Sunday, February 28, 2010

Kelisa ku

Jumaat baru ni aku bersama 5 orang pelajar UMS dari kursus Baktisiswa pi Kampung Bangkalalak, Beaufort. Seharian juga la aku kat sana. Dari pagi sampai petang. Aku sewa keta pi sana. Kalu pi sana aku mula risau dengan budak2 ni. Bukan apa. 1. Perjalanan yang jauh. 2. Selesa ke tidak budak2 ni dengan kereta yang aku sewa sbb jalan nak ke beaufort agak kurang memuaskan. Jalan x sekata. Tp kali ni bersemangat aku nak ke beaufort. Mau tak nya. Owner kerete sewa tu bagi keta kelisa. Best benor la. Dah lama dah aku berharap dapat sewa kereta kelisa nih. Selalunya kancil ja. Akhirnya dapat juga. Hehehe..suke suke. Almaklum la kereta aku kan kelisa. Nak bawa ke sini mahal. Tak cukup bajet. Huhu.. Semangat betol aku drive dari KK ke beaufort. Walaupun kerete tu tak seperti kereta aku tapi aku tetap suke dan riang membawanya. Hahaha..poyo je kan ayat aku. Itu menggambarkan betapa sukenye aku dapat membawa kereta kelisa yang selama ini aku rindukan kereta aku yang sekarang ni berada kat kedah sana nuu..selain itu ini menunjukkan bahawa aku menyokong kereta buatan tempatan. haha..( read : walaupun aku sering mengindamkan kereta buatan honda dan BMW sport. Tak salah kan kalu ia hanya angan2.keke. ) Seronok betol aku bawa kelisa sehinggakan ada plak tambahan 3 brek dalam kereta tu ( nota : 1 depan 2 belakang ) bila aku melalui selekoh2 semasa on the way pergi dan balik dari beaufort. Haha... Bila drive kat jalan raya aku suka tang selekoh. Ntah la. Aku pun tak tau kenapa banyak2 jalan raya yang kat dunia ni, tang selekoh tu memang aku suka. Tapi tu kalu aku yang drive la. Kalu orng lain agaknya aku pun akan buat brek sendiri. ahaha. Sory ye adik2 semua. Akak lepaskan gian sebenarnya.


Ni la kereta aku. Kelisa KBF2209. Rindu betol aku kat kete aku nih. Bukan apa. Sebelum ni ke mana saja aku pergi dia akan ikut. Tak pernah sekali pun nak buat hal yang mendatangkan masalah kepada aku. Kalau buat pun mungkin sebab kesilapan aku sendiri macam x tutup lampu kereta ke. Hehe ( read : terlupa la ). Dan biasanya ia akan jadi ditempat orang ramai dan ada yang akan tolong aku ( nota : agaknya mesti india kat tempat parking yang aku selalu parking keta tu buat kenduri syukur bila dorang tau aku dah xdok kat kl lagi sbb tak perlu lagi nak tolong aku caj bateri kereta aku yang kadang2 down sebab aku terlupa nak off lampu kereta ). Syukur sebab ada yang sudi tolong aku. Thanks ye. Tapi sekarang ni kuat plak kereta kelisa aku ni merajuk. Kadang2 sampai aku sendiri tak boleh percaya bila kakak dan mak aku bagitahu yang kereta tu selalu meragam. Terutama selalu sangat rosak dan suke sangat nak lock kereta dengan sendirinya. Sedangkan masa aku bawa tak pernah sekali pun terjadi kejadian sebegitu rupa. Mungkin agaknya dia tahu cara keja aku dan tempat2 yang aku selalu dan kene pergi. Mungkin agaknya dia tak nak bahayakan aku kot. ( nota : sayang betol kelisa tu kat aku. Mungkin agaknya pesanan dari owner asal kereta tu iaitu ayah aku supaya jaga aku baik2. )


Ni la kereta yang aku sewa tu. Walaupun tak macam kereta sendiri ( read : kereta sendiri lebih selesa bila drive ) tp aku tak kisah. Janji dapat bawa kereta kelisa. Kereta kelisa ni memang tak banyak masalah sebab dia ada kelebihan tersendiri. Kepada sapa yang pernah bawa dan ada kereta kelisa dorang tau la apa yang best dengan kereta ni. ( nota : kepada kak ema@noorzaimah tu cukup2 lah kembang buntut tu. Bukan akak atau saya je yang ada kereta kelisa kat malaysia nih. Saya tahu la akak dah lama mengidam nak beli kereta sy tu tapi saya xnak jual. Sehinggakan akak terpaksa cari kerete kelisa lain untuk dijadikan kereta. Sorry ye buat akak frust. haha. l0l )


Oh kelisa...

p/s : Semalam pi potong rambut. Hari ni rasa macam nak pi kedai tu semula ja. Aku nak kutip balik rambut2 aku yang dah digunting. Aku nak sambung balik rambut2 aku tu. Sayang plak rasanya bila dah gunting. Rasa nyesal plak pi gunting rambut walaupun cina tu potong tak pendek mana pun. Emm..terpaksa la aku tunggu beberapa bulan lagi untuk rambut aku ni panjang balik seperti sedia kala. huhu.

Sumbat bayi dalam lubang tandas

JOHOR BAHRU: Seorang wanita berusia 21 tahun disyaki membunuh bayi lelaki yang baru dilahirkannya Isnin lalu dengan melemaskan anaknya dalam pam tandas sebuah sekolah memandu di Segamat, bagi melindungi hubungannya bersama dua lelaki daripada terbongkar.

Mayat anaknya itu kemudian disumbat dalam tangki pam tandas berkenaan sehingga menyebabkan tubuh kecil itu remuk dan pecah.

Namun, rahsianya tidak bertahan lama apabila orang ramai yang merungut bau busuk dari tandas berkenaan membawa kepada penemuan mayat bayi yang mula membengkak dan reput.


Sumber polis semalam berkata, kepala bayi yang baru dilahirkan itu hampir hancur akibat disumbat dengan kuat ke dalam tangki pam.

Beliau berkata, lima hari lalu, dia dikatakan ke sekolah memandu berkenaan bagi menduduki ujian memandu, tetapi tergesa-gesa keluar dari kenderaan dengan alasan untuk ke tandas kerana sakit perut.

Difahamkan, ketika kejadian, dia berada hampir dua jam dalam tandas kononnya kerana membuang air besar dan orang ramai tidak mengesyaki sebarang perkara pelik.

Bagaimanapun, dia sebenarnya melahirkan bayi cukup sifat hasil hubungan sulit dengan dua lelaki berkenaan.

"Selepas hampir dua jam dalam tandas, dia keluar dari tandas dan meminta bantuan seorang pekerja sekolah memandu itu untuk mendapatkan beg plastik sebelum kembali semula dalam tandas dengan alasan perutnya kembali memulas.

"Dipercayai dia menggunakan beg plastik berkenaan untuk membungkus bayi baru dilahirkan itu sebelum dimasukkan dalam tangki pam berkenaan dan terus beredar," katanya.

Difahamkan, dia sudah ditahan polis untuk membantu siasatan, manakala polis sedang menjejaki dua lelaki yang dikatakan pernah menjalinkan hubungan sulit dengannya.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Abdul Majid Md Ali, ketika dihubungi enggan mengulas lanjut, sebaliknya menegaskan satu sidang media dijangka diadakan Isnin ini.

p/s : kejam betol perempuan ini. Patut dilaknat oleh ALLAH swt. Sungguh kejam sehingga sanggup membunuh anak sendiri demi menutup perbuatan terkutuk. Yang dilakukan oleh dirinya sendiri.

Thursday, February 25, 2010

Program hujung minggu nih.

Best btoi la. Esok cuti maulidur rasul...hohoho holiday lagi. Holiday pun tp program fix la. Esok pepagi buta selepas solat subuh terus bertolak pi beaufort. Ada perbincangan dengan org yang bermurah hati nak cari sponsor utk program Baktisiswa dan petang tu plak ada perbincangan dengan ketua2 kampung. Kena bagi penerangan berkenaan dengan perjalanan program hujung bulan depan. Pastu malam mungkin ada discussion utk tugasan kumpulan. Lotihnyeerrr..

Sabtu lak ada appoiment dengan Dr. Law kat Damai Speacilist Center pagi tu. Mati la. Konfim dia berleter sakan kat aku. Sorry ya. Segala nasihat Dr. x dapat sy turutkan atas sebab2 tertentu. Hehe. Abis appoinment tu. Terus gi kelas plak. Petang tu plak ingat nak gi tuaran.

Ahad plak aku nak gi KK. Cari maklumat. Mungkin sekali lagi kena masuk panggung wayang. Mdam Jane ( pensyarah aku ) nak tengok bukti tiket wayang yang bahawasanye kitorang gi tgk movie TOOTH FAIRY. Masalahnya aku dah buang tiket tu. Tak terfikir lak aku dia nak tgk tiket sebagai bukti. Kalu beli tiket tp x masuk wayang. Macam rugi plak kan. Nampaknya sekali lagi aku akan jadi "peqhak". Terkejut tgk manusia pelbagai ragam kat situ. Nak tau. Kat shopping komplek, salah 1 tempat yang aku x boleh pi adalah sekitar panggung wayang dan game. Kalau aku pi konfim aku akan jadi "peqhak" dan buat muka mcm rusa masuk kampung. Kat situ kan ada pelbagai ragam dan jenis org. Jadi mcm2 gelagat dan "show" boleh kita tgk. Adoi. Mdm Jane bagi tugasan kat kitorang. Dia suruh kami semua ni ramai2 pi wayang tengok movie TOOTH FAIRY dan kemudian buat review ttg cerita tu. Lepas tgk wayang nak cari buku dan baju baru. Dah lama x beli baju T-shirt. Baju kurung dah blaus banyak la. Pastu gi pasar philipin cari gelang kaki utk anak angkat aku, Syafira. Kak mas minta belikan.
Nanti mama belikan untuk syafira, ye sayang.

p/s : bila la dapat balik semenanjung.

Monday, February 22, 2010

Sahabat

kini terasa sungguh
kau pergi jauhi hidupku
apakah ini balasan ketulusan hatiku?

ku pikir kita telah menjadi sahabat sejati
tapi kini kau telah khianati ketulusan hati ini

setelah kau permainkan ku
kau datang kembali padaku
seolah tiada dosa, kau buat aku semakin tidak pecaya

sahabatku, kau telah khianati kepercayaanku selama ini
ku kira kau lah yang terbaik, tapi ku telah salah sangka
maafkan aku tidak boleh kembali bersamamu
setelah kau buat aku membencimu
kepercayaanku padamu telah hilang

kenangan yang telah terbuat
kan ku simpan sebagai yang terindah
walaupun kini terbongkar sudah kemunafikan dirimu

Gantikanlah posisiku dengan yang lain
kerana, aku sudah tak mampu menahan beban ini.
Tapi, yakinlah kamu tetap akan dalam memoriku.

Tuesday, February 16, 2010

Aishah

video


video

Aishah salah sorg penyanyi yang aku suke selain siti nurhaliza. Dulu sampai tampal poster gambar aishah kat bilik. minat gile la kononnya. Ni salah 1 lagu yang aku minat sampai sekarang.

Monday, February 15, 2010

Program sempena cuti sem

Sempena cuti raya cina dan semester break ni ( nota : sambil membilang hari betapa bosannya dok dalam bilik dan berapa hari library tutup sbb cuti raya ) aku telah merancang untuk pergi picnic kat sekitar kawasan sabah bi. Ini semua bagi mengelak keboringan aku dok dalam bilik. Lagipun aku ni susah nak melekat dalam bilik even rumah sewa kecuali rumah mak aku. Depan mak kena baik. Jangan nakal2. Nanti kena tarik telinga. Lagipun aku takkan habis kan masa yang ada selain bersama famili aku sebab aku kan jarang balik kampung. Huhu..Rindu la kat mak. Lagipun kalu aku dok kat umah @ bilik, tak byk aktiviti boleh aku buat selain tidor atau tgk movie kat laptop. Boring sungguh dan sebab tu badan aku ni mentain je. Tak pernah nak susut. Huhu. So, sempena cuti ni semalam aku merancang nak pergi picnic. Mangsa aku kat sini adalah famili kak long aku la. ( Kak long ni sepupu kepada abg ipar aku. Aku kenal dia pun masa aku dok sini. Famili dorg ni baguih2 dan xsegan aku dengan lepa nih. ). Ini je la sedara aku kat sini selain mak ngah noni aku.


1. Kami merancang pi Inanam. Jalan dia bengkang bengkok. Kalu dari UMS dalam 30-45minit je. Kirenye x sampai sejam la. Kami bertolak dalam pukul 9am mcm tu.
2. Nak masuk sini kena bayar. RM1.50 utk dewasa dan Rm0.50 untuk kanak2. Kat sini yang xbestnya tempat je la. Tempat terhad. Sbb sini byk batu. Kalu nasib baik ada la tempat. Kalu x sia2 je byar masuk.
3 & 4. Disebabkan tempat sini byk batu. Kami perlu naik dan turun tangga utk cari tempat. tp tempat dia best juga la.


5. Jangan disangka air ni cetek. Ada tempat yang dalam juga tau. Kat dasar tu byk batu dari pasir. Sejuk juga air dia. Lama aku memikir nak mandi atau x sbb sejuk. Aku tengok org lain mandi x sampai sejam dah mengigil badan dorg.
5. Yang x best kat sini sbb byk batu2 besar. So tempat utk kita duduk pun terhad la juga.


7. Lepas pergi picnic, kami merancang pergi Kota Belud plak. Nak pi tamu gadang. Katanya org best kat situ. kalu nak membeli apa2 la. Tp malangnya nasib kami. Tempat tu dah tutup. Next time je la aku datang situ.
8. Sampai juga aku kat kota belud ni. Bandar dia xla besar sgt. Lebih kurg mcm bandar temerloh je tp happening sikit la kat termerloh tu. Byk gambar2 yang cantik dan menarik masa aku on the way pergi dan balik dari kota belud tp x sempat nak snap sbb aku tengah drive. Nak minta tolong anak2 kak long aku tu tp dorg tengah tido. Kesian pulak nak kejutkan dorg hanya semata2 nak suruh ambik gambar. Lagipun handphone aku ada problem sejak kena air hujan hari tu dan kamera aku plak dalam beg baju kat sit belakang. huhu. Lain kali je la.

Wednesday, February 10, 2010

Kak..lain kali jangan buat mcm tu ye.

Jumaat lepas aku jadi AJK untuk sukan antara kolej kediaman UMS. Aku jadi AJK mamam@makan ja. Letih tau. Adoi. Berkejar aku hari tu. Dari library ke kompleks sukan. Nasib baik naik bas. Kalau jalan kaki..mati aku. Aku boleh terlupa yang sukan hari tu. Kena plak hari tu aku ada discussion utk tugasan aku. Malam tu dekat pukul 11 malam baru aku balik bilik sbb program habis malam. Kena plak malam tu aku terpaksa balik sorang2 sebab kawan aku balik dulu. Hadoii..mati aku. Bukan apa. Malam2 kan. Takut jga. Budak2 yang sama AJK dengan aku kebanyakkannya dok kolej lain dan ada transpot. Dan lagi pun dorang lambat lagi nak balik sebab nak tunggu surat pelepasan. Nak xnak terpaksa la aku balik sorang. Aku balik ikut jalan short cut sbb kalau ikut jalan jauh takut ada anjing.


Aku balik ikut jalan ni ar. Ni jalan short cut nak ke kompleks sukan. Cuba korang bayangkan lalu jalan ni sorang2 waktu malam. Seram weh. Mulut aku ni berkumat kamit baca doa. Minta jgn jadi apa2 kat aku. Pandang ke depan ja aku. Ada lampu pun sekadar menerangi jalan ja. Kiri kanan hutan. Mulanya ada dua orang laki yang ikut jalan ni. Aku ikut lepa la mulanya tapi cepat betoi dorang berjalan. X sempat aku nak kejar. Jadi terpaksa aku redah sorang2. Bus plak xdak sebab dah malam kan.


Balik pada tu aku cerita la kat roommate aku. Budak tu kata. " Beraninya kak. Malam2 lalu situ. Lain kali jangan buat macam tu lagi ". Tapi dalam hati, aku pun taubat dah xkan lalu jalan tu sorang2 waktu malam. Cukup la sekali tu ja. Seram. Malam esok tu pun aku kena bertugas lagi kat stadium. Tapi nasib baik ada kereta. Kereta tu aku sewa sebab kena pi beaufort pada siang tu. Aku terpaksa sewa kereta satu hari sbb tak sempat nak hantar balik ke owner dia.

Undi Itu rahsia

Kemarin aku pi mengundi untuk calon YDP PERMASESS ( Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Sosial ). Mulanya aku malas nak gi mengundi. Huhu Tapi disebabkan untuk pemilihan wakil Majlis Perwakilah Pelajar ( MPP ) aku x pi jadi aku pi la mengundi untuk calon sek. Aku bukan xmau mengundi tapi..1. Aku lansung x kenal semua calon. 2. Manifesto yang dibentangkan xdak lansung nak yakin kan aku sama ja (begitu jg untuk calon MPP ). Nanti aku juga yang menyesal kalu lepa x jalankan tugas yang sepatutnya. 3. Aku ada kelas arr...kena beratus panjang lak tu. 3. Kata mengundi itu rahsia tapi boleh berbincang dan nak pilih sapa. 4. Tak rasa mcm suasana mengundi pun. 5. Xpe la sem depan aku mengundi korang ye.


Antara dialog budak yang jaga tempat mengundi pada aku. P nama samaran merujuk kepada budak pompuan tu. Nama sebenar x elok di publish sebab aku pun xtau nama dia. huhu.

P : Name sape? Kos ape? No. matrik ?
Aku : Za'imah Binti Zakaria. Kos ANSOS. BA09110354.
P : Ok. Ambik kertas undi ni. Awak pilih 6 orang dari 8 orang k. Pastu kertas ni letak dalam peti undi. Ingat! Mangundi itu rahsia.
Aku : Ok. Baik ( dalam hati dan kalau boleh nak bertanya : rahsia ke mcm ni?? ada yang siap berbincang lagi. Tempat mengundi open air plak tu. Bleh nampak orang pilih sape. Mcm mana nak praktiskan budak u untuk pengundian utk negara? dan bla bla bla lagi. Tapi aku tahan je. )


Tempat mengundi.

Drive to Beaufort

Hari sabtu baru2 ni aku dengan 3 orang lagi pelajar UMS pi Beaufort. Aku pi sana untuk pemantauan tempat program anak angkat pelajar UMS. Kami buat kat kampung Bangkalalak. Sape drive???? Aku drive sebab adik2 ni xnak driver. Mungkin sebab dorang tak pernah drive jauh dan kebetulan memang aku nak belajar jalan2 kat sini dan aku pun drive la. Kami pi beaufort dengan kereta sewa. Kalau dari KK ke Beaufort ambil masa dalam 2 - 3 jam juga la. Kalau orang tu memang tau jalan dan drive laju dalam sejam pun dah sampai. Tapi hari tu kami dekat 4jam juga la sebab sesat. Salah petunjuk daa..Kitorang memusing sampai jalan yang nak menghala ke Kuala Penyu. Jauhhh tuu. Tapi bagi aku xde la letih sangat dan tak terasa apa sangat sebab aku sebelum ni pun pernah drive jauh dan tahu je la kan bila nak masuk kampung Orang Asli. Kampung yang aku pi tu ok la. nak tunjuk keadaan kampung tu tapi aku x bawa kamera masa tu dan lagi pun aku drive kan. Mana sempat nak tangkap gambar. Next time je la ye.


Peta sabah. Yang dalam bulatan tu adalah daerah Beaufort.


jalan ke Beaufort..macam ni la jalan raya kat sini. Lebih kurang mcm jalan di pahang juga ataupun jalan lama dari Kl ke utara atau selatan.


Sini xde highway. Yang ada pun jalan raya biasa je dan nak ke suatu daerah tu ada yang terpaksa ambil masa dalam 9-12jam. Kalau nak cepat naik flight tp mahal la.

Wednesday, February 3, 2010

Hari yang hottttt!!!!


Panasnya sejak dua menjak ni. Panas gillerr la. Nak berjalan pi kelas pun aku rasa malas. Huhuhu..


Panas sungguh sabah ni. Orang sabah sendiri pun kata panas. Apatah lagi aku yang berpeluh nih. Cair habis make up aku. Hilang bau wangian perfume aku yang aku sembur setiap inci pada baju aku. Berpeluh aku mengalahkan berpeluh selepas berlari 1000m. Bila dah sunburn kena la beli sunblock untuk disapu dimuka i ni. kena jaga tuh.. nanti kalu naik pelamin xde la segan sangat. hehe. Best juga kalau lemak2 di badan aku keluar mcm ni. Huhuhu..


Dah la panas. Air kat blok aku plak selalu tak dak sejak kebelakangan ni. adoiiii lagi panas aku. Nak mandi pun susah. kena pi blok orang lain. Tak pun pagi2 lagi aku dah mandi dan kalu malam aku tunggu tengah malam. Time semua tido aku mandi. Huhuhu. Nak kata ada perbaiki paip air tapi tak nampak pun. Tak kan la pihak UMS nak kurangkan utiliti. Adoi mcm tak dak benda lain nak kurangkan. Air tu kan penting untuk manusia. Untuk kegunaan seharian.



Kan best kalau UMS macam dalam gambar ni. Bila aircond rosak pi sini. Teduh. sejuk. Tak panas. Dapat tenangkan fikiran. Baik untuk mata. Kalau air tak dak plak. Tak payah pening2 cari air. terjun ja dalam tu. senang cerita. tak payah berebut.

Nasi Lemak RM1.70





Nasi lemak mcm ni kalau kat semenanjung dijual RM1.00 tapi kat hostel aku dijual RM1.70. Kalau yang dibungkus dalam daun pisang dijual RM1.50. Rasanya....boleh la untuk dimakan.

p/s : apa pun sedap lagi nasi lemak buatan aku dan paling sedap buatan mak aku la. Khas dari air tangan dia tau...

Monday, February 1, 2010

Gunung Kinabalu










Gunung kinabalu. Gambar ni aku snap dari bilik aku. Sorry la sbb kabur sikit. Kamera aku x secanggih mana. Hehe. Gunung kinabalu adlah gunung paling tinggi di Sabah dan Malaysia.
Align Center

Hafis Yang cute


Budak comel ni nama dia hafis. Aku jumpa diakat KFC Central Point KK semalam. Masa tu dia tengah dok main2 kat sebelah meja aku. Aku pun apa lagi mula la nak ringan mulut. hehe. Lebih mcm ni la perbualan kitorang.

Aku : Hai. What is ur name? How are you?
Hafis : Hafis.
Aku : Mama mana ?
Hafis : Tu. ( sambil tunjuk pada salah 1 sorg pompuan tp aku x sure yang mana 1 sbb ramai yg tgh beratur )
Aku : Datang sini nak makan ayam ek? Suka makan ayam ye? ( Lupe plak aku. nama pun restoran KFC. MMg la semua yang datang nak makan ayam. Adoi. )
Hafis : Makan ayam la. Suke. Sedap. ( Mesti dia kata. Bengong betul kakak ni. Aku datang sini mmg nak makan ayam. Kalu x suke aku x datang )
Aku : Ok la hafis. Kakak balik dulu ye. Mari kakak tangkap gambar hafis.
Dia pun dgn penuh gaya bagi la senyuman yg paling manis kat aku.

p/s : harap dapat jumpa dia lagi.

Bulan oh bulan


Bulan oh bulan. Ni aku suka bulan. Beberapa hari ni bulan cerah setiap malam. Cantik.

p/s : harus diingatkan ini bukan UFO atau makhluk asing tp BULAN