Tuesday, June 29, 2010

Percutian di pantai merdeka resort

Ku ukir nama mu di awan gunung jerai,
bersaksikan laut daun nyiur melambai,
dari pandangan permai di situ tanjung dawai,
terkenang peristiwa cinta kita terurai,
oh indahnya peristiwa,
cinta kita di pantai merdeka...

Ewahh...pagi2 macam ni mendayu2 plak aku ni berpuitis..hehe..ni cheq nak bagitau hangpa semua dan nak buat promosi la sikit kat tempat pelancongan negeri cheq ni...( 1st time aku rasa promosi tmpt sndr kat blog aku ni..hehe ). ok. Minggu lepas aku dengan family pi holiday kat pantai merdeka resort. Best juga la resort ni. Cantik. Dulu kurang cantik tapi sekarang dah cantik. Cantik sangat. Kat sini kita boleh berkelah, mandi2 pantai, naik bot gi mancing atau gi seberang untuk ke tanjung dawai, dan mcm2 lagi la. Tapi kalau nak buat trip gi sini aku x cadang kat korang untuk mandi pantai kat sini. Air kat pantai merdeka kurang elok sejak kena tsunami tahun 2006 dulu. Aku lebih cadang korang mandi kat kolam renang yang dorang sediakan tapi ada juga orang yang gi mandi pantai kat situ. Ok je aku tgk dorang mandi. Dulu mmg cantik dan boleh mandi. Sebelum ayah aku meninggal kitorang 1 family selalu datang sini untuk bercuti. Bestt.


Ku ukir nama mu di awan gunung jerai, bersaksikan laut daun nyiur melambai, dari pandangan permai di situ tanjung dawai, terkenang peristiwa cinta kita terurai, oh indahnya peristiwa, cinta kita di pantai merdeka...itu la gunung jerai. Penanda kepada kapal2 pedagang dahulu bahawa dorang dah sampai ke tanah melayu...


Sementara tunggu kakak2 dan abg2 ipar aku sampai. Aku, mak dan adik pi la pekena mee udang dgn abc dulu untuk kenyangkan perut yang sudah kelaparan. Kat pantai merdeka beach resort ni tak susah nak cari makan. Pengunjung boleh pilih nak makan kat cafe yang disediakan oleh merdeka beach resort ataupun kat kedai2 makan yang dibuka depan resort. Pilih je nak yang mana. Emm...Kat sini pun ada juga jual mee udang juga. Sedap. ABC Gunung Jerai kat kedai ni pun sedap juga. Aku suggest korang pi makan kat kedai kak cik. Sedap. Tapi kalau nak pekena mee udang yang lagi sedap lebih baik pi pulau sayak. Pulau sayak mmg terkenal dengan mee udang. Dekat je nak pi situ kalau dari pantai merdeka. Kalau nak pi makan atau nak cari ikan kering @ belacan kat tanjung dawai. Boleh naik bot je gi sana. Lagi dekat. Dari pantai merdeka dah nampak tanjung dawai.



Ok tak?? Kat sini ada byk bilik. So kurang boleh buat pilihan. Harga yang di caj pun ok juga. Berpatutan. Korang boleh call atau gi website resort ni. Kalau nak datang sini untuk bercuti. Sebaiknya booking dulu. Biasanya weekend mmg fully booking.


Ni aktiviti kitorang waktu pagi. Menjala ikan la. Kat sini kita boleh pancing ikan.

Align Center

Tengok la gelagat anak2 buah aku ni bila dapat air. Sukeeee benar.


My lovely with her daughter.


Percutian kali ni paling bestnya budak dua orang ni la. Dapat bebas katakan..hehehe...

1 comment:

zaza@mamaHanin said...

chik.. pesal lah letak gambo yang satu tu.. xmo enterprem laaa... huhuhu...