Sunday, November 21, 2010

Wednesday, September 8, 2010

Opick Feat Mellly Goeslaw "Takdir"

Opick Feat Mellly Goeslaw - Takdir


Dihempas gelombang
Dilemparkan angin
Terkisah ku bersedih ku bahagia

Di indah dunia
Yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana-Nya

Semua berjalan dalam kehendak-Nya
Nafas hidup cinta dan segalanya
Dan tertakdir menjalani
segala kehendak-Mu ya Rabbi
Kuberserah kuberpasrah
Hanya pada-Mu ya Rabbi

Dan tertakdir menjalani
segala kehendak-Mu ya Rabbi
Kuberserah kuberpasrah
Hanya pada-Mu ya Rabbi

Bila mungkin ada luka Coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa Coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkah hati merindukan Dia
Karena hanya dengan-Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Sabar

Sabar....sabar.....sabar.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
sabar itu adalah kunci segala musibah
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SELAMAT HARI RAYA
MOHON MAAF SEGALA SALAH DAN SILAP YANG PASTI ADA
.
.
.
.
.
.
.
.
.
aku pasrah dan redha dengan ketentuanNYA...aku terima segalanya dengan hati yang terbuka dan aku mohon kekuatanNYA supaya dapat aku berdiri agar dapat aku terus melalui dan menempuhi dugaan ini....

Monday, August 30, 2010

Dr M sedia jadi orang tengah



2010/08/30

SITIAWAN: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersedia menjadi orang tengah dalam meredakan ketegangan politik dan menyatukan rakyat Palestin, jika dua pihak bertelagah di negara itu bersedia menerima beliau duduk bersama di meja rundingan.

Dr Mahathir berkata, ketika ini beliau tidak mampu berbuat apa-apa bagi menyelesaikan konflik di negara jajahan Israel itu selagi dua parti utama iaitu Fatah dan Hamas tidak menyatakan persetujuan menggunakan beliau sebagai orang tengah menyelesaikan perseteruan.

“Jika Fatah dan Hamas setuju (menjadikannya orang tengah), baru dia boleh jadi...kerana sekarang masalahnya bukan pertelagahan antara Israel dan Palestin,” katanya selepas mengibarkan Jalur Gemilang di atas Kapal KM-1 milik Kencana HL Sdn Bhd di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kencana Petroleum Berhad, Datuk Mokhzani Mahathir.

Kelmarin, akhbar melaporkan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, menyampaikan pesanan wakil pemimpin Palestin yang meminta Dr Mahathir membantu mereka bersatu menghadapi konflik.


petikan akhbar berita harian 30/8/2010.

--------------------------------------------------

memang aku salute la Dr M ni...berani kerana benar. takut kerana salah. walaupun tindakan Dr M ni mcm nak cari ajal je tapi kita sebagai umat Islam wajib membantu rakyat seagama yang dalam kesusahan. Tak ramai pemimpin yang berani bertindak macam ni. Tambah plak jika melibatkan kuasa besar seperti Israel kejam dan Amerika Syarikat....kalau perkara ini betol2 terjadi...semoga Allah swt permudahkan lah segala urusan. AMIN...

Sunday, August 29, 2010

Kite Demam

Dah 3 hari kite demam tau....haaaaciiiimmmm.....kite makan ubat tapi tak sembuh juga....haaaaaciiiimmm....tapi.....kenapa orang kata kite tak demam pun...memang la kita jalan sana jalan sini....padahal badan kite panas......kita terpaksa jalan - jalan tau....nak gi kuliah....hhhhaaaaaaaaaaaciiiiiim......cuba sentuh dahi kite....panas tauuu.....haaacciiiimmmm...tapi korang tetap tak percaya juga.....memang la selera makan kita tetap ada walaupun tekak rasa sakit ( berdarah tau ) dan pahit....tapi nak buat macam mana kita suka makan.....dan kalau tak makan macam mana sakit nak baik.....mak kita selalu cakap macam tu tau...kalu nak baik kena makan....haaaaciiiimmmm....adeh....sakitnya demam....


Monday, August 16, 2010

Mak ai masuk TB

Mak ai masuk TB ( TV )....yang part 39 saat tu la mak ai...yang cuba tenangkan orang yang dok nangis tuu....




Al - fatihah untuk arwah. Isteri si arwah adalah kawan ofis mak ai...tempat kejadian tu dekat dengan rumah mak ai...

Thursday, August 12, 2010

Bila Cinta - OST Lagenda Budak Setan




Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Di tinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Dan ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkan ku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
Merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Dalam harapan


Wednesday, August 11, 2010

Sahur

Tahun ni sekali lagi aku menyambut puasa di rantau orang. Sebelum ni aku berpuasa di pahang dan KL. Raya?? Belum pernah lagi aku menyambut raya dirantau orang. Kalau tidak confirm aku masuk paper sebab ada orang menangis melalak melolong kat tepi jalan sebab tak dapat balik raya di kampung...huhu....So nampaknya tahun ni aku bersahur dan berbuka puasa dengan menu yang lain plak. Masa di pahang dulu aku kerap kali berbuka dan bersahur dengan gulai daging atau sup bersama dengan nasi. Bila aku pindah to KL. Aku berbuka dan bersahur dengan ikan kering atau ikan goreng ja. Tapi bila terpaksa bebuka di ofis. Menu aku mewah sikit iaitu nasi goreng kampung dan McD....nyummy. Kalau di ofis apa yang noleh dimasak. Order je la. So tahun ni menu aku lauk ikan sardin lak. Nampaknya sebulan la aku makan sardin. Bila dirantau orang ni aku kurang selera sikit nak makan. Tambah plak bila time puasa. Tapi hairan juga. Walaupun tak lalu nak makan tak kurus juga aku ni..uhuu..Untuk makluman korang aku ni bukan penggemar makan maggi. Orang lain kalau 1 sem berbungkus maggi dorang telan. Tapi aku 1 sem 1 paket ( 1 paket = 5 bungkus maggi ) pun belum tentu habis. Malah boleh dibawa je sem depan.

Ni je la stok kitorang buat masa ni. Aku dengan 2 orang kawan, kitorang kongsi2 beli barang untuk masak.

Siap sudah sardinnya di masak. Esok boleh makan time sahur...

Ni je la yang ada untuk sahur...tapi tetap sedap. Rasa macam makan colonel chicken rice combo kat KFC je..hehe.....ada nasi, ikan sardin, budu dan sambal belacan...

Tuesday, August 10, 2010

Ramadhan menjelma kembali


Ramadhan datang kembali pada kita pada tahun ni. Selamat menyambut bulan ramadhan. Marilah kita sama2 mengejar malam lailatul qadar... melakukan solat sunat tarrawih... semoga ramadhan kali ni membawa seribu makna pada kita semua. Semoga ramdhan kali ini lebih bermakna. Mohon dimaafkan segala salah dan khilaf yang pasti ada....

Sebarang kemusykilan, Sila hubungi...

Anda ada sebarang kemusykilan???
Anda ada sebarang pertanyaan???
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Sila hubungi...

.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ye?? Apa kemusykilan anda??
.
.
.
.
.
Eh...Sejak bila plak aku jadi tempat jawab kemusykilan ni????
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Emmm.....Ok la..yang boleh bertanya hanya la cowok2 yang masih bujang around 35 thn ke bawah dan yang penting hensem lagi macho ( wajib tu..keke ) ...yang lain boleh tinggalkan pesanan saje..hehehe
.
.
.
.
.
.
.
I'm single...kekeke ( nak kena letak ke ayat ni??? )


Saturday, August 7, 2010

Model spek mata hitam



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SENYUMMMM

Kampung Halaman Ku


Rumah aku
.
.
.
.
.
.
.
.


Rumah tok aku
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Rindunya...tunggu ku pulang di hari raya naa....

Model botol susu


Model : Nur Insyirah Binti Abdul Ghani
Pakaian : PA&MA
Solekan : PA&MA
Jenama Botol Susu : PA&MA
Lokasi : Belakang rumah aku





Pukul 1 pagi

Pukul 1 pagi. Ini la kerja2 anak2 buah aku ( yang bakal jadi anak2 aku...haha ) bila berjumpa. Memang susah nak tidor termasuk la aku yang juga tak dapat nak tido apabila kena jaga mereka berdua ni. Entah la mata apa dorang berdua ni. Kalau berjumpa memang susah nak tidor. Asyik nak main ja. Pastu bila bergaduh lepas tu elok pulak dok main sekali.
.
.
.
.
.
.
.


Nenek nenek si bongok tiga
Siang mengantuk malam berjaga
Mencari cucu di mana ada
Nenek ku kawin dengan anak raja
.
.
.
.
.
.
.
.


Hanin : Apa kita nak buat malam ni ya nafis???
Nafis : Ntah la hanin..Emm apa kata kita kenakan "alan". Dah tau kita boring dok dalam rumah bukannya "alan" nak bawa kita pi jalan2 kat luar pun. Walaupun malam tapi ada lampu juga kan.
Hanin : Haa....betol2. Setuju sangat2. Tak pun kita teriak kuat2 biar "alam" pening kepala jaga kita malam ni..muhahaha
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


Cara duduk bakal2 pemimpin....hehehe
.
.
.
.
.
.
.
.

RINDU HANIN DAN NAFIS....love both of u...muah...



p/s : "Alam" atau "Alan" tu adalah nama timangan aku pada budak dua orang ni. Hanin panggil aku "alam" dan nafis lak "alan" yang bermaksud alang atau mak lang. Nak buat macam mana pelat budak2 kecik katakan..hehe

Friday, August 6, 2010

Pegawai Kastam


SENYUM : Pegawai kastam tersenyum riang apabila beg yang dicari telah dijumpai. lalalala.. ( p/s : punya la seronok cik pegawai kita ni dapat jumpa beg....sampai kasut dia tertanggal sebelah pun dia tak sedar...hehe )
.
.
.
.
.
.
.


SELONGKAR : Pegawai kastam ini sedang memeriksa beg yang dijumpai...serius
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


AKHIRNYA : Beg yang dijumpai telah dapat diselongkar oleh partner pegawai kastam tadi yang juga selaku pegawai kastam. ( p/s : cuaca panas sikit time ni sebab tu pegawai ni x pakai baju lagipun memang tabiat dia tak suka pakai baju..just pampers je...hehe )
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Pegawai2 kastam ini memang sentiasa dan selalu ada kat rumah aku. Nasib baik baru dua orang dan hujung tahun ni bakal masuk 3 orang. Habis pegawai2 tu selongkar barang2 yang ada kat rumah aku dan kakak. Barang yang paling dorang suka selongkar adalah beg. Tak kira la beg apa pun janji beg yang berzip. Kalau tak berzip dorang kata tak best nak "buat kerja" selongkar2 ni.

Wednesday, August 4, 2010

Kesibukan melanda lagi

Lamanya aku tak bercerita dalam blog aku nih. Bukan mengulor atau malas tapi kesibukan membuat aku supaya tidak berblog. Lagipun aku ni masih terkena wabak FB. Kalau aku buka blog aku juga akan buka FB. Confirm lama aku berhadapan kat laptop aku ni bermain FB dan confirm juga la aku tidak baca buku. Memang berpenyakit la FB ni pada manusia. BAHAYA ooo...hehe..Aku tahu korang pun ada FB juga dan confirm korang pun demam FB macam aku. Sekarang ni aku ada banyak assigment yang kena buat dan banyak program yang aku involved. Penat sangat. Apa pun sekarang ni aku tengah cuba untuk tingkatkan pointer aku. Aku nak kejar cita-cita dan harapan aku dan keluarga. I hope i can do it. All the best to me. Ok la aku nak gi kelas. Hari ni kelas aku sampai malam. Tatata semua...

I love you mom!

Thursday, July 15, 2010

Mak saya =)

Ni mak saya... hehe... i love you mum. Gambar ni diambil masa kitorang 1 famili pi bercuti kat pantai merdeka. Aku terlupa apa yang kitorang borak masa nih. Tapi ni la gelagat mak aku yang sempat aku snap masa tu. Tersenyum simpul... malu2 gitu... hehe =)



.
.
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.
.



.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



p/s : sayang mak...harap mak sentiasa senyum dan happy selalu... i love your smile =) muahhh

Happy2 Selalu..Jom layan lagu ni

Aiyak

Lama plak aku tidak bercerita ya...emm..bukan apa skang ni sibuk sikit. Maklum la dah kembali jd student ni...mcm2 nak kena buat. Sebenarnya byk cerita aku nak kongsi dgn korg tp belum ada masa yg lapang untuk aku menulis dlm blog aku ni. Nanti kalau ada masa dan kerajinan aku upload cerita baru k. Apa pun thanks a lot to pelawat yang sudi melawat blog aku ni...muahh

Sunday, July 11, 2010

At ums now

Rindu dekat mak, kakak, adik, anak2 buah ( hanin dan zafran )..... rindu semuanya... i love you sooo much... doakan kak cik baik2 ja kat sini.... akan kak cik ingat pesanan mu ibu... biar sedap mata memandang...

Wednesday, July 7, 2010

UMS memanggil ku pulang

Sabtu ni aku dah nak balik sabah. Alahai malas btol aku. Malasnya tuhan je yang tahu. Mak aku lak dah mula bising sebab aku belum kemas barang lagi. Ye la dia risau kalau aku tertinggal barang aku. Nanti tak pasal2 lak dia kene gi pos barang2 aku tu. Malasnya mak oi nak balik sabah....apatah lagi nak kemas barang...huhu..

Jalan - jalan bersama nafis

Minggu lepas aku bersama adik aku keluar gi beli barang kat giant. Kitorang bawa anak buah sekali, Nafis zafran. Kalau bawa dia pi jalan2 memang letih. Mau taknya dia boleh buat acara kejar mengejar kat shopping complex tu...penat weh dok kejar dia. Tapi xde la seletih ummi dan abah dia bila bawa dia pergi jejalan. hehehe...pendek kata dia memang dengar cakap aku. lols


Lari dik lari...


Dah penat berhenti jap ye..alang dgn mak su nak pilih baju jap...

Monday, July 5, 2010

Burung Kakak Tua

Lagu favourite hanin....rindunyaaa..

Nak order tuls sendiri ek

Baru2 ni aku gi makan stembot dgn mak, kak tun, adik dan anak buah aku, zafran. Steambot kat kedai tu memang sedap dan murah berbanding makan steambot kat atas menara Alor star. 1 jug air oren bancuh pun dah rm30. Pi makan steambot tu semata2 nak pujuk anak buah aku ni makan. Susah sangat la dia nak makan. Tapi dia ni western sikit. Tak suka nasi tp suka makan buah-buah, mee, roti etc.


Tapikan banyak2 kedai makan yg aku pi. Kedai makan ni la yg menggunakan servis layan sendiri. Nak order tulis sendiri ek. Menu atas meja. Dah tulis order pastu pelayan akan datang ambik pesanan dan hantar pesanan. Macam pelik ja kan. Ye la biasanya pelayan akan tanya nak makan apa dan catit apa yg diorder oleh pelanggan tp kedai ni x. Mungkin nak lain dari yang lain kot..Haha..


Pening kepala nak makan ape. Semuanya sodap.

Spagetti de Janggus



1 paket spagetti
4 sudu besar minyak masak
5 sudu besar sos cili
5 sudu besar sos tomato
1 tin sos prego - aku guna cap campbells
4 biji tomato - di cincang halus
1 labu bawang - di cincang halus ( kalau suka bawang..bleh letak 2 biji..tgk juga la saiz bawang dan banyak mana kita masak )
3 ketul ayam/daging - isinya dipotong kecik. Nak senang just beli daging cincang yang dah dijual kat kedai..
Serbuk oregano
1 tin Cendawan butang - dipotong halus
Garam secukup rasa


Cara - caranya :

1. Spagetti direbus dengan air. Masukkan juga sedikit garam dan minyak supaya x melekat spagetti tu.
2. Tumis bawang dalam kuali sehingga naik bau.
3. Masukkan sos prego, sos cili dan sos tomato. Tumis sampai naik minyak.
4. Masukkan daging cincang.
5. Bila daging dah masak, masukkan tomato dan serbuk oregano. Jgn letak terlalu banyak sebuk oregano nanti x sedap lak..
6. Masukkan cendawan butang.
7. Garam secukup rasa.
8. Siap untuk dihidang.

Tambahan : Boleh juga letak cheese. Taburkan atas sos spagetti. Kalau tak mau guna spagetti pun bleh.boleh guna makaroni dan pasta.

Selamat mencuba.

Wednesday, June 30, 2010

Makaroni Bakar

Asyik dok tengok kakak aku yang dok tunjuk masakan dia. Aku pun nak tunjuk dan kongsi juga la dengan hangpa semua. Aku ni tak dak la pandai masak sgt pun. Sekadar nak berkongsi boleh la...hehe..jom pakat kita cuba noo...





Bahan-Bahan:


1 bungkus macoroni
600 gm daging lembu cincang
10 biji telur ayam

3 labu bawang besar - dipotong dadu

1 tin sos pasta - aku guna jenama prego . kalau nak rasa pedas la

Garam secukup rasa


Cara:


1. Makaroni di rebus dgn air. Letak sedikit minyak dan garam.
2. Telur di pukul sebati.

3. Gaulkan makaroni, telur, bawang dan sos pasta dan daging cincang.

4. Letak garam secukup rasa.

5. Sapukan loyang dengan minyak. - supaya tak melekat bila bakar.

6. Tuangkan adunan dalam loyang.

5. Bakar dalam oven selama 15 minit 150 darjah.


Cadangan Hidangan: Kalau suka boleh dihidangkan dengan bawang goreng. Nak lagi pedas boleh tambahkan sos cili..


Selamat mencuba =)

Tuesday, June 29, 2010

Percutian di pantai merdeka resort

Ku ukir nama mu di awan gunung jerai,
bersaksikan laut daun nyiur melambai,
dari pandangan permai di situ tanjung dawai,
terkenang peristiwa cinta kita terurai,
oh indahnya peristiwa,
cinta kita di pantai merdeka...

Ewahh...pagi2 macam ni mendayu2 plak aku ni berpuitis..hehe..ni cheq nak bagitau hangpa semua dan nak buat promosi la sikit kat tempat pelancongan negeri cheq ni...( 1st time aku rasa promosi tmpt sndr kat blog aku ni..hehe ). ok. Minggu lepas aku dengan family pi holiday kat pantai merdeka resort. Best juga la resort ni. Cantik. Dulu kurang cantik tapi sekarang dah cantik. Cantik sangat. Kat sini kita boleh berkelah, mandi2 pantai, naik bot gi mancing atau gi seberang untuk ke tanjung dawai, dan mcm2 lagi la. Tapi kalau nak buat trip gi sini aku x cadang kat korang untuk mandi pantai kat sini. Air kat pantai merdeka kurang elok sejak kena tsunami tahun 2006 dulu. Aku lebih cadang korang mandi kat kolam renang yang dorang sediakan tapi ada juga orang yang gi mandi pantai kat situ. Ok je aku tgk dorang mandi. Dulu mmg cantik dan boleh mandi. Sebelum ayah aku meninggal kitorang 1 family selalu datang sini untuk bercuti. Bestt.


Ku ukir nama mu di awan gunung jerai, bersaksikan laut daun nyiur melambai, dari pandangan permai di situ tanjung dawai, terkenang peristiwa cinta kita terurai, oh indahnya peristiwa, cinta kita di pantai merdeka...itu la gunung jerai. Penanda kepada kapal2 pedagang dahulu bahawa dorang dah sampai ke tanah melayu...


Sementara tunggu kakak2 dan abg2 ipar aku sampai. Aku, mak dan adik pi la pekena mee udang dgn abc dulu untuk kenyangkan perut yang sudah kelaparan. Kat pantai merdeka beach resort ni tak susah nak cari makan. Pengunjung boleh pilih nak makan kat cafe yang disediakan oleh merdeka beach resort ataupun kat kedai2 makan yang dibuka depan resort. Pilih je nak yang mana. Emm...Kat sini pun ada juga jual mee udang juga. Sedap. ABC Gunung Jerai kat kedai ni pun sedap juga. Aku suggest korang pi makan kat kedai kak cik. Sedap. Tapi kalau nak pekena mee udang yang lagi sedap lebih baik pi pulau sayak. Pulau sayak mmg terkenal dengan mee udang. Dekat je nak pi situ kalau dari pantai merdeka. Kalau nak pi makan atau nak cari ikan kering @ belacan kat tanjung dawai. Boleh naik bot je gi sana. Lagi dekat. Dari pantai merdeka dah nampak tanjung dawai.



Ok tak?? Kat sini ada byk bilik. So kurang boleh buat pilihan. Harga yang di caj pun ok juga. Berpatutan. Korang boleh call atau gi website resort ni. Kalau nak datang sini untuk bercuti. Sebaiknya booking dulu. Biasanya weekend mmg fully booking.


Ni aktiviti kitorang waktu pagi. Menjala ikan la. Kat sini kita boleh pancing ikan.

Align Center

Tengok la gelagat anak2 buah aku ni bila dapat air. Sukeeee benar.


My lovely with her daughter.


Percutian kali ni paling bestnya budak dua orang ni la. Dapat bebas katakan..hehehe...

Wednesday, June 23, 2010

My famili song



I love you

You love me

We're a happy family

With a great big hug and

A kiss from me to you

Won't you say you love me too?

I love you You love me

We're best friendsLike friends should be

With a great big hug And a kiss from me to you

Won't you say you love me too?


p/s : i love my famili...sayang mak, ayah, kakak, kak tun, atin, anak2 buah dan abg2 ipar yg nice...dan anak2 buah aku suka sangat nyanyi lagu ni...i love both of u...muahh

Alahai kesian nafis

Kesiannya kat anak buah aku yang sorang ni..kecik - kecik dah kena berulang alik pergi klinik. Dalam beberapa hari ni dia kena berulang alik pergi PMC ( Putra Medical Center ) untuk sedut gas ( nota : aku lupa ar nama rawatan ni..hehe ) untuk buang kahak. Dia bukan lelah tapi buang nak buang kahak. Tiap2 malam kuat bunyi dengkur dia bila tior sebab dia tak buang kahak. Budak2 kecik mana la reti nak buang kahak ke air liur ke...telan je semua. So bila buat rawatan ni ok la sikit tido malam dia. Kesiannya kat anak mak lang ni..


Tuesday, June 22, 2010

Happy Meal McD

Kalau patung McD macam ni...rasa2nya korang nak makan mcD lagi x???? hehe..macam tanya soalan pada diri sendiri je... ( nota : aku ni kan hantu mcD....dounle cheese burger...yummy )

Monday, June 21, 2010

Selamat Hari Ayah

Hari Bapa datang lagii...

Kami hanya empat beradik... semuanya perempuan... alhamdulillah..
walaupun xder gen 'X' dalam senarai anak-anaknya.. dia tetap gembira.. mengajar anak2nya berdikari.. pernah sekali zaza diajar untuk tukar tayar kereta.. menitis peluh dan air mata.. rasa mcm dibuli.. tp kerana itu zaza ada pengalaman tukar tayar kereta.. tahu apa yang patut dibuat kalu tayar kereta pancit lagii..

sejak sekolah lagi, dia hanya bagi limits.. mesti dapatkan angka bawah daripada 10 dalam peperiksaan.. mmg baik la sikit dari mak yang hanya membenarkan angka 3 kebawah sahaja dalam peperiksaan.. sejak tadika, dia lah yang berulang-alik pergi dan balik menghantar kami adik beradik ke sekolah.. kalu muat, dia akan tumpangkan seorang dua kawan2 zaza kat sekolah tu.. kesian katanya duk tunggu tengah panas.. herm.. :) dengan zaza, dia berhantar sampai zaza tingkatan 6.. walaupun kadang2 ader angin keras kepalaku nk pergi sendiri ke sekolah, berbasikal dengan kawan2..


kini semuanya tinggal kenangan.. yang buruk dan baik.. semuanya indah belaka bagi zaza kerana dia sudah tiada di sisi.. sesekali zaza akan dengar semula rakaman suaranya menjawab panggilan dari seseorang yang dirakamya secara tak sengaja ke dalam telefon bimbit mak suatu masa dahulu.. memandangkan suaranya tidak mungkin lagi kami dengari, namun bingkisan itu membuatkan zaza rasa dia dekat dengan zaza.. suara itulah yang pernah menengking dan memarahi zaza ketika ada buat salah dengannya.. dia mmg terkenal dengan sifatnya yang garang namun ramai kanak2 suka dengannya kerana dari dulu.. dia mmg pandai mengambil hatii budak2..
itu lah pengorbanan AYAH.. tidak tertulis kalu nk dikira.. tidak terucap kalu nk dikata.. terlalu banyak...


TERIMA KASIH AYAH..

TERIMA KASIH ALLAH...
kerana nikmat kasih sayang-Mu.. aku BAHAGIA bersama mereka..

al-fatihah untuk AYAH...

copy from zaza@mamahanin . minta izin copy ye kakak...kak cik mu ini malas nak menaip..hehe

hmm...itu lah ayah aku...walaupun xde anak lelaki tetapi dia tetap trainning anak2 dia dalam melakukan kerja lelaki sbb dia nak anak2 dia berdikari dan tahu semua tentang perkara2 yang tak dijangka. Garang dia tapi baik hati...aku adalah anak yang paling nakal diantara empat orang anak2 dia...aku tahu mak dan ayah selalu pening kepala kerana aku...tapi mereka tetap beri petunjuk dan nasihat supaya aku tidak tersalah langkah. Alhamdulillah kemana saja aku pergi dan lakukan, aku tak pernah lupa pesanan ayah dan mak...semua itu menjadi kekuatan hidup aku....thanks dad thank mum...

Bole Chundiya Bole Cahndana

Beberapa hari ni aku asyik layan cerita hindustan...best oooo...kena plak time babak hero nak selamatkan heroin..tragis betol...pastu lak time guling2 atas rumput sambil menyanyi...tangkap cintan betol la...sebenarnya cerita hindustan adalah salah satu favourite filem or drama pada aku..itu pun tgk pada cerita gak la. kalu crita tu best aku layan la. kalau x best dan hero heroin dia plak x cun dan handsome aku tak layan la...The best actor dan actress yang aku minat adalah Shah Rukh Khan dan Kajol...best ooo...boleh dikatakan semua drama or filem lakonan dorg aku minat...Kalau cerita tak best pun aku tetap layan janji dapat tengok muka dorang ni kat tv...hehe..



Sebab tu la masa keja kat putrajaya dulu aku asyik usha mat mat bangla dalam bas...hahaha....minat aku bukan minat untuk jatuh cinta ke apa just suka tengok muka dorang...hensem ooo....hidung mancung, rambut lak ada yang belah tepi dan ada yang belah tengah...banyak2 tempat yang aku pi memang mat2 bangla kt tempat lain xbleh menang la dengan mat2 bangla kat putrajaya tu...hahaha ( punya la fanatik aku ni ). Yang aku suka usha lepa ni semua sbb ada kelakarnya kat dorang ni. Pagi dan petang lepa akan berebut bas dengan staf2 goverman untuk pi dan balik kerja. ( nota : mat2 bangla ni bukan keje kat ofis la tapi buat bangunan kat sekitar putrajaya tu ). Pergi dan balik kerja, hensem je dorang ni tau. Smart la gitu. Kiranya tak selekeh la walaupun dorang kerja buat bangunan. Dorang ni memang jaga penampilan walaupun ada yang butang baju kancing sampai leher...kiranya control macho la tu..dah cukup hensem la tu. Tapi aku rasa sekarang mat2 bangla kat situ dah tak hensem dah. Mungkin sebab dah xde orang nak usha dorang tu lagi. kekeke...


Aku dan shah rukh khan....x pecaya??? x percaya sudah bukan aku paksa percaya pun...l0ls..

Bila orang tengok cerita hindustan...aku tahu ada yang berangan2 untuk jadi macam cerita hero dan heroin tu kan...baik korang mengaku... ( aku pun dulu ada la juga...hehe..pengakuan berani tuh ). ada yang berhabisan tisu kerana menangis tengok cerita hindustan ( read : aku x pernah menangis tengok cerita hindustan bila hero mati kena tembak atau kena pukul k. Ataupun heroin x dapat kawin dengan hero..tak main la nangis2... ). Tapi itu la penangan cerita hindustan...

Jom kita layan lagu ni..ayuh menari macam shah rukh khan, kajol, hitrik roshan dan karina kapoor... AMARAN : kalu rasa ada yang sakit pinggang tu tidak digalakkan ikut menari. nanti tercabut skru plak..hehe