Tuesday, March 16, 2010

Anjing oh anjing

Walaupun orang selalu kata anjing adalah sebagai penyelamat. Anjing juga sering digunakan oleh sesetengah orang untuk jaga rumah mereka. Kononnya untuk jaga keselamatan la. Kalau ada pencuri nak masuk rumah, anjing akan bertindak untuk tolong tuan umah kejar pencuri tersebut. Tuan rumah just duduk di rumah menanti anjing gigit kaki pencuri tu pastu baru tuan rumah itu akan bertindak ( nota : itu pun kalau anjing tu x biol la. Biol akibat dibaling kayu oleh pencuri yang dikejar ). Selain itu, abang2 polis juga selain tulis surat saman untuk aku. Dorang selalu guna anjing untuk menyiasat kes2 tertentu. Terutama kes jenayah la. Dan banyak juga kes2 ini berjaya diselesaikan dengan bantuan anjing. Bagus kan anjing ni. Banyak kegunaannya.


Superdog. Mungkin ini anjing belaan superman dan superwoman kot.


Haiiii....boleh berkenalan..

Tapi sehebat mana pun anjing ini seramah mana pun anjing tetap haram bagi umat islam. Tak boleh dibela. Sebab anjing adalah najis yang paling besar dan harus disamak jika tersentuh atau menyentuh nya. Haram bagi umat islam. Dan oleh sebab itu juga la. Bila anjing datang melepak kat koridor blok aku. Panjang je langkah aku berlari dan terus berlari. Selain daripada najisnya aku juga takut padanya ( nota : Allah yang paling ditakuti ). Kat sini aku memang trauma dengan anjing. Nampak je anjing terus aku berlari sekuat hati. Walaupun anjing tu berada jauh dari aku. Aku tetap akan melarikan diri. BUkan kerana aku bersalah padanya tapi aku trauma dengan anjing. Mana la tahu tiba2 dia gigit aku ke kan. Jenuh la plak aku nak kena gi samak dengan luka2 gigitan lagi. Tak pun dia datang2 menyendel kat kaki aku ke. Dah orang kata aku langgar hukum agama. Tak boleh itu. Haram tetap haram. Dan disebabkan anjing juga la kadang2 aku terpaksa mengikut jalan pintas ( nota : jalan pintas paling jauh sekali ). Meredah blok orang semata2 nak mengelak dari bertemu dengan anjing. Budak2 bilik aku pun dah boleh paham apabila malam je aku call dorang. Secara automatiknya dorang akan buka teropong memerhatikan kelibat anjing. Jika line clear ( nota : bebas anjing ) signal akan diberi. Dan aku dengan rasa selamatnya naik tangga blok untuk ke bilik aku. Jika dorang dengar aku berlari sambil menjerit dari tandas. Cepat2 dorang akan bukakan pintu dan tutup pintu itu semula ( nota : baguskan budak2 ni. Penjaga aku yang baik disini. lols ) . Itu menandakan anjing sedang senyum kat aku. Trauma aku dibuatnya. ( nota : manusia tak boleh jatuh cinta dengan anjing..haram hukumya. lols )



Jadi kepada anjing2 semua. Seberapa comelnya bulu engkau. Engkau tetap haram bagi aku.huhu


Bila la UMS ni nak tangkap semua2 anjing ni. Trauma aku dibuatnya. Sengsara hidup..

No comments: