Monday, August 30, 2010

Dr M sedia jadi orang tengah



2010/08/30

SITIAWAN: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bersedia menjadi orang tengah dalam meredakan ketegangan politik dan menyatukan rakyat Palestin, jika dua pihak bertelagah di negara itu bersedia menerima beliau duduk bersama di meja rundingan.

Dr Mahathir berkata, ketika ini beliau tidak mampu berbuat apa-apa bagi menyelesaikan konflik di negara jajahan Israel itu selagi dua parti utama iaitu Fatah dan Hamas tidak menyatakan persetujuan menggunakan beliau sebagai orang tengah menyelesaikan perseteruan.

“Jika Fatah dan Hamas setuju (menjadikannya orang tengah), baru dia boleh jadi...kerana sekarang masalahnya bukan pertelagahan antara Israel dan Palestin,” katanya selepas mengibarkan Jalur Gemilang di atas Kapal KM-1 milik Kencana HL Sdn Bhd di sini semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kencana Petroleum Berhad, Datuk Mokhzani Mahathir.

Kelmarin, akhbar melaporkan Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, menyampaikan pesanan wakil pemimpin Palestin yang meminta Dr Mahathir membantu mereka bersatu menghadapi konflik.


petikan akhbar berita harian 30/8/2010.

--------------------------------------------------

memang aku salute la Dr M ni...berani kerana benar. takut kerana salah. walaupun tindakan Dr M ni mcm nak cari ajal je tapi kita sebagai umat Islam wajib membantu rakyat seagama yang dalam kesusahan. Tak ramai pemimpin yang berani bertindak macam ni. Tambah plak jika melibatkan kuasa besar seperti Israel kejam dan Amerika Syarikat....kalau perkara ini betol2 terjadi...semoga Allah swt permudahkan lah segala urusan. AMIN...

No comments: