Monday, November 9, 2009

Jangan Pernah Berubah

video

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas ‘tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan


Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan


Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya

p/s : suke lagu ni. semoga bertemu cinta yang mencintai dan menyayangi kita... =)

Friday, November 6, 2009

Syafira yang makin membesar

Rasanya dah dekat 2 bulan koi x pegi melawat anak angkat koi yg sorg ni. Rindu rasanya. Mula la si syafira ni nak lupekan mama dia. Huhu...baru2 ni koi pegi la jengok dia. Dah makin lincah dah dia. Merangkak kesana sini. Mulut tu dah beok sikit. Yela..budak2 tgh belajar membesar. Dan makin koi seronok sekali bila gigi dia dah mula tumbuh. Dah dua batang dah. Kalu tgk org makan dia pun nak makan juga. Org dah ada gigi katakan. Hehe..



Lepas ni syafira kene la jaga gigi elok2 ye...

Ni plak gaya dia bila tidor. Tgk la.dah makin lasak. Pusing kesana sini. Masa ni hujan tau. Kitorg semua sejuk je tp dia mcm xde ape2 je. Letih main la tu...

p/s : xtau la kalu aku ada anak sendiri. agaknya hari2 kene buli dgn ibu dia. ehehe

Thursday, October 22, 2009

Bila kaki ku tersepit

video

Bila kaki ku tersepit...aku malu x terkata..sbb salah ku jugak..xdak pun org suruh aku p dok kat penyidai tu..kan kaki aku dah tersepit..huhuuhu..

p/s : nafis..nafis..ape la anak mak lang nih..

Zafran yang kaki jalan

video

Ni sorg lagi buah hati koi. Si pengarang jantung intan belian la kononnya. Hehe. Nafis zafran merangkap anak buah @ anak koi @ sepupu hanin. Gambar ni dirakam masa dia baru2 bleh jalan tp sekarang dah boleh berlari dah. Mcm ni la dia kat rumah mahupun di luar. Berjalan je. Ke sana sini. Mmg x reti nak dok seminit. Mulut tu pot pet je. Xtau pe benda yg dia ckp. Ringan mulut katakan ( mcm abah dan ummi dia juga). Dari pagi sampai ke malam mcm tu la dia. Berjalan sambil mulut pot pet..Makan pun nak berjalan juga. Kdg2 sampai letih koi tgk dia sbb dia asyik berjalan je. X reti2 nak dok. Agak2nya kalu pasang meter, dah berapa langkah dia berjalan ye. ehehe..

Hanin marah mak tok ?????


video

Rakaman ni masa on the way koi, mak, adik, kakak sulong dan abg long ku nak ke perlis. Kitorg nak p beraya kat umah sdara. Sebenarnya koi saja je nak rakaman gambar hanin ni tp bila byk2 kali koi tgk. Baru koi perasaan. Masa ni hanin tgh membebel dan marahkan mak tok dia. Hanin marah mak tok ??? Macam ni la dia bila marah. Bila dia nak sst benda tu tp x dapat atau dirampas org. Kuakuakua..Kalu nak tau dia marah kenapa. Cuba tgk part mana dan kenapa dia bebel dan marah.

p/s : abaikan suara2 latar tu ye..hehe

Tuesday, October 20, 2009

Seperti Pelangi



video


Seperti pelangi
Cintamu di hatiku
Walau indah kurasa
Kau tak mungkin di sini
Di sisiku

Andai di hatimu
Hanya aku cintamu
Melukiskan inginku
Walau kini ku mengerti
Kau bukan untukku

Harusnya ku tak pernah mencintamu
Walaupun semuanya indah
Kau yang tak mungkin kumiliki
Seperti pelangi ku hanya bisa menatapmu

Tak seindah mimpi
Tanpamu di sisiku
Semua hilang dan pergi
Hanya rindu yang kurasa
Hancurkan hatiku

Ingin ku melupakanmu
Namun selalu kurindu
Tak ingin kusesali
Walau selalu di hatiku

song by DYGTA

tuhan berikan aku cinta

video

Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini
Hampa...

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta...

Ku bertemu sang adam di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkan lah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halalMu
Tuhan beri aku cinta...

song by - ayushita

Thursday, October 15, 2009

Cara2 minta susu

video

Ni la cara2 si montel hanin minta susu dgn koi. Hari tu masa balik kampung. Mama dia tinggalkan dia kat koi. Mama dia nak p shopping sakan kat langkawi. 1 hari la juga dia dok dgn koi. Sampai koi terpaksa cancel rancangan nak p beraya kat rumah kengkawan. Huuhu..sory ye mariah. Ok..koi nak melencong sikit. Nak cerita bab mariah ni dulu. Mariah ni kawan koi. dari tadika sampai sekolah menengah. Semuanya sama. Sekolah sama kelas pun sama. Kami 1 kelas bermula dari tadika dan darjah 3 sampai la sekolah menengah. Kecuali bila masuk u ni dah lain sikit sbb dia sambung belajar tp koi bekerja. Tapi kami tetap still kontek. Kami bermula kawan rapat dari tingkatan 4. Yg sebelum2 tu rapat tp kurg sikit. Hehehe. Byk pkr dikongsi bersama. Dan dia adalah salah seorg kawan yang rapat dgn koi. Dalam hidup koi ada 2 org kawan yg rapat dan boleh koi bercerita. Salah seorg adalah dia dan sorg lagi jauh nunnnn di sabah. Hehe..dia merantau disana.

Ok mai kita masuk bab si kecik hanin. Adoi..ni la cara hanin nak bermanja. Merengek nak susu..orang baru bangun tido katakan..tambah pulak bila x dilayan. geram btol bila tgk pipi dia. Montel.

p/s : kepada abang long ku..macam mana perjanjian kita??? jadi ke tidak nih???

Thursday, October 8, 2009

Gaya Ummu Hanin

video

Ni salah sorg dari anak buah koi. Ummu Hanin. Mcm ni la perangai dia. Manja. Time ni masa raya baru-baru ni. Tp sekarang dah boleh jalan. X lama lagi boleh la kejar zafran plak. Tengak la gaya dia bila minum susu. Kalu time tidoq tu x payah nak ckap la. Macam2 gaya. Kalu boleh 1 katil tu dia nak control. Hehehe..

video

Yang ni plak gelagat dia dalam kereta. Mcm ni la. Lasak. Sekejap kebelakang dan kedepan. Adoi ponat tgk dia. Pastu bila panggil nama dia. Dia hanya tau sebut " taa ". Mungkin " ya " bagi dia kot. Hehe

Anak koi yang semakin membesar

Ni la anak koi. Anak angkat koi..anak sendirik xda lagi..single lagi uuu..hehehe. Baru ni p rumah kak la ( kakak kepada kak mas). Lama btol x jumpe kak mas and famili. Rindu btol kat syafira tu ( anak angkat koi ). Dah besar dah dia. Sekarang ni tengah belajar nak merangkak. Dah pandai ketawa dan bercakap lagi ( cakap budak2 la ). Lincah sikit dia skang ni. Dulu malam2 kalau time tidor. Koi selalu peluk dia. Nyenyak btol dia tidor. Yela ada org dok qham ( peluk ) dia. Tapi sekarang ni..jangan harap la. Peluk sikit je dah x boleh. Lasak btol dia bila tido. Pernah sekali tu hampir2 jatuh katil. Benjol la juga kepala dia sbb terhantuk kat besi katil. Nasib baik koi dengan kak mas terjaga. Kalu x..xtau la pa nak jadi. Ape la anak mama ni...huhu..

Syafira yg semakin lincah.


Ni muke org kena kacau time nak tido. Sape lagi kalau bukan mama dia yg kacau. Hehe...
p/s : 12hb Okt ni genap la syafira berumur 7bln

Friday, October 2, 2009

Kesepian

ku rindu disayangi
sepenuh hati
sedalam cintaku
setulus hatiku

ku ingin memiliki
kekasih hati
tanpa air mata
tanpa kesalahan

bukan cinta
yang melukai diriku
dan meninggalkan hidupku lagi

tolonglah aku
dari kehampaan ini
selamatkan cintaku
dari hancurnya hatiku
hempaskan kesendirian
yang tak pernah berakhir

bebaskan aku
dari keadaan ini
sempurnakan hidupku
dari rapuhnya jiwaku

adakah seseorang
yang melepaskanku
dari kesepian ini

p/s : by DYGTA

Tuesday, August 18, 2009

Karnival Usahawan Dan Kebudayaan Orang Asli 2009

video

video

video

Karnival Usahawan dan Kebudayaan Orang Asli 2009




video



video

AKU BENCI KAMU

Emm...hari tu koi ada janji nak ceritakan mengenai cerita disebalik perkataan AKU BENCI KAMU kan ?? ok. harini koi ada sedikit kelapangan sebelum kesibukan koi melanda. huhu..Cerita ni pernah diceritakan oleh rakan sekerja koi iaitu En. Shahrudin. dulu dia keje dgn JHEOA tp sekarang telah berpindah ke RISDA...lama benar x jumpa dia. Last jumpa masa Karnival Usahawan Dan Kebudayaan Orang Asli 2009 kat Mid Valley hari tu. rindu la plak sbb lama x dengar cerita dari dia. Dia tu byk cerita. Byk topik boleh dibualkan dgn dia x kira pasal politik sampai la hal2 cerita pengalaman dia duu. Dulu dia pun ada blog juga tp kena block plak.kekeke..mcm mana tu en shah oi???

Menurut cerita en shah ( nama panggilan kat ofis ), dulu ni ada la seorg pompuan minat kat dia. Biasa la en shah ni suka sgt bergurau dgn org. x kira laki atau pompuan. Pompuan tu pernah keje kat ofis kitorg ni sbg cleaner. Nak diringkaskan cerita. Pada satu hari, en shah ni ada terima sekeping nota kat atas meja dia. Nota tu dikirim oleh cik cleaner tu. Dalam nota tu, ayat2 dia berbunyi mcm ni la. " AKU BENCI KAMU by ... ". Apa lagi terkejut la en shah ni. X pernah2 ada org bagi nota mcm tu. Tambah plak org tu selalu bergurau dgn dia. Lepas en shah terima nota tu, dia dah jarang jumpa cik cleaner tu lagi. Satu hari nak dijadikan cerita, dapat juga la en shah ni jumpa cik cleaner tu. Terus ditanya kenapa cik cleaner tu benci dia. Dengan malu2. Cik cleaner tu mmeberitahu kedudukan yg sebenar bahawa dia mmg suka bangat kat En shah ni. En shah ni pun mula la pening kepala kat cik cleaner ni. Yela dah suka tp benci plak. Cik cleaner pun translate la ayat AKU BENCI KAMU tu. Dia kata kat indon ayat AKU BENCI KAMU tu mmg selalu digunakan bagi pasangan bercintan cintun ni yang membawa maksud AKU BENar CInta KAMU. Baru la en shah ni paham. Tp akhirnya cinta cik cleaner tu x dapat dibalas sbb en shah ni telah berumah tangga. Agaknya mungkin sbb malu cinta x berbalas. Cik cleaner tu pun dah x keje lagi kat ofis kitorg ni. Alahai cik cleaner...

Emm..lepas ni boleh la gunakan kat pasangan anda ye tp jangan sampai dia salah paham pulak...koi xtau..huhu

Ni la org nya. Shahrudin bin Abdullah. dia ni pernah jadi penyanyi suatu masa dulu.
Nama glamour dia Shah Effendy.



p/s : En shah kalu salah tolong btol kan ek....

Wednesday, August 12, 2009

Malasnye nak keja

Malasnya hari ni. Malas btol nak keje. Malas tahap kritikal. Kalau boleh nak balik rumah nak tido ja . Nak tido puas - puas dan sepuas puasnya. Xmau keja hari ni. Nak balik !!! Tau kenapa koi jadi mcm ni?????????? Pagi2 lagi org dah buat koi bad mood. Macam nak balik rumah ja. Nak rilek2. Tenangkan diri dan mental
Tp semua itu koi x bleh buat. Reputasi mau dan mesti kena jaga. kalau x koi kena tangguh pengajian lagi sbb markah tahunan rendah plak..huhu..koi x mau. Dah serik tangguh2 pengajian ni.. ( bukan sbb markah tahunan ye sbb pkr lain. every year markah tahunan koi ok tau ) Disebabkan semua tu tak boleh buat. Jadi nak hilangkan tension, koi dengar radio. Pasang radio kuat dan kuat lagi kuat. Sampai orang panggil pun koi buat xtau. Nasib hampa la..


Wednesday, July 29, 2009

Suke lagu ni..

video

YOU'RE ONE IN A MILLION

BY BOSSON

You're one in a million, Oh now
You're one in a million, Oh

Sometimes I can't hate you every day
Sometimes you can fall for everyone you see
Only one can really make me stay
A sign from the sky
Said to me

You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us

I've been looking for that special one
And I've been searching for someone to give my love
And when I thought that all the hope was gone
You smile, there you were and I was gone

I always will remember how I felt that day
A feeling indescribable to me, Yeah
I always knew there was an answer for my prayer
And you, you're the one for me

You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
I was cool and everything was possible
You tried to catch me but it wasn't possible
Nobody could hurt me it was my game
Until I met you baby and went insane
And when you didn't want me, I wanted you
Because the finer thing bout it was I like to go
I like it when its difficult I like it when it's hard
You know it's worth it if ya find your heart

You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
You're one in a million
You're once in a lifetime
You made me discover one of the stars above us
You're one in a million, Oh
You're one in a million

p/s : pada sape ye nak tujukan lagu ni...ermmmm.....

Friday, July 24, 2009

Layan lagi bah....

video

Jom layan lagiii...

p/s : nanti kalau ada masa koi akan cerita ttg satu cerita disebalik perkataan

AKU BENCI KAMU..

Layannn....

video

Aku terlanjur cinta kepada mu.. cobalah kau dengar...

kekeke....ewahhhh..jom layan je laa lagu nih..

Thursday, July 23, 2009

Tensionnyeee...

Adoi...tension nye koi dok sini. Semalam koi lambat masuk ofis. Keluar awal pun lambat juga sampai ofis. Semua ini kerana KESESAKAN LALU LINTAS. Wuuaaaaa!!!! Pukul 8 lebih koi sampai ofis. Nak kata keluar lambat tp mcm biasa. Pukul 6.30 pagi koi dah keluar. Yela koi kan berulang dari klang ke kuala lumpur. kena la keluar awal. Agaknya sbb hujan masa awal pagi tu kot. Hujan je dah sesak jalan. Pada hal hujan pagi2 lagi bukan time waktu p keje. Lagi pun mana ada tmpt banjir pun.
Hairan koi kat org2 kat sini. Hujan renyai2 pun jalan bleh jadi sesak teruk. Belum lagi banjir. Kete rosak tepi jalan pun bleh sesak. Belum lagi kemalangan jalan raya. Lagi teruk sesaknya. Hari tu dekat sejam koi terkandas dalam kesesakan lalu lintas. ingatkan ada kemalangan atau org nak masuk susur ke, rupa2nya ada kete rosak TEPI jalan. Hadoi....kete rosak tepi jalan bukan tengah jalan laaa. Pun bleh sesak ke?? Elok je lepas pada kete tu ok je. Dah x sesak dah. haaadoooiiii.....
p/s : aku yg tension dengan kesesakan lalu lintas.

Monday, July 20, 2009

Lamanyeeeee

Boleh tahan no..lama juga koi x berblog ni. Seingat koi last tulis blog bulan mei dulu. Sekarang dah bulan 7. Rakan2 blog yg lain siap tulis cerita itu ini upload itu ini. Koi plak kosong je. Hehe. Xde masa la. Sibuk sikit. Hehe. Dah lama x tulis xtau apa yg nak ditulis. Sebenarnya byk cerita yg koi nak cerita kat sini tp xtau mana 1 yg nak mula. Emmm...ape ye..koi mula cerita 1 by 1 k.

1st

Untuk pengetahuan korg semua koi dapat tawaran belajar di UMS. Hooorreee!!!!!!!!! berjaya juga koi utk teruskan cita2 koi utk masuk u. Xpe la jadi junior pada kawan2 koi yg lain. Kalau ikutkan 27hb Jun koi perlu lapor diri kat UMS tp terpaksa tangguh. 6hb baru koi p lapor diri kat UMS. Tp p lapor diri ja. Koi terpaksa tangguh lagi utk 1 semester sbb nak melayakkan koi dapat cuti belajar separuh gaji (CBSJ). Syarat untuk CBSJ koi kena sah jawatan dan perlu berkhidmat di kerajaan genap 3 tahun tp koi baru cukup 2tahun setengah ja. Jadi utk melayakkan dapat CBSG koi terpaksa bersabar dalam tempoh 6 bulan lagi sblm koi dapat masuk U. Lagipun koi dah tunggu peluang ni selama 3 tahun. Koi berharap koi dapat bersabar utk tempoh 6bulan je lagi. Ape2 tahniah to myself.hehe..

p/s : apa pun dapat juga koi bawa famili koi p jalan2. Naik flight lagi.hehe..utk mak, maaf dan sabar la mak..anak mu ini pergi merantau lagi..


2nd

Disebabkan koi tangguhkan belajar koi tu dan koi dah keluar dari rumah sewa koi kat kampung baru tu. Jadi terpaksa koi berulang alik dari ofis yang terletak dekat KL ni ke umah pak su koi kat klang tu. Letih yang teramat. Kirenya pergi dan balik umah xde nampak matahari. Hanya nampak bulan je ( mentang2 koi ni suke bulan ye ). Ye la. Keluar umah pukul 6.30am balik dalam pukul 8pm. Sampai umah pukul 9.30pm. Nak balik awal jalan konfim jem. Baik koi dok kat ofis dan settle keje2 koi yg tertunggak ni. Letih2. Xtau la mcm mana koi nak berulang dari klang ke kl time2 pose. Xkan la hari2 nak buka pose kat ofis. huhuu...


3th

Adik koi yg bongsu dapat belajar di Institut Perguruan Bahasa2 Antarabangsa kat Lembah Pantai. Kat area KL gak. Dia dapat course TESL. Jadi cikgu B.I la dia nanti. Dia ni cita2 nak jadi doktor tp last2 jadi cikgu. Xpe la. Mungkin rezeki dia kat situ. InsyaALLAH...Risau juga koi dgn adik koi ni. Ye la dia ni xpernah dok jauh2. paling jauh pun kat matrikulasi penang. Harap2 dia dapat la sesuai kan diri kat tempat metropolitan ni. Semoga ALLAH swt lindungi dia selalu..amin...

Wednesday, May 27, 2009

Long time no story laa...

Dah lama x tulis blog..sibuik sikit la. Kalau ikutkan bulan 6 ni ada program jejak siswa pelajar orang asli peringkat IPTA. Last minit program tu terpaksa ditunda ke bulan 12 atas sebab dan alasan yang tertentu. Aduh...frustnye koi. Bukan ape frust ape. sblm ni koi byk habiskan masa uruskan hal ni. Last2 terpaksa batal. Xpe la. Nak buat macam mana kan. Kalau hujung bulan 6 ni koi masih di ofis ni, dapat la koi join program ni lagi. Ye la. 1st program untuk unit IPT. Dari tahun lepas lagi program ini dirancang.

Harap2 dapat la tawaran masuk U tu. Harap kali ni peluang tu datang lagi. Koi harap dapat area utara ( kedah terutama sekali ). Dapat juga koi tengokkan mak koi tu. Kesian dia kene dok sorg2. Sabar ye mak. Doa2kan kak cik dapat area sana. Kadang2 takut juga. Ye la. Koi dah bekeje dan masuk belajar pulak. Dah koi kurg suka terikat dgn peraturan. Koi ni kalau cepat boring dgn sst perkara atau tmpt koi xkan tunggu lama. Maunye dilanggar ape yg telah ditetapkan. Harap2 ok la nanti. Makin lama makin berdebar plak bila membilang hari utk tunggu keputusan permohonan. Huhu..


p/s : caucicau dulu weh.. ada keje. ape2 thanks pada yg sudi membaca blog ni. I LOVE U...

Monday, April 20, 2009

Sambal belacan koi...

Masa kat langkawi hari tu, berderet pokok pelam kat tepi jalan. Lebat btoi buah dia. Teliur koi. Yang menambahkan lagi terliur koi ni, tempat yg koi pegi kursus kt Bagan Lalang hari tu, depan rumah yg kitorg menginap tu, ada pokok pelam. Lebat juga buah dia. Pastu plak, ada sorg penceramah ni, asyik bg contoh buah pelam dan garam belacan ja. Hampir2 meleleh air liur koi dibuatnya. ( hehe..lebih pada org mengidam plak ). Masa balik kampung hari tu, koi sesaje la tanya tok koi. Tahun ni buah pelam x menjadi ka. Tok koi kata ada la sikit kalu nak makan. Hang p la ambik kat belakang nuu... 3 hari koi terpaksa menunda untuk kait buah pelam umah tok koi. Hari pertama hujan. Hari kedua dan ketiga koi terpaksa jalan kan operasi. Jadi, pagi sebelum koi balik kl, apa lagi koi ambik galah p jolok buah pelam la. Hehe. Koi buat dek je bila org dok lalu lalang tgk koi ( pokok pelam tu btol2 tepi jalan ). Hehe..Dah la dgn pakai kain batik, t-shirt dan tudung. Pastu dok terjolok2 buah pelam kat tepi jalan. Kalu org datang meminang confirm dia x caya yg koi ni single lagi. Keke..biar la. Koi kan org kampung. Koi dapat kait byk juga la buah pelam tu. Dalam 10 biji lebih mcm tu. koi bahagi sorg sikit kat tok dan jiran belakang umah koi tp tang koi tu lebih sikit la. Hehe. Petang tu koi buat garam belacan la. Tp xbleh makan byk takut sakit perut plak sbb bus koi balik kl malam.




(Sodap weh..garam belacan cicah pelam.

p/s : ayah koi mmg suka makan garam belacan yang koi buat

Saluran tersumbat daa...

Ni berlaku masa koi balik kg hari tu. Masa koi tgh sedap berulik mayang dlm bilik air, tiba2 bilik air umah koi banjir. Rupa2nya saluran air umah koi tersumbat. Potong stim btol. Esok tu apa lagi. Koi mulakan operasi la, mencari tang mana tersumbat. 2 hari juga la koi beroperasi membanteras saluran tersumbat. Hehe..Koi mulakan dgn bilik air. Koi jolok lubang air dgn besi lentur tp x jalan juga. Air still x jalan keluar. Tp makin lama makin keluar sisa2 yg ntah dari mana datang pun xtau. Nak xnak koi terpaksa buka lubang utama yg menjadi tempat air2 kat umah koi keluar sebelum sampai ke parit besar. X terdaya koi masa nak buka lubang tu. Jadi, mak koi call tukang umah utk buka lubang tu. Bila dah buka lubang tu, lipas keluar byk ( nasib baik lipas bkn 'cik siti'..hehe). Air dlm lubang tu bertakung. Byk juga la air dia. Koi seluk tgn koi dlm lubang tu untuk korek sisa2 yg menjadi punca saluran tersumbat. Rupa2nya lemak2 yg menjadi punca saluran umah koi tersumbat. Lemak2 tu berpunca dari sisa2 makanan yg x keluar habis sampai ke parit besar tp terkumpul kat celah2 lubang dan paip.

Ni la lemak2 yang terkumpul. Byk tau. Koi guna besi untuk jolok benda2 ni keluar. Akhirnya berjaya juga. Dan sekarang saluran umah koi dah x tersumbat lagi.

Ni la lubang nya. Air bertakung. Nasib baik ini rumah koi, kalu akat umah org xkan koi buat operasi membanteras sbb geli. Rumah sendiri xpe dan x kisah. Hehe


Kat umah koi ada 3 lubang yg menjadi tempat air kotor berkumpul ( kecuali saluran jamban tau ) sebelum sampai ke parit besar. Gambar ni yg dalam umah koi punya. Kat luar ada 2. Dua2 tu saluran yg menghubungkan dari rumah lain tetapi jalan saluran air keluar sama. Tiga2 tu semuanya tersumbat. Jadi koi terpaksa korek lemak2 tu dari di tiga2 lubang yg ada.


Gambar ni selepas koi jolok lubang kat bilik air. Sebelum koi buka lubang2 utama. Tuhan je yg tahu betapa ' wangi ' nya koi bila menjalankan operasi ni. Huhu


p/s : dlm famili koi, koi ni mcm ank laki sikit ( walupun perwatakan mcm perempuan...kekeke ). kitorg dlm famili semua pompuan, xde anak laki. Kakak2 koi kurg sikit suke buat benda2 ni. tambah plak bile dah kawin dan dah dok umah sendiri. jadi koi yg bujeng ni kena la buat demi keselesaan ibu tercinta..

Sunday, April 19, 2009

Majlis Anugerah Pelajar Orang Asli Cemerlang 2008

Baru2 ni koi ke langkawi untuk program Anugerah Pelajar Orang Asli Cemerlang pada 9-11 April 2009. Koi jadi urusetia dan lagipun ini adalah program bahagian koi. Rasanya ini adalah kali pertama program ni dibuat kat luar. Sebelum ni hanya kat gombak ja.

Sejak koi bertukar ke HQ ni, kerap juga la koi merasa naik flight. Tercapai juga hasrat koi utk berada diatas awan. Hehe. Cantik tak awan ni?? Ni pemandangan diwaktu pagi.

YB Senator Osman Bungsu. Wakil masyarakat Orang Asli di parlimen.

Ni santapan kitorg malam tu. Sodap juga.

Kawan2 seofis koi.

Nak juga letak gambar dia dlm blog sendiri...hehe..si kebaya hijau

Antara byk2 student. Pelajar ni la yg menarik minat perhatian urusetia kecuali koi tau sbb rambut dia mcm salah sorg pelajr AF7. Yeke?? Ada la juga.

Pelajar Orang Asli cemerlang UPSR

Pelajar Orang Asli cemerlang PMR

Pelajar Orang Asli cemerlang SPM

Pelajar Orang Asli cemerlang STPM

Tersenyum gembira bila strike 2-3 kali masa main bowling. 1st time main bowling tau. Malam tu, habis je program. KP JHEOA ajak kitorg semua ( urusetia, pengarah2 negeri dan jemputan ) main bowling. Mulanya koi xnak ikut sbb mengantok + penat dan lagi pun dah malam. Koi ni kurg gemar keluar malam. Tp koi ikut juga la sbb xnak menghampakan kawan2 seofis. Mulanya xnak main sbb mmg x reti lansung main bowling ni. Tp kwn2 koi suruh main gak sekadar suke2. Walaupun suka2 dapat la juga strike 2-3 kali. Itu pun hasil tunjuk ajar kak fidah, kak umi dan En Amir. TQ ye.


Friday, April 17, 2009

Tatih sayangku tatih

Baru ada program kat Langkawi. Abis je program koi balik kampung. Sambung plak cuti 2 hari. Hehe..sepanjang cuti tu koi, anak koi yg sorg ni mmg koi x lepas. Geram dan rindu btol kat dia. Lincah dan lasak btol dia skang ni. Meniti ke sana sini, merangkak ke sana sini. Sekarang ni tgh belajar berjalan ( bertatih ). Lagi la dia dok x diam. Penat koi melayan dia. Penat2 pun terhibur juga hati koi. Hilang segala tekanan keja yg ada. Yang x tahannya tu ada ke dia panggil mak koi mak. Sepatutnya mak tok. Mungkin dia rapat dgn mak koi dan selalu dgr kitorg panggil mak tok dia mak. Mungkin jadi dia pun ikut sama panggil la.



Hati2 sayang. Pegang kerusi tu kuat2 sebelum berdiri...

Wednesday, April 15, 2009

14hb April 2006




14hb April 2009 genap 3 tahun pemergian ayah koi. Tapi rasa mcm dia sentiasa ada dgn koi. Alfatihah utk ayah...

Duhai adikku sayang
Jangan bersedih
Ayahmu pergi menyambut seruan Ilahi
Tapi ingatlah adikku pesanan ayah
Belajar berusaha walau di mana jua
Pada-Mu Tuhan aku bermohon
Dosa ayahku minta diampunkan
Ku iringi doa rahmati dia
Tempatkanlah ayahku bersama kekasih-Mu



Sunday, April 5, 2009

Bintang


kuberikan bintang padamu seorang
sebagai satu tanda rasa hati
bintang yang terindah yang tak pernah pudar
dan selalu setia menemani

semoga kau mengerti erti bintang yang kuberi
hingga kita dapat lalui jalan yang penuh... bunga... bersama....


p/s : nak bagi bintang ni pada sapa ye??? korg nak?? sorg je tau..

all my life

I will never find another luva sweeter than you,
Sweeter than you
And I will never find anutha luva more precious than you
More precious than you
Girl you are
Close to me you’re like my mother
Close to me you’re like my father
Close to me you’re like my sister
Close to me you’re like my brother
You are the only one my everything and for you this song I sing

And all my life
I’ve prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life
I’ve prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do love me too

I said you’re all that I’m thinkin’ of…..baby

Said, I promise to never fall in love with a stranger
You’re all I’m thinkin’ of, I praise the Lord above
For sending me your love, I cherish every hug
I really love you

And all my life, baby, baby, I’ve prayed for someone like you,
And I thank God that I, that I finally found you, baby
All my life I’ve prayed for someone like you
And I hope that you feel the same way too
Yes, I pray that you do love me

You’re all that I ever known
When you smile, on my face, all I see is a glow
You turned my life around
You picked me up when I was down
You’re all that I ever known
When you smile on your face all I see is a glow
You picked me up when I was down
You’re all that I ever known
When you smile on your face all I see is a glow
You picked me up when I was down
And I hope that you feel the same way too
Yes I pray that you do love me too

All my life
I’ve prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I’ve prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too
All my life I’ve prayed for someone like you
And I thank God that I, that I finally found you
All my life I’ve prayed for someone like you
Yes, I pray that you do love me too


Saturday, April 4, 2009

4 April 2006

Tarikh 4 April 2006 adalah tarikh yg xkan koi lupa. 4hb April adalah tarikh hari jadi ayah koi. 4 april 2006 adalah last date, kami sekeluarga meraikan hari jadi ayah. Pada tarikh tu, sorg pun x teringat atau nak wish besday kat dia termasuk koi. Walaupun koi sentiasa ingat tp koi x wish langsung. Merajuk punya pasal. Merajuk pasal ayah koi x bagi koi kerja. Ayah koi lebih suka koi dok umah dan buat keje umah sementara tunggu panggilan masuk u. Lagipun ayah kata, gaji yang diberi sikit berbanding keje yang koi kena buat. Tapi bagi koi, itu semua x penting. Yang penting koi dapat pengalaman dan duit. Jadi koi xda la nak mengharap duit mak ayah koi untuk nak beli apa2 dan nak bayar yuran masuk u nanti. Lagipun koi hanya bekerja sbg baby sister je dan koi dah berjanji dgn pengetua taska tu utk kerja kat situ. Ntah la. Kdg2 koi x paham dgn keputusan ayah koi. Mungkin ayah ada alasan yg tertentu dan mmg sukar untuk anak yg degil mcm koi ni nak paham ( koi mmg degil sikit..hehehe ). Selama 2 minggu koi x bercakap dgn ayah. Untuk pujuk koi, ayah koi hadiahkan cincin kat koi. Dlaam hati punya la marah sbb koi xbleh pakai brg kemas sbb elegik dan ayah pun tahu. Tapi koi tetap ucap terima kasih pada ayah walaupun koi x cakap. Bila difikirkan balik, koi sbg anak kena akur dgn keputusan org tua koi. Koi cuba utk baikki hubungan antara koi dgn ayah. Dlm tempoh koi utk cuba berbaik dgn ayah. 14hb April 2006, ayah kena pergi ke satu tempat yang jauh. Jauh dari semua org. ALLAH swt telah jemput ayah pulang. Sedihnya diri koi hanya tuhan yang tahu. Berbulan2 koi bersedih. Setiap malam koi menangis. Sedih sbb koi xdpt minta maaf diatas kedegilan koi. Maafkan kak cik ayah. Dan sekarang koi, sentiasa pakai cincin yang ayah bagi. elegik koi pada brg kemas dah xde. Tp koi hanya pakai cincin ayah koi je. Koi xda la nak pakai brg2 kemas mcm mak2 datin tu. Koi x minat dgn barang kemas laa.

p/s : Esok 5hb april adalah besday kakak kedua koi. Happy besday to you. kak tun.

Friday, April 3, 2009

3 April 2009

Cerita diri koi pada 3 april 2009

Keinsafan pada diri koi...

Tadi koi p makan tengah hari kat kat Jalan TAR dgn kawan2 ofis. Masa tgh order makan, koi ternampak la seorang hamba ALLAH sedang meminta sedekah kat orang2 yang makan kat situ. Bila dia dtg ke satu tmpat sorg hamba ALLAH ni. Dia pun hulurkan la tgn ( minta duit ) dan buat isyarat minta duit sbb nak makan. Tp org tu x bagi duit dan dia tanya hamba ALLAH tu ( si peminta sedekah ) nak makan ke? Kalu nak makan pegi ambik makan dan makan. Dia belanja. Org tu pun angguk dan tunjuk lauk2 yang ada kat situ ( dia nak makan nasi tp masa tu org tu tgh makan capati ). Org tu pun angguk dan panggil tauke kedai tu suruh bagi nasi kat si hamba ALLAH ni. Agaknya bila tgk si hamba ALLAH ni teragak2 nak pilih lauk apa ( mungkin berkira lauk mana yg murah ), org tu pun bangun dari tmpt duduk dia dan ambikkan lauk untuk hamba ALLAH tu. Hamba ALLAh tu makan dgn seleranya. Koi hanya pandang dari jauh sambil perhatikan gelagat hamba ALLAH dua org tu. Timbul rasa keinsafan pada diri koi. Jadi koi nak pesan pada korg semua, jika ada rezeki lebih dermakan la sedikit pada org yg memerlukan. Walaupun hanya 1 sen. Walau hanya 1 sen, byk pahala yg kita akan dapat. Tambah plak bila kita didoakan kesejahteraan oleh org yg menerima. Belum tentu lagi jika ada org yang melihat. Mungkin org tu pun mendoakan kita juga. Janji kita ikhlas memberi dan kita buat kerana ALLAH. Niat dia meminta derma pada kita tu, biar la. Btol atau x, itu urusan dia dgn YANG MAHA KUASA.


p/s : Koi juga mendoakan semoga tuhan memberkati hidup org tu.


Alamak!!! Mana kereta aku ni !!!

Hari ni ingat nak stay kat ofis sampai pukul 8pm. Tiba2 malas la plak. Pukul 5.30pm koi siap2 utk balik. Dah turun bawah, hujan la plak. Lebat sgt. Koi ambil keputusan untuk tunggu sampai hujan berhenti, baru koi nak berjalan p stesen lrt KLCC. Sambil tu nak hilangkan rasa boring, koi borak2 la dgn pak guard kat bawah tu. Biasa la beramah mesra dgn org. Hehe.. Bukan menggatal ek. Sekadar bertegur sapa. Nanti kang kata kita sombong plak. Lagi pun mak dan pak guard kat sini peramah. Elok je hujan dah renyai2, ape lagi koi terus jalan p stesen LRT. Yela takut hujan turun lagi. Nasib baik org x berapa ramai kat stesen LRT tu. Kalu x jenuh koi kena berdiri tunggu giliran nak naik train. Dah la solat asar pun belum lagi. Bila sampai kat stesen lrt kampung baru. Koi berjalan keluar p kat kereta. Dah sampai kat luar stesen tu. Koi tgk tmpat parking kereta kat situ kosong. Sudah kereta aku. Gelabah koi dibuatnya. Tp koi tetap buat mcm xde ape2. Pada hal dlm hati tuhan je yang tahu. Untuk tenangkan hati, koi telefon mak. Biasanya kalu ada problem, koi akan call mak. Bukan utk cerita pasal problem koi, cuma bila dgr suara mak, hati koi tenang dan koi bleh control perasaan koi. Sambil bercakap dgn mak koi, koi berjalan cari kereta. Lastnya, jumpa la juga kereta koi tu. Alhamdulillah. Koi ingat kereta koi dah hilang. Ada notis org letak kat kereta koi. Notis tu kata, dorg tgh buat jalan kat sekitar kawsan kg baru. So ada tmpat2 yg xbleh nak park sesuka hati. Lega hati koi. Rasanya dorg angkat kereta koi dan ubah kat tmpt lain sbb ada la dua tiga trak kat situ.

p/s : Bukan koi sorg je tau melilau cari kereta. Apapun thanks to my mum sbb suara mak dapat tenangkan diri dan hati kak cik. Em..1 lagi. Kebetolan plak hari ni besday sesorg yg rapat dengan koi. Happy besday to you. May ALLAH swt bless you walau dimana awak berada. Amin...


Wednesday, April 1, 2009

Kereta idaman...

Baru2 ni balik dari ofis. Sebelum tu koi merayau2 kat KLCC dulu sebelum nak balik umah. Ada la pameran kereta BMW kat ruang legar KLCC. Cantik kereta2 dia. Tapi yg membuat hati koi terpaut lagi terpersona, 1 kereta ni ha...BMW 525i Sport. Cantik weh. Koi ni kalu pasai kereta mmg xtau sgt. Hampeh. Tambah plak kalu kereta meragam ( rosak ). Tp bleh la setakat nak kata cantik ke x tu bleh la. Hehe. Tp mmg cantik. Rasanya kalu nak beli kereta ni x termampu koi. Setiap bulan gaji koi hanya untuk bayar bulanan kereta ni ja. Tu pun belum tentu cukup2. Jadi koi hanya dpt memiliki gambar kete ni je la. Gambar pun gambar la. Huhu...



Cantik ???

BMW 525i Sports



Tuesday, March 31, 2009

kita letih

Petikan dari blog mazidul :

Dalam mengharungi kehidupan, kita seringkali ‘letih’.

Kita letih dengan orang tidak jujur
Kita letih dengan orang hasad dengki
Kita letih dengan orang berpura pura
Kita letih dengan orang bermuka muka
Kita letih dengan orang berhati busuk
Kita letih dengan …

Siapa lagi???????


p/s : sapa lagi ye???

Monday, March 30, 2009

Koi dah jadi mama

Tanggal 12hb Mac 2009. Koi dah jadi mama untuk anak angkat koi yang sorang ni. Nama dia Nur Syafira. Tp kitorg panggil Nur Syafira Qistina. " Qistina " tu pengaruh dari cerita spaQ la. Hehehe. Emm..spatutnya Qistina kena panggil koi ibu tp kak mas dah booking dulu. Huhu.. Comel x anak koi yang sorg ni. Ni gambar ibu dia ( kak mas ) yang hantar. X sabar koi nak jumpe qistina bulan 5 ni. Campur ni koi dah ada 3 org anak. Tp semua anak angkat la. 2 org anak2 buah koi dan sorg lagi yang sorg ni. Anak kak mas. Nak tunggu anak sendiri lambat lagi. Ntah bile la koi nak kawin pun xtau. Bayang suami koi pun x nampak lagi. Huhu. Tapi tarikh kawin dah ada. Persediaan kan. Hehe...

Nyenyaknye sayang tido...



Jom p kursus.. Tambah ilmu di dada

Baru - baru ni, selepas menghadiri bengkel modul prosedur kerja ( MPK ) kat Kluang pada 17-20 mac 2009. Koi p kursus asas kejurulatihan anjuran INFRA kat kem el azhar, banting. Kursus tu pada 23 - 26 mac 2009. Best juga la kursus tu. Byk ilmu yang koi dapat dari kursus tu. Perserta2 pun best juga. Otak gile2. Seramai 38 org peserta. 10 org wakil dari JHEOA dan selebihnya dari KEMAS. Semuanya dari seluruh Malaysia ( JHEOA dan KEMAS ).

Bergambar beramai2. Kenangan semasa kursus..


selamat ulang tahun sayang by imran ajmain

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu
Yang selalu memberi

Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa
Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan


p/s : xpaham juga ape yang lirik ni nak sampaikan

Friday, March 20, 2009

Saya budak baru belajar

Sejak dok Ibupejabat ni, banyak benda koi belajar. Bukan basic je. Maksudnye keje koi yang hakiki tp keje lain pun koi kena buat juga. Dulu masa kat daerah koi hanya membuat keje koi saja. Iaitu hanya ambik tau pasal pendidikan je. Sbb koi buat bahagian tu. Dan aktiviti keje koi pun hanya berkaitan dgn itu sahaja. Tp bila dok Ibupejabat ni, koi kena ambik tahu semua sampaikan hal - hal bajet pun koi kena ambik tau juga. Yela nak mohon peruntukan biasiswa dan buat program untuk pelajar IPTA. Bukan itu sahaja, keje unit dan seksyen lain di bahagian koi pun, kena ambik tahu juga. Poning dan serabut kepala koi nak faham semua tu. Byk benda juga kena tau tu. Bukan senang. Tambah plak budak yang baru belajar mcm koi ni. Huhu. Ada 1 hari tu, koi mcm nak nangis je. Huhu. Ye la keje terlampau byk sgt. Sampai xtau nak buat mana 1. Hari - hari balik lambat. Kalu balik x nampak bulan mmg x sah. Sebenarnya, koi sendiri pun x kisah. Koi suke belajar benada baru. Lagi pun, mungkin ini adalah persediaan untuk koi sebelum koi jadi pegawai atasan suatu hari nanti. Hehe. Mudah - mudahan la. Mana la tau kan. Hehe.

Apapun, yang penting sekarang ni adalah permohonan sambung belajar koi. Harap2 dapat la.

Thursday, March 19, 2009

Kisah Seorang Ibu


Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya,

“Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata,

"Dan kau tak akan pernah mengerti" Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya,

"Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu membesar menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita suka menangis. Akhirnya ia mendapat petunjuk dari Tuhan, Antara bisikan yang didengarinya adalah:

1. "Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "

2. "Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "

3. "Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "

4. "Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "

5. "Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "

6. "Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahawa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada di sisi suaminya tanpa ragu "

7. "Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan walaupun kadangkala dia tidak memerlukannya."


Tahukah kamu: Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya. Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, karena itulah pintu hatinya – tempat dimana cinta itu ada."

Berserah


Ku rebah di dalam dakapan hiba
Sepi ku rasa
Sekali ku kenang jelas terbayang
Hakikat diri
Sebenarnya serba kekurangan

Ku menyedari kelemahan diri
Tiada mensyukuri
Segala nikmat yang diberi
Mempersiakan kurniaan-Mu Tuhan
Sedangkan ehsan
Tak terbatas ternilaikan

Sesungguhnya aku tidak berdaya
Hanya berserah pada Yang Esa
Memohon keampunan-Nya
Mengharap keredhaan dari-Nya

Semoga masih terbuka
Ruang keinsafan
Untuk diri ini menebus kesilapan


p/s : Sesungguhnya kita manusia biasa yang punya kelemahan diri dan sentiasa melupakan NYA. Bila Allah swt memberikan kita segala - gala yang kita inginkan. Sikit pun kita tidak mensyukuri dan berterima kasih dgn apa yang telah DIA swt berikan pada kita. Dan bila nikmat itu ditarik baru kita menyesalinya.

Monday, March 16, 2009

Makan2 di Menara Alor Setar

Baru ni koi balik kampung. Naik flight u tau. Hehe. Ala kebetulan ada tambang murah airasia. Dari kl ke alor star dalam RM48.20 je. Ok la tu. Lebih kurang tambang bas je. Balik dari kedah koi naik bas la. Mahal weh. Dlm seratus lebih totalnya. Koi balik sbb dah berjanji dgn mak koi sebulan sekali koi mesti balik kampung. Selain tu, koi nak sambut besday mak koi ( 9hb Mac ) dan juga anak kesayangan ( 8hb Mac ) koi tu. Nafis zafran. Tahun ni special sikit la sambut besday sbb dua orang. Kami sambut kat menara alor star. Sblm ni mak koi teringin nak try makan kat situ. Kakak kedua koi plak nak sambut anniversary kawin dia kat situ dulu tp x jadi sbb tmpat penuh. Padan la tempat tu penuh pun sbb dia tipu mak koi. Dia x cakap btol bila mak koi tanya sbb takut mak koi nak join sekali memandangkan keinginan yang sama. Iaitu makan kat restoran berputar di menara alor star. Balasan la tu. Haha.

Jadi, malam tu koi cadangkan makan kat situ la. Bajet kos sama2 kongsi kecuali mak koi la. Kakak koi yang sulung x join sekali sbb ada urusan yang " lebih penting ". Agaknya la. Ntah la. Malam tu kitorg pesan makanan steambot. Koi dah pernah makan. Famili koi je belum. Ok la tu. Kalu nak makan kat situ, rasanya better pagi ramai2 sbb jimat sikit. 5 org makan utk 2 hidangan pun dah bungkus bawa balik. Banyak!! Mungkin restoran kat situ mcm tmpt standard ( mungkin bagi kawasan bandar yg sedang nak maju ), jadi x ramai la yg pegi kat situ. Mengikut kata pelayan tu, kadang2 ramai pelanggan, kadang2 kurang dan ada juga kadang2 xda lansung pelanggan yang p situ. Dari segi harga, boleh la kalau setakat nak makan sekali sekala. Kalau hari2 mau pokai.

Tahun ni untuk anak kesayangan koi tu, koi bagi hadiah buku. Anak koi yang sorg lagi pun dapat juga. Walaupun besday dia lambat lagi. Bagi koi semuanya perlu sama rata. Xda yang kurg dan xda yang lebih. Sama ja. Begitu juga pada anak2 koi nanti. Untk mak kesayangan koi, koi bagi kain batik kat dia. Bukan kain batik pakai la. Kain batik utk dibuat baju. Harganya perlu dirahsiakan. Hehe. Bukan apa, itu niat koi nak bagi pada mak koi.

Dinasihatkan, sebelum nak p makan kat situ, sebaik2nya buat la tempahan dulu supaya senang. Xde la nak tunggu lama2 kat restoran tu. No. telefon resteron tu bleh la buka laman web menara alor setar.


Selepas kekenyangan. Errkkk!!! Opps, sorry. hehe

Happy besday to nafis zafran. Nafis with his father

Kat sini pun nak praktis jalan juga ke sayang ?

Happy besday my mom. Akhirnya dapat juga makan kat restoran berputar ye.

Ni adik koi.

X senonohnya koi. Makanan penuh mulut pun sempat lagi nak berposing. Hehee

Steambot. Ini baru 1 hidangan. Tu pun dah x larat nak habiskan. Byk sangat. Tp sedap la.

Ceduk mak ceduk..

Masa ni tengah tunggu hidangan sampai.

Ala..sayang mak lang. Suka la dia sambut besday dgn mak tok dia.