Friday, January 9, 2009

percutian selama 5 hari...


hehehe...sebenarnya ini percutian famili pada tahun lepas..25 hingga 29 disember...percutian famili ke cameron highland...tp koi akan cerita dari 24 dis dulu...

24 dis 2008

Pukul 6.30 pm, koi bertolak dari kl ke shah alam ( rumah pak su ) sbb nak balik kedah tp koi turun kat butterworth sbb koi dgn famili koi ada famili holiday kat cameron highland. Lagi pun malam tu, famili koi stay kat umah kakak koi kat penang. Koi mmg dah agak jalan sesak dan oleh sbb itu koi ikut jalan highway putrajaya dan cross kat kompleks bukit jalil..dah keluar susur bukit jalil koi kena uturn plak utk ke shah alam. Disebabkan koi xde kesabaran koi apabila kereta2 sdg beratur utk uturn. Koi terus masuk ke MRR2 utk uturn. Dah masuk MRR2, jalan plak jam. Aduh..penat koi menahan kesabaran dgn kesesakan. Menyesal koi sbb x bleh nak sabar sikit masa sampai simpang uturn tadi. Koi sampai rumah pak su koi dalam pukul 8.00 pm lebih rasanya. Letih btol. Dah siap2 ape semua. Dlam pukul 10.00pm, mak su hantar koi kat stesen bas.

Tunggu la koi kat stesen tu. Punya la mengantok koi malam tu. Ye la. Letih dgn keje yang byak pastu jalan sesak plak. Nak hilangkan boring, koi call la kawan koi, mariah utk bertanyakan pasal tmpt2 kat kuching sbb koi ada urusan kat sana. Dah tepat pukul 10.35pm, koi rasa pelik plak. Bas koi x muncul2 tiba. Koi pun terus p tanya kat kaunter. Rupa2nya koi dah ketinggalan bas. Aduh...cuai betul koi. Ape lagi org kaunter tu terus marah2 disebabkan kecuaian koi. X sangka plak koi, kat tiket koi tu tulis nama bus lain. Koi ingat nama tiket bus sama dgn nama sykt kaunter bas. Sah dah, koi beli tiket ulat. Huhu.. Org kaunter tu suruh koi p stesen bas Klang utk kejar bas tu. Ape lagi koi terus call kaunter tiket kat Klang suruh bas tu tunggu koi. Nak jadikan cerita malam tu mmg xde transpot nak ke Klang. Teksi pun ade 1 je tu pun x sempat koi nak panggil teksi tu dah pegi. Nasib baik ada bus transnasional yang nak ke Klang utk ambik org. Lega koi. Sepanjang nak ke Klang tu, koi berdoa je supaya perjalanan koi lancar. Ye la, buat tertinggal bas. Mampus koi. X pasal2 kena marah dgn famili dan pak su disebabkan kecuaian koi.

Dah sampai Klang, koi terus p cari bas koi. tp xde. Alamak!!! Koi pun terus call kaunter Klang la.. then lepa suruh koi p kaunter dorg sbb ada kemusykilan dgn tiket koi. Bila di semak dalam jadual perjalanan bas. Rupa2nya tiket koi tu petang bukan malam. Walaupun dalam tiket koi tu tarikh dan masa btol tp no seat koi tu petang. Aduh. Koi mula la naik bengang. Ye la. Kalu koi dapat naik bus tadi pun, koi mesti xbleh naik juga sbb akan jadi double seat. Lagi pun dalam jadual, tiket koi petang. Tension btol. Tp nasib baik, ada bus kosong. Bus nak ke Kedah. Dorg akan drop koi kat butterworth la. Terpaksa la koi bayar RM37.00 semula utk tiket bus tu. Geram btoi koi dgn org yang jual tiket kat shah alam tu dgn kesilapan dia. Sesuka hati nak marah koi . Dan seingat koi, gambar bus yg dia tunjuk tu adlh gambar yang mana nama bus tu sama dgn sykt kaunter tu. Menyumpah2 koi malam tu kat org yg jual tiket kat shah alam tu. Dah dapat naik bus tu koi terus tido..letih katakan. - Moralnya disini, jangan beli tiket atau naik bus yg ntah ape2 jenama syarikat dan make sure syarikat bus tu xde dlm senarai sykt paling byk atau sikit saman polis.

Masa sedap tgh tido tu, koi terjaga sebab koi terdengar satu bunyi yg pelik. Rupa2nya org seblah koi berdengkur. Kuat la juga. Nak tido balik pun xbleh. Kuat sgt. Potong stim btol la mamat ni. Dalam terjaga tu, koi mcm pelik kenapa bus koi tu berhenti kat tepi jalan lama sangat. Rupa2nya bus rosak daa. Lambat la koi nak sampai butterworth. Lama koi menunggu. Driver bus tu suruh koi naik bus lain. Bus tu mmg nak ke Butterworth dan lagi pun dalam bus tu koi sorg je yang nak ke butterworth. Koi ingat bus koi dah keluar shah alam. Rupanya masih kat subang. Syukur la koi dapat bus lain. X la lambat nak sampai butterworth nanti. Dah dpt naik bus tu, koi pun terus tetido. Koi bajet sampai butterworth dlm pukul 6.00am.

Tiba2 koi terjaga semula. Koi pelik kenapa bus yang koi naik tu jalan kat tepi je. Means, x jalan kat laluan yang btol. Makin lama makin slow. Rupa2nya bus rosak la. Dahh tersadai kat tepi jalan. Masa tu dah masuk perak. Lame koi menunggu bus tu utk dibaiki. Masa lepa tgh perbaik tu, sempat juga la koi tidor seround. Hehe. Letih katakan. Dlm pukul 3.00 am lebih tu, bus pun dah bleh jalan dah tp jalan slow2. Kesian koi, naik 1st bus rosak, naik 2nd bus pun rosak. Xpe la, janji sampai. Koi sampai butterworth dlam pukul 6.00am lebih. Menepati bajet masa koi. Hehehe..

Dari butterworth koi bersama dgn famili koi terus bertolak p Cameron Highland. Eh, bila masa koi mandi ek?? Mmg koi x mandi pun..hehehe..sampai cameron baru mandi..tu pun dah ptg. huhu...


to be continue...

No comments: