Saturday, January 30, 2010

Thank You Very Much

Terima kasih kepada semua pembaca yang sudi melawat blog saya. Walaupun tak seberapa dan ceritanya pun tak lah berapa menarik sangat seperti blog yang lain. Ini adalah perkongsian cerita hidup saya pada semua. Terima kasih banyak2 kerana sudi melawat dan membaca. I LOVE YOU.

Kenangan



Oppss..ni bukan skandal aku k. Ini arwah En mohammad bin bakhtior. Dah arwah dah. Meninggal sebelum raya haji tahun lepas. Petang khamis kalau x silap. Kemalangan jalan raya. Motor arwah jatuh tergelincir dan kepala arwah digilis dgn tayar treller. Nauzubillah. Terkilan juga aku bila dgr sbb seminggu sebelum dia meninggal aku pergi cari arwah. Sekadar untuk bertanya kabar dan sebab lama x jumpa sejak bahagian arwah berpindah tingkat. Masa floor yang sama, tmpt aku depan tmpat arwah. Arwah baik orang nya dan selalu berpesan. Pesanan sebagai seorang ayah kpd anaknya. Walaupun kdg2 arwah selalu menyakat aku dan selalu minta perfume aku. Jika aku tak bagi dia akan cari sendiri walaupun aku sembunyi perfume tu. Walaupun kdg2 kami suka gaduh ( read : gaduh spt seorang ayah dgn anak. Arwah suke menyakat aku dan x kira siapa saje ) tp aku tetap hormat arwah. Arwah selalu berkongsi cerita termasuk la bab2 rumah tangga. Bab2 rumah tangga tu sekadar cerita dan pesanan supaya nanti bila aku dah berumah tangga x kekok katanya. Al - Fatihah untuk arwah.

Friday, January 29, 2010

Disuatu petang...


Disuatu petang aku kembali menjadi seorang kanak - kanak riang apabila dikelilingi oleh kanak - kanak riang. Sukenya aku bermain bersama kanak - kanak riang walaupun cheah sepupu mcm pelik ja. Tp yang penting anak buah aku dua orang tu sporting. hahaha

aKU, koi DAN en


entry kali xtau nak tulis apa. Jadi aku letak gambar aku la yang bertajuk aku, koi dan en dan setelah diterjemahkan bermaksud aku,aku dan aku.

Saya takut


Saya takut.

Saya takut dengan manusia kelihatan baik tetapi hati mereka busuk bak bangkai anjing. Dicemari perasaan kejam, hasad dan dengki. Dan sering mengambil kesempatan. Ramai saya bertemu manusia 'spesis' ini.

Biar saya bersahabat dengan manusia berwajah bengis tetapi hati mereka seputih salji.

Apapun, satu bonus jika kita berpeluang bersahabat dengan mereka berwajah baik dan berhati baik.


petikan dari blog mazidol akmal sidek.

p/s : aku setuju!

Thursday, January 28, 2010

Kau Mencintaiku

Kau mencintaiku

Seperti bumi

Mencintai titah Tuhannya.

Tak pernah lelah

Menanggung beban derita

Tak pernah lelah

Menghisap luka

Kau mencintaiku

Seperti matahari

Mencintai titah Tuhannya

Tak pernah lelah

Membagi cerah cahaya

Tak pernah lelah

Menghangatkan jiwa

Kau mencintaiku

Seperti air

Mencintai titah Tuhannya

Tak pernah lelah

Membersihkan lara

Tak pernah lelah

Menyejukkan dahaga

Kau mencintaiku

Seperti bunga

Mencintai titah Tuhannya

Tak pernah lelah

Menebar mekar aroma bahagia

Tak pernah lelah

Meneduhkan gelisah nyala


( petikan dari Filem Ketika Cinta Bertasbih 2 )


p/s : suka puisi ini. Begitu mendalam ayat dia. Semuanya kerana tuhan bukan sesiapa dan tidak menyakitkan hati sang pencintanya kerana setiap perbuatannya kerana tuhan.


Cinta

Cinta

Sekalipun cinta telah kuuraikan dan kujelaskan panjang lebar.

Namun jika cinta kudatangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri.

Meskipun lidahku telah mampu menguraikan dengan terang.

Namun tanpa lidah,

Cinta ternyata lebih terang

Sementara pena begitu tergesa-gesa menuliskannya

Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta

Dalam menguraikan cinta, akal terbaring tak berdaya

Bagaikan keledai terbaring dalam lumpur

Cinta sendirilah yang menerangkan cinta

Dan percintaan


( petikan dari kata - kata Anna Althafunnisa' dalam filem Ketika Cinta Bertasbih )


p/s : biar cinta itu wujud kerana Allah swt dan bukan kerana syaitan. Cinta kerana syaitan begitu menyakitkan dan lambat untuk sembuh.


Monday, January 25, 2010

Ronda - ronda di KK

Kemarin aku dgn kawan - kawan pi KK@Kota Kinabalu. Kami x pi dengan bas tp naik kereta. Hahaha. Aku yang drive. Percaya tak??? Mula - mula seram la juga sbb aku mmg tak tau langsung jalan kat KK ni dan jalan raya kat sini aku hanya tengok dalam peta kat google tu ja ( nota : kebiasaan yang aku buat masa di KL jika aku nak pi sesuatu tmpt tp aku tak tau ). Dan sebelum ni kalau aku pi KK pun aku naik bas. Tak pernah naik kereta. Tambah plak bawa kereta orang. Lagi la aku x reti. Biasa bawa kereta sendiri ja. Tak main la kereta orang nih. Hehe. Bila budak2 tu tanya tau ka jalannak pi KK dan aku hanya kata tak tau sbb tak pernah driving kat sini. Mula la budak2 tu serabut. Dorangpun kata xpa la kita sama2 cari jalan dan jangan sesat sudah la. Tapi alhamdulillah aku tak sesat. Mula la lepa ingat aku ni tipu yang aku tak pernah drive kat sini. Aku pun dengan semangat dan bangganya berkata " saya guna suara hati ". Hahaha. Poyo ja kan.

Tapi yang bestnya semalam, kami pi pekena nasi sama itu ikan, sotong dan udang bakar kat pasar phillipin. Sedap gua cakap lu. Panas2 lagi. Kena plak dengan air kelapa. Sedap gila la. Masing2 balik dengan kekenyangan. Sudahnya owner kereta call aku sampai 24 kali. Bukan x angkat tp mmg serius aku x dengar ada call masuk. Tengah sedap melantak katakan mana nak dengar. kehkehkeh. Yela janji hantar kereta pukul 9.30pm tp x hantar2 lagi. Sudahnya pukul 10.00 pm baru hantar kereta. Mau la dia x call. Sorry ye abang kete sewa. Yang lagi bestnya tu, aku bleh cakap kat dia yang kitorang ni x suka keluar malam. Kitorang akan hantar kete sebelum pukul 9.00pm. Promise. jangan risau. Sekali pukul 10.00pm baru hantar kereta daa...kekeke...konfim dia pikir kami ni suke keluar malam. Adoi...

p/s : tp semalam ada mak cik tu cerita. Pernah sekali budak2 U datang makan kat salah 1 gerai pasar tu. Tauke tu caj sampai RM1000.00 utk 9 orang makan. Maknanya sorang dicaj lebih kurang RM100.00 la. Mahal gila. Emm lepas ni nak cube jalan kat papar lak. Ada kajian luar kat sana. Lagi pucat muka budak2 tu bila aku kata " xpe..kata kite main redah je ".

Sunday, January 24, 2010

Anak - anakbuah yang semakin membesar





Nafis Zafran yang tak lekang dengan senyuman dan semakin kuat berjalan




Ummu Hanin yang semakin kuat berposing. Ini posing maut nih...dasyat betul anak ustaz nih...kekeke

Pasar Kraftangan Kota Kinabalu


Ok semua. Harus diingatkan aku bukan nak menjual. Cuma nak bagitau apa yg ada kat sabah ni. Bukan nak promosi tp untuk dikongsi bersama. Ok. Ini adalah pusat kraftangan kat Kota Kinabalu. Kalu sapa2 yang nak beli gelang atau buah tangan untuk sedara mara kat sini la tempatnya. Sebenarnya bukan kat sini je yang ada jual. Kat tempat lain pun ada juga. Kat shopping compleks atau kedai2 yg bukan kat pasar ni. Banyak. tp yg populornya kat sini la. Sbbnya sini dekat dengan pasar phillipin. Bersebelahan je. Kat sini mcm2 ada dan boleh tawar menawar. So kalau datang sabah jgn lupe g sini k. Yang penting sediakan duit yang cukup dan berlebihan. Xde hutang2 k. Kalau nak cari mesin bank ATM jauh sikit kena berjalan.




















Pasar Phillipin, Kota Kinabalu












Pasar philippin ni mmg terkenal di Sabah. Pasar ni dibuka pada pukul 5 petang sampai malam setiap hari. Suasana sini mcm pasar malam juga la. Kat sini paling best makanan bakar la mcm ikan bakar ke, sotong bakar ke, udang bakar ke dan mcm2lagi la. Kalu nak dapat seafood fresh kat sini la. Pasar malam ni tepi laut. Mmg berdekatan dgn bandar. Kalu kat kawsan lain ada jual baju, beg, seluar dan mcm2 lagi. Nak tau selanjutnya. Datang2 la sini. X rufi kalau melancong dan tgk tmpat sendiri. Dan alhamdulillah aku dah boleh digelar rakyat Malaysia sbb dah seluruh negeri di Malaysia aku dah melawat. ( read : dengan perasaan megah sambil menyanyi lagu aku anak Malaysia..hehehe... ).

Friday, January 22, 2010

Mimpi

Mimpi adalah mainan tidur tetapi kadang-kadang mimpi memberi alamat atau petanda kepada seseorang tentang sesuatu perkara yang bakal terjadi di sekeliling mereka. Sekiranya kita mendapat mimpi yang baik, kiranya gembiralah kita. Dan sekiranya mendapat mimpi yang buruk, tentu kita tentu kita merasa tidak senang duduk. Oleh itu, ambillah wuduk sebelum tidur dan bacalah ayat Al-Quran. Ikutlah sunnah Rasulullah S.A.W yang telah diajar oleh Baginda untuk umat-umatnya semoga tidur kita dirahmati Allah Yang Esa.

Rasulullah adalah teladan kita, seluruh kesehariaannya adalah panduan kita ikut. Dalam ‘terjaga’ atau terlelap sekalipun.

“Rasulullah shallahu’alahi wasallam biasanya tidur di awal malam dan bangun di akhir malam untuk melaksanakan sholat” (HR. Muttafqu’alaih)

Intropeksi diri menjelang tidur.
Seorang muslim hendaknya selalu berintropeksi diri menjelang tidur tentang apa yang telah dilakukan selama sehari. Jika ada yang baik hendaknya segera mengucapkan “Alhamdullilah”. Jika sebaliknya, hendaknya segera beristigfar dan bertaubat.

segera tidur tidak bergadang disunahkan berwundhu terlebih dulu sebelum tidur serta miring ke samping kanan ketika tidur.
menjelang tidur, disunnahkan membersihkan tempat tidur dengan tiga kali sapuan. “Jika engkau hendak menggunkana tempat tidur, maka sapulah atau kibaskanlah dulu, kerana siapa tahu ada sesuatu di baliknya”. Dan dalam riwayat lain, “tiga kali”. (HR. Muttaqun’alaih)
dimakruhkan tidur dengan tertelungkup, ” Tidur tetelungkup itu merupakan kebiasaan penghuni neraka”. (HR. Ibnu Majah)
membaca ayat kursi dan akhir surat Al-Baqarah serta surat Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Naas.
membaca do’a-do’a yang dicontohkan Rasul

p/s : emm...skang ni xde lagi mimpi yang menjadi tanda tanya dalam tido malam aku. Nyenyak sekali.

Thursday, January 21, 2010

Wednesday, January 20, 2010

Bulan



Pic ni aku ambik masa on the balik dari berbuka posa kat KLCC anjuran kementerian Dato Sharizat sempena majlis pelancaran dasar wanita. Kiranya tahun lepas la. Cantik x?? Cahaya bulan ditengah bandar kota raya. Aku suka bulan. Bulan beri ketenangan pada aku. Dan bulan juga menerangi malam yang gelap. Tidak panas mcm matahari. Hmmm....

Berebut bas lagi

Mcm ni la keadaan kat UMS bila time berebut bas. Malam td tiga biji bas yg aku tunggu semua penuh. Adoi...apa pun nasib xda anjing tunggu aku kat depan tangga kolej. Kalau x hadooiiiii....




Hujan oh Hujan

Sejak seminggu dua ni sabah selalu hujan. Ada tmpt yg banjir. Nasib baik kat UMS x banjir. Syukur la kan. Tp bila hujan ni susah la sikit nak jemur baju dan terutama sekali bila time berebut bas. Adoii lemahnya.


Tengah tunggu bas yg belum kunjung tiba.


Lebat sungguh hujan.


Tapi sekurang2nya aku dah x jadi mcm pic ni. Bersesak atas jalan raya. Penat je. Pastu mau tersangkut sbb banjir. Syukur la..

Monday, January 18, 2010

aktiviti hujung minggu aku


Cuti minggu lepas aku keluar dgn budak2 bilik aku pi kota kinabalu. Merewang la apa lagi. Minggu lepas 2 hari terperuk dalam bilik. Sabtu pun sama sbb hujan ar sini. So smalam di hari yang redup kitorg keluar g cuci mata. Aku, ani dan jun. Budak2 lain x join sbb dorg rajinkan diri untuk siapkan assigment. Jun dan ani ni sporting dan baik budaknya. Tambah2 si jun tu. Pot pet pot pet je mulut dia. X reti dok diam. Kalu bab berjalan dia yg cepat tp kalu bab makan konfim dia yang paling lambat. 1 bungkus nasi 1 jam baru habis makan. ish3. So, semalam masa cuci2 mata x byk pic yg aku sempat snap. Sbb dorg ni jalan laju sgt. X terkejar aku.


Antara brg yang menarik perhatian aku ni la dia. Tgk je aku kat kasut ni. Kasut high heel kegemaran aku. Simple dan bertumit tinggi. Kalu ikutkan hati nak je beli tp buat bazir je sbb x pakai. Buat sakit kaki aku je kalu buat pakai pi kuliah. Dah la jauh. Leceh kalu naik bas.


Tgh dok berjalan nak cari kedai makan. Pantas mata aku melirik ke kedai M ni. Apa lagi Mcdonald's la. Aduh. Dah lama aku x makan mcD. Apa lagi aku pun singgah la. Menu utama aku mcflurry oreo. Sedap weh. Terubat rindu aku nak makan Mcflurry.

1. Mcflurry yang aku beli. Nyum2. Sedap ooo..Kat sini RM4.90. Kalu x silap aku kat semenanjung RM4.70.
2. Habis sudah mcflurry oreo aku. Mcm nak beli lagi je. Tp segan la plak. Susah juga kalu hantu mcflurry oreo ni.
3. Org ramai beratur utk dapatkan ais krim mcD. Nasib baik aku beli awal. hehe

p/s : emm..smalam anjing masuk dalam bilik depan bilik aku. 2 kali anjing tu masuk. Siap baring atas katil lagi. Nasib baik bukan bilik aku. huhu...

Saturday, January 16, 2010

Ashley Amelsha




Ok guys..ini ashley amelsha. Anak kepada miss tadien@haliza. Amek@mak dia ni salah sorg staf kat ofis aku la. Salah satu keje aku masa kat ofis dulu adalah skodeng pc mak dia. Aku skodeng tgk "gambar". Hahaha..aku percaya bila aku letak tanda mcm ni "..." mesti korg pikir lain. Ish3. X patut benor. Aku ni iman kuat lagi la. Ingat tuhan semua. Aku suke tgk gambar kawin mak budak ni dan gambar budak ni. Comel la ashley ni. Suke posing bila bergambar. Ini semua hasil tunjuk ajar mak cik dia la. Mak cik dia nama tembeg@ulny. Keje kat ofis aku juga tp lain depart. Gambar ni masa ashley demam. Tu yg monyot sikit muke dia. Dia ni baik dgn ayah dia. So kepada miss tadien sorry ye kalu xde gambar kat sini. Ini je yg ada. Gambar ni aku curi2 copy dalam pc mak dia. Ingat nak publish dulu lagi tp xdak masa la. hehe. So ini gambar je yg ada. Gambar yang terbaru x sempat nak curi sbb aku terlupa nak curi. Sedar2 dah kat sabah. Huhu... Sebenarnya ashley ni cute sgt. Dan salah satu kesukaan dia adalah patung teddy bear yg bentuk katak tu.

Friday, January 15, 2010

bas oh bas

2-3 hari ni bas selalu lambat. Lambat sgt kdg2 sampai dekat 1 jam. Nasib baik aku pernah bersabar tunggu org sampai 8 jam apatah lagi 2 tahun. Huhu gila betol aku. Ok lupakan psl tu. Emm..seingat aku sebelum aku dtg sabah ni dah lama aku x naik bas. Apatah lagi bersesak dlm bas. Kalu naik bas pun mungkin masa sek dulu atau masa mula2 keje dulu dan mungkin naik bas hanya untuk pegi ampang park atau jalan tar. Tu pun jarang2 dan kadang2. Kalu rajin naik bas dan kalu x rajin naik kete la. Hehehe.
Emm...dulu masa kat putrajaya. Pegi dan balik keje aku naik bus. Salah satu sbb aku suke naik bas masa tu sbb aku suke tgk mat2 bangla yg keje kat situ. Hahaha..Hensem2 siut...mcm shah rukh khan pun ada amir khan pun ada salman khan pun ada. Pilih je. Tp dorg ni xda la smart mana pun. cuma harap muke je yg hemsem. huhuhu. P keje baju lain masa keje pun bj lain. Smart la kononnya tu ( emm...nasib baik sorg pun aku x tersangkut ). Kadang2 pegi dan balik keje aku terpaksa bersesak dalam bas tu. Berhimpit dan alhamdulillah maruah aku masih terpelihara. Haha..xde la bila tersesak2 tu mcm2 perkara boleh berlaku. serius aku pernah nampak dgn mata aku sndr pasal kes raba ni. Yg kene raba tu bini org lak tu. Depan suami dia plak tu. Jahat btol laki tu.

So lepas aku di putrajaya aku pindah ke pahang dan xde naik bas sgt pun. naik kete je. Dan sampai la aku sambung belajar kat ums ni baru aku naik bas balik. Mula2 mengeluh jg la. Yela apa kelas naik bas ni kan. Buat hilang lemak di badan je. Haha. Tp bila lama2 dan hari ke hari best la plak. Walaupun kdg2 terpaksa bersesak tp seronok. Apa tah lagi time berebut bas. Dan akan timbul satu suara lebih kurg mcm ni la " ok!! bas dah datang. Jom kita berebut bas ". Bila aku dgr kelakar la plak dorg ni. Budak u tp kdg2 perangai mcm budak sek. Mgkin stress belajar kot. Huhu. Dan ada jg kes nak mengena kwn. Kdg2 tengah2 bersesak ni. Ada plak satu suara yg buat pengumuman. Lebih kurg mcm ni la " ada lg bas kat belakang. baru sampai. Jom naik bas sana ar... "Org yg xtau apa2 ni menurut je la dan pegi ke belakang bas tp bas xde pun. Dah terkena. Dah x dapat naik bas. x pasal2 kena tunggu bas lain. Tp yang penting budak tu bkn aku dan mereka belum berjaya kenekan aku lagi. AHAHAHA..

.
Ni salah satu bas yg aku selalu naik


Betapa riang dan sukanya kami menaiki bas setiap hari. haha..
( read : senyuman ada seribu makna. Jadi aku xtau apa makna senyuman dorg nih. Nak g tanya penat la aku )

p/s : emm..baru aku perasan ada perubahan dalam blog aku...apsal sejak dua menjak nih. knp aku bahasakan diri aku "aku" dan bukan koi.

Thursday, January 7, 2010

PERHATIAN : Rakyat Pahang Dan Kelantan

Kepada rakyat pahang ( read : terutama org pekan dan kuantan tuh...jgn buat2 x paham ek ) dan juga rakyat kelantan ( read : walaupun tahu kak mas yang berasal dari pasir mas tu x pernah sekali pun sudi nak baca blog aku nih tp aku tetap nak tulis juga dan sentiasa pesan bila call dia ) kalau rasa nak datang melancong atau melawat sesape kt sabah nih JANGAN LUPA JUMPA KOI kat ums nih ek. WAJIB dan HARUS ( read : tiada perkataan sunat atau haram dalam entry ni k ). JANGAN sesekali tetiba buat2 lupe atau tak ingat sebab dah bekali bagitau dan pesan ( bukan apa saja ja, x mau ikatan persahabatan itu putus kan ). Oleh itu, jika datang sini, MESTILAH dan HARUS lagi WAJIB membawa bersama buah tangan dari negeri masing2 ( read : buah2 lain tu x payah lagi kot buat masa nih. Masih tidak diperlukan ). Ala simple je buah tangan yang koi minta. X banyak pun. 3 dari pahang 2 dari kelantan. 5 permintaan je kan. Ala..xkan la x bleh bawa dan xnak bawa kot. Sampai hati. Dah la kita ni orang perantauan. Jauh dari mak dan keluarga serta kawan2. Terpisah plak dek lautan yang luas. Tambang balik kampung pun mahal. Xkan la nak berkira plak..kesian mesin kalkulator tuh. Korang juga yang ajar koi makan makanan ni kan. Kan…kan..kan… Hehehe...Ok. berikut adalah pesanan yang harus di bawa oleh sesape yg rasa berasal atau menetap di negeri tersebut.

Ni pesanan utk orang pahang.
1. Keropok lekor khas dari buatan Tanjung Lumpur
2. Sata khas dari buatan Tanjung Lumpur
3. Ikan patin masak tempoyak x kisah daripada mana pun ( tp kalu nak lagi sedap kat temerloh )

Ni menu pesanan utk org kelante

1. Budu jo..dok banyak pon..budu raja senang sket..tuang dalam bekas jo..boleh makan terus..semuo dah ade

Pesanan ini bukan saja dan sengaja di buat. Kat sini xde la makanan2 tuh. Makanan sini lain dgn semenanjung. Kalau ada pun xkan sama punya la. Kurg atau mungkin x sedap. Lagi pun itu makanan kegemaran koi. Rindu benar dan terasa mengidam plak nak makan ( read : belum mengandung lagi la..belum nikah lagi kawin tau )


p/s : mcm nak nyanyi je lagu dendang perantau...

Wednesday, January 6, 2010

8 pengertian cinta menurut al quran

Menurut hadis Nabi, orang yang sedang jatuh cinta cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang dicintainya (man ahabba syai’an katsura dzikruhu), kata Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man ahabba syai’an fa huwa `abduhu). Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga :

(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikuti kemauan yang dicintai dibanding kemauan orang lain/diri sendiri. Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Alloh SWT, maka ia lebih suka berbicara dengan Alloh SWT, dengan membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan Alloh SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti perintah Alloh SWT daripada perintah yang lain.

Dalam Qur’an cinta memiliki 8 pengertian berikut ini penjelasannya:

1. Cinta Mawaddah adalah jenis cinta mengebu-gebu, membara dan “nggemesi”. Orang yang memiliki cinta jenis mawaddah, maunya selalu berdua, enggan berpisah dan selalu ingin memuaskan dahaga cintanya. Ia ingin memonopoli cintanya, dan hampir tak bisa berfikir lain.

2. Cinta Rahmah adalah jenis cinta yang penuh kasih sayang, lembut, siap berkorban, dan siap melindungi. Orang yang memiliki cinta jenis rahmah ini lebih memperhatikan orang yang dicintainya dibanding terhadap diri sendiri. Baginya yang penting adalah kebahagiaan sang kekasih meski untuk itu ia harus menderita. Ia sangat memaklumi kekurangan kekasihnya dan selalu memaafkan kesalahan kekasihnya. Termasuk dalam cinta rahmah adalah cinta antar orang yang bertalian darah, terutama cinta orang tua terhadap anaknya, dan sebaliknya. Dari itu maka dalam al Qur’an , kerabat disebut al arham, dzawi al arham , yakni orang-orang yang memiliki hubungan kasih sayang secara fitri, yang berasal dari garba kasih sayang ibu, disebut rahim (dari kata rahmah). Sejak janin seorang anak sudah diliputi oleh suasana psikologis kasih sayang dalam satu ruang yang disebut rahim. Selanjutnya diantara orang-orang yang memiliki hubungan darah dianjurkan untuk selalu ber silaturrahim, atau silaturrahmi artinya menyambung tali kasih sayang. Suami isteri yang diikat oleh cinta mawaddah dan rahmah sekaligus biasanya saling setia lahir batin-dunia akhirat.

3. Cinta Mail, adalah jenis cinta yang untuk sementara sangat membara, sehingga menyedot seluruh perhatian hingga hal-hal lain cenderung kurang diperhatikan. Cinta jenis mail ini dalam al Qur’an disebut dalam konteks orang poligami dimana ketika sedang jatuh cinta kepada yang muda (an tamilu kulla al mail), cenderung mengabaikan kepada yang lama.

4. Cinta Syaghaf. Adalah cinta yang sangat mendalam, alami, orisinil dan memabukkan. Orang yang terserang cinta jenis syaghaf (qad syaghafaha hubba) bisa seperti orang gila, lupa diri dan hampir-hampir tak menyadari apa yang dilakukan. Al Qur’an menggunakan term syaghaf ketika mengkisahkan bagaimana cintanya Zulaikha, istri pembesar Mesir kepada bujangnya, Yusuf.

5. Cinta Ra’fah, yaitu rasa kasih yang dalam hingga mengalahkan norma-norma kebenaran, misalnya kasihan kepada anak sehingga tidak tega membangunkannya untuk salat, membelanya meskipun salah. Al Qur’an menyebut term ini ketika mengingatkan agar janganlah cinta ra`fah menyebabkan orang tidak menegakkan hukum Allah, dalam hal ini kasus hukuman bagi pezina (Q/24:2).

6. Cinta Shobwah, yaitu cinta buta, cinta yang mendorong perilaku penyimpang tanpa sanggup mengelak. Al Qur’an menyebut term ni ketika mengkisahkan bagaimana Nabi Yusuf berdoa agar dipisahkan dengan Zulaiha yang setiap hari menggodanya (mohon dimasukkan penjara saja), sebab jika tidak, lama kelamaan Yusuf tergelincir juga dalam perbuatan bodoh, wa illa tashrif `anni kaidahunna ashbu ilaihinna wa akun min al jahilin (Q/12:33)

7. Cinta Syauq (rindu). Term ini bukan dari al Qur’an tetapi dari hadis yang menafsirkan al Qur’an. Dalam surat al `Ankabut ayat 5 dikatakan bahwa barangsiapa rindu berjumpa Allah pasti waktunya akan tiba. Kalimat kerinduan ini kemudian diungkapkan dalam doa ma’tsur dari hadis riwayat Ahmad; wa as’aluka ladzzata an nadzori ila wajhika wa as syauqa ila liqa’ika, aku mohon dapat merasakan nikmatnya memandang wajah Mu dan nikmatnya kerinduan untuk berjumpa dengan Mu. Menurut Ibn al Qayyim al Jauzi dalam kitab Raudlat al Muhibbin wa Nuzhat al Musytaqin, Syauq (rindu) adalah pengembaraan hati kepada sang kekasih (safar al qalb ila al mahbub), dan kobaran cinta yang apinya berada di dalam hati sang pecinta, hurqat al mahabbah wa il tihab naruha fi qalb al muhibbi

8. Cinta Kulfah, yakni perasaan cinta yang disertai kesadaran mendidik kepada hal-hal yang positip meski sulit, seperti orang tua yang menyuruh anaknya menyapu, membersihkan kamar sendiri, meski ada pembantu. Jenis cinta ini disebut al Qur’an ketika menyatakan bahwa Allah tidak membebani seseorang kecuali sesuai dengan kemampuannya, la yukallifullah nafsan illa wus`aha (Q/2:286)

copy : http://cinta-sufi.blogspot.com/

Monday, January 4, 2010

Apsal yang aku seram sgt nih???


Apsal la yg aku seram sgt nih???Aduh..serammmnyaa...tp tido aku tetap lena mcm malam2 sebelum nih. Jap aku tgk tarikh, hari dan jadual aku. Hmmmmm....4hb Januari 2010 ??? Isnin ??? 2-3.00 pm dan 7-8.00 pm??? Apa dia nih?? Penulisan akademik utk sosial di DKP 3?? Tamadun Islam dan asia di DKP 7??? Ape nih?? Jap..owhh....kuliah aku bermula hari ni..patut la aku seram sejuk je.. aku seram bukan apa sbb dah lama x jumpa cikgu ni. nak kata aku suke memonteng kelas time sekolah dulu xda la plak. Baik ja aku dulu..hehehe. apa pun aku harap semuanya ok. Tp aku tetap seram. Ntah la. Mcm2 aku rasa nih. huhu. Kene cari bomoh jg nak minta air penawar nih. huhu...


Apa pun selepas ni, bermula la kehidupan aku sbg seorang pelajar. Tiada lagi make up. tiada lagi kasut tumit tinggi. tiada lagi bertukar2 handbeg. tiada lagi bertukar kasut ( read : melainkan kasut rosak atau hilang. Itu wajib bertukar dan beli baru dgn kadar segera ) Tiada lagi shopping sale. tiada lagi lipstik warna itu ini. tiada lagi nak selak2 buku AVON ( walaupun aku dah jadi ahli ) dan tiada lagi ape ek??? Ntah dah...byk sgt aktiviti sosial aku..huhu..

Apa pun aku harap, aku boleh lakukannya dan mencapai target dan apa yg telah aku rancang selama nih akan terlaksana. Alhamdulillah semua yang aku rancang terlaksana dgn izinNYA cuma tinggal 1 langkah sahaja utk aku kejar cita2 aku. Aku harap ALLAH sentiasa ada dengan aku dan diiringi doa mak aku utk aku tempuhi semua ini. May ALLAH bless me. Dan begitu juga kepada seseorg yg pernah bersama dgn aku selama ini. Semoga apa yg dirancang terlaksana. Hrmmm..bila aku tgk gambar sebelah ni..seram la plak..huhuhu


p/s : Mak!!! Nak kawin...ehhee

Saturday, January 2, 2010

Takdir

Dihempas gelombang dilemparkan angin
Sekisah ku bersedih ku bahagia
Di indah dunia yang berakhir sunyi
Langkah kaki di dalam rencana Nya

Semua berjalan dalam kehendak Nya
Nafas hidup cinta dan segalanya

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi

Bila mungkin ada luka coba tersenyumlah
Bila mungkin tawa coba bersabarlah
Karena air mata tak abadi
Akan hilang dan berganti

Bila mungkin hidup hampa dirasa
Mungkinkan hati rindukan Dia
Karena hanya dengan Nya hati tenang
Damai jiwa dan raga

Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Dan tertakdir menjalani segala kehendak Mu Ya Robbi
Ku berserah ku berpasrah hanya pada Mu Ya Robbi
Hanya pada Mu Ya Robbi

song by Opick and Melly


Miss you and i love u

Align Center





Thank you kepada semua yang menyokong dan membantu koi selama ini. Harap dapat jumpa korg lagi. To my famili kak cik sayangg hampa semua.

p/s : Sory kalau ada yg xde gambar kat sini. xde dlam simpanan la.