Saturday, January 30, 2010

Kenangan



Oppss..ni bukan skandal aku k. Ini arwah En mohammad bin bakhtior. Dah arwah dah. Meninggal sebelum raya haji tahun lepas. Petang khamis kalau x silap. Kemalangan jalan raya. Motor arwah jatuh tergelincir dan kepala arwah digilis dgn tayar treller. Nauzubillah. Terkilan juga aku bila dgr sbb seminggu sebelum dia meninggal aku pergi cari arwah. Sekadar untuk bertanya kabar dan sebab lama x jumpa sejak bahagian arwah berpindah tingkat. Masa floor yang sama, tmpt aku depan tmpat arwah. Arwah baik orang nya dan selalu berpesan. Pesanan sebagai seorang ayah kpd anaknya. Walaupun kdg2 arwah selalu menyakat aku dan selalu minta perfume aku. Jika aku tak bagi dia akan cari sendiri walaupun aku sembunyi perfume tu. Walaupun kdg2 kami suka gaduh ( read : gaduh spt seorang ayah dgn anak. Arwah suke menyakat aku dan x kira siapa saje ) tp aku tetap hormat arwah. Arwah selalu berkongsi cerita termasuk la bab2 rumah tangga. Bab2 rumah tangga tu sekadar cerita dan pesanan supaya nanti bila aku dah berumah tangga x kekok katanya. Al - Fatihah untuk arwah.

No comments: