Wednesday, February 10, 2010

Kak..lain kali jangan buat mcm tu ye.

Jumaat lepas aku jadi AJK untuk sukan antara kolej kediaman UMS. Aku jadi AJK mamam@makan ja. Letih tau. Adoi. Berkejar aku hari tu. Dari library ke kompleks sukan. Nasib baik naik bas. Kalau jalan kaki..mati aku. Aku boleh terlupa yang sukan hari tu. Kena plak hari tu aku ada discussion utk tugasan aku. Malam tu dekat pukul 11 malam baru aku balik bilik sbb program habis malam. Kena plak malam tu aku terpaksa balik sorang2 sebab kawan aku balik dulu. Hadoii..mati aku. Bukan apa. Malam2 kan. Takut jga. Budak2 yang sama AJK dengan aku kebanyakkannya dok kolej lain dan ada transpot. Dan lagi pun dorang lambat lagi nak balik sebab nak tunggu surat pelepasan. Nak xnak terpaksa la aku balik sorang. Aku balik ikut jalan short cut sbb kalau ikut jalan jauh takut ada anjing.


Aku balik ikut jalan ni ar. Ni jalan short cut nak ke kompleks sukan. Cuba korang bayangkan lalu jalan ni sorang2 waktu malam. Seram weh. Mulut aku ni berkumat kamit baca doa. Minta jgn jadi apa2 kat aku. Pandang ke depan ja aku. Ada lampu pun sekadar menerangi jalan ja. Kiri kanan hutan. Mulanya ada dua orang laki yang ikut jalan ni. Aku ikut lepa la mulanya tapi cepat betoi dorang berjalan. X sempat aku nak kejar. Jadi terpaksa aku redah sorang2. Bus plak xdak sebab dah malam kan.


Balik pada tu aku cerita la kat roommate aku. Budak tu kata. " Beraninya kak. Malam2 lalu situ. Lain kali jangan buat macam tu lagi ". Tapi dalam hati, aku pun taubat dah xkan lalu jalan tu sorang2 waktu malam. Cukup la sekali tu ja. Seram. Malam esok tu pun aku kena bertugas lagi kat stadium. Tapi nasib baik ada kereta. Kereta tu aku sewa sebab kena pi beaufort pada siang tu. Aku terpaksa sewa kereta satu hari sbb tak sempat nak hantar balik ke owner dia.

4 comments:

zaza said...

chik.. seramm siottt weiii.. mcm dalam citer histeria jaa tu.. jgn duk lalu dah laa... mmg hantu takut kat k.chik.. (sbb hang mmg xtakut hantu) tp tolongggglah takutkan 'orang' yang menjadi hantuuu... gerun weh!

ainul02 said...

mmg pun. kawasan tu berhutan sikit. kalu jadi apa2 lambat sikt la org nak tau. nasib baik x jadi apa2. syukur la. lepas ni taubat dah xkan lalu kot sini.

Mazidul Akmal Sidik said...

Kalau jadi AJK Makanan kena kuat makankan?

Next time please invite me to join the committe, teringin nak jadi AJK. Dulu masa zaman belajar, orang suruh jaga keamanan jer, AJK Keselamatan.

Kalau junior buat kecoh, tarik telinga then suruh basuh baju kotor seorang sehelai. Kira macam laundry lah lebih kurang.

ainul02 said...

hahaha...tq sebab sudi melawat blog saya..tq...insyaALLAH nak juga jemput nak juga jumpa en mazidul..mesti byk pkr boleh dikongsi terutama pengalaman en mazidul..dalam byk2 keje ajk ni..ajk makanan la paling byk diberi kepada sy...naik bosan sbb selalu kena jadi ajk makanan.