Tarikh 4 April 2006 adalah tarikh yg xkan koi lupa. 4hb April adalah tarikh hari jadi ayah koi. 4 april 2006 adalah last date, kami sekeluarga meraikan hari jadi ayah. Pada tarikh tu, sorg pun x teringat atau nak wish besday kat dia termasuk koi. Walaupun koi sentiasa ingat tp koi x wish langsung. Merajuk punya pasal. Merajuk pasal ayah koi x bagi koi kerja. Ayah koi lebih suka koi dok umah dan buat keje umah sementara tunggu panggilan masuk u. Lagipun ayah kata, gaji yang diberi sikit berbanding keje yang koi kena buat. Tapi bagi koi, itu semua x penting. Yang penting koi dapat pengalaman dan duit. Jadi koi xda la nak mengharap duit mak ayah koi untuk nak beli apa2 dan nak bayar yuran masuk u nanti. Lagipun koi hanya bekerja sbg baby sister je dan koi dah berjanji dgn pengetua taska tu utk kerja kat situ. Ntah la. Kdg2 koi x paham dgn keputusan ayah koi. Mungkin ayah ada alasan yg tertentu dan mmg sukar untuk anak yg degil mcm koi ni nak paham ( koi mmg degil sikit..hehehe ). Selama 2 minggu koi x bercakap dgn ayah. Untuk pujuk koi, ayah koi hadiahkan cincin kat koi. Dlaam hati punya la marah sbb koi xbleh pakai brg kemas sbb elegik dan ayah pun tahu. Tapi koi tetap ucap terima kasih pada ayah walaupun koi x cakap. Bila difikirkan balik, koi sbg anak kena akur dgn keputusan org tua koi. Koi cuba utk baikki hubungan antara koi dgn ayah. Dlm tempoh koi utk cuba berbaik dgn ayah. 14hb April 2006, ayah kena pergi ke satu tempat yang jauh. Jauh dari semua org. ALLAH swt telah jemput ayah pulang. Sedihnya diri koi hanya tuhan yang tahu. Berbulan2 koi bersedih. Setiap malam koi menangis. Sedih sbb koi xdpt minta maaf diatas kedegilan koi. Maafkan kak cik ayah. Dan sekarang koi, sentiasa pakai cincin yang ayah bagi. elegik koi pada brg kemas dah xde. Tp koi hanya pakai cincin ayah koi je. Koi xda la nak pakai brg2 kemas mcm mak2 datin tu. Koi x minat dgn barang kemas laa.
p/s : Esok 5hb april adalah besday kakak kedua koi. Happy besday to you. kak tun.
No comments:
Post a Comment