Friday, March 20, 2009

Saya budak baru belajar

Sejak dok Ibupejabat ni, banyak benda koi belajar. Bukan basic je. Maksudnye keje koi yang hakiki tp keje lain pun koi kena buat juga. Dulu masa kat daerah koi hanya membuat keje koi saja. Iaitu hanya ambik tau pasal pendidikan je. Sbb koi buat bahagian tu. Dan aktiviti keje koi pun hanya berkaitan dgn itu sahaja. Tp bila dok Ibupejabat ni, koi kena ambik tahu semua sampaikan hal - hal bajet pun koi kena ambik tau juga. Yela nak mohon peruntukan biasiswa dan buat program untuk pelajar IPTA. Bukan itu sahaja, keje unit dan seksyen lain di bahagian koi pun, kena ambik tahu juga. Poning dan serabut kepala koi nak faham semua tu. Byk benda juga kena tau tu. Bukan senang. Tambah plak budak yang baru belajar mcm koi ni. Huhu. Ada 1 hari tu, koi mcm nak nangis je. Huhu. Ye la keje terlampau byk sgt. Sampai xtau nak buat mana 1. Hari - hari balik lambat. Kalu balik x nampak bulan mmg x sah. Sebenarnya, koi sendiri pun x kisah. Koi suke belajar benada baru. Lagi pun, mungkin ini adalah persediaan untuk koi sebelum koi jadi pegawai atasan suatu hari nanti. Hehe. Mudah - mudahan la. Mana la tau kan. Hehe.

Apapun, yang penting sekarang ni adalah permohonan sambung belajar koi. Harap2 dapat la.

No comments: