Thursday, April 15, 2010

Pemergian Ayahanda Tersayang

Semalam 14/4/2010 genap 4 tahun pemergian arwah ayah aku. Sebenarnya sungguh janggal aku bila menyebut atau menulis malah menaip perkataan "arwah". Apatah lagi bila perkataan itu terletak dipangkal depan nama ayah aku. Mungkin orang akan kata aku masih belum menerima pemergian beliau. Yes! aku terima but he still alive in my life. That why aku kurang suka letak perkataan arwah dipangkal depan namanya. Roh dan dirinya telah pergi meninggalkan kami sekeluarga tapi ingatan dan kenangan terhadap ayah tetap selalu ada dalam diri aku. Emm...yang pergi tetap pergi. Hanya sedekah al fatihah dan surah yassin yang mampu aku lakukan untuknya. Tiada sepasang baju melayu yang dapat aku belikan untuk ayah. Itu adalah harapan dan niat aku untuk ayah apabila aku sudah bekerja. Tapi semuanya terpaksa aku simpan kerana ayah telah jauh pergi dari aku. Tapi syukur masih tetap ada hadiah dan cara untuk aku berhubung dengan ayah iaitu dengan berdoa dan sedekah alfatihah dan surah yassin. Aku harap ayah aman disana. Aku tahu itu. Tiada sesiapa pun yang boleh gantikan tempat ayah dan tiada siapa pun sehebat ayah.

p/s : Bila difikirkan balik. Aku ditakdirkan berada di sabah ini adalah untuk tunaikan cakap2 ayah aku dulu. Dulu kalau time dia marah2 @ merajuk. Dia akan kata nak tinggalkan kami dan nak dok menetap di sabah. Kononnya anak2 buat peel sebab tak suka kat dia la. Haha.. Anak dengan ayah sama je. Kalau marah atau protes mesti nak lari dari rumah...opppsss...sape tu ek???haha...

No comments: