberi gelaran pok ya a.k.a pak ya. Gelaran ni tak silap aku bermula darjah 3@4. Lepas aku dianugerahkan gelaran itu, seluruh penghuni di sekolah tu panggil aku dengan nama tu. Sampai la sekolah menengah. Cuma sekarang tidak lagi sebab masing2 ada haluan sendiri. Tapi aku tetap rindukan panggilan tu.
Aina Najiha
Aina bermaksud mata. Begitu juga ainul yang membawa maksud yang sama. Aina Najiha bermaksud mata yang berjaya. Aku suka nama najiha sebab bila disebut bunyi ada tona lembut dan kasar. Kalau lembut sedap bunyinya. Bila secara kasar tegas bunyi. Cuba korang sebut. N.A.J.I.H.A.
p/s : Kalau kat rumah aku digelar kak cik. Anak2 buah aku panggil aku mak lang. Mak dan bapa sedara aku plak ada yang panggil kak cik ada yang panggil z'mah. Kawan2 aku pangil aku imah. Kalau famili tok wan mat aku plak, dorang panggil aku Band. Apsal ek. Ntah aku pun tak tahu. Sejak kecil sampai la besar sekarang ni tetap dengan panggilan tu. Mengikut kata mak. Aku dulu waktu kecik tembam dan comey ( nota : dengan bangganya aku senyum tersengih...haha ). Tu yang depa panggil aku dengan gelaran tu...hehe...banyak sungguh gelaran yang diberikan kepada aku. Apa2 je la ye. Janji hampa semua kenal aku dan tak lupakan aku walaupun aku selalu lupakan korang...huhu...biasa la manusia mudah lupa...
emm...aku mimpi lagi. Kali ni mimpi aku lain tapi tetap sama...Oh God..not again please.
2 comments:
SubhanAllah...alangkah indah nama Ainul Mardhiah.Boleh diimpikan tapi utk mendapatkannya perlukan pengorbanan dijalan Allah.Jika sudah tertulis semasa diciptakan roh..insyaAllah bertemu jua...
insyaALLAH..tq
Post a Comment