Wednesday, March 17, 2010

Ape ek???

Apa yang aku nak cerita untuk entry kali ni ek. Emm...Mak aku pernah kata yang aku ni ada mewarisi sifat ayah aku. Ntah la. Ada ke ek???? Mak aku ja yang tau. Nanti aku balik kedah aku tanya dia k. Kadang2 aku terfikir adakah tindakan aku itu betol atau sebaliknya. Kadang2 juga aku terfikir perlukah aku buat begitu atau sebaliknya. Dan kadang2 aku terfikir adakah aku ni kejam. Tapi macam mana plak orang yang cuba menikam aku dari belakang??? Cuba untuk menceritakan tentang sesuatu yang bertentangan dengan diri aku ?? Orang yang hanya berbaik dengan aku kerana ada perkara yang tersirat ?? Orang yang cuba membuat sesuatu perkara yang aku tak suka?? Dan kadang2 bila perkara itu berlaku. Aku akan cuba untuk jauhkan diri. Bukan bermaksud untuk melarikan diri tapi cuma untuk set semula diri aku agar tidak terus membenci dirinya. Cuba untuk memaafkannya. Cuba untuk memikirkan kebaikannya pada aku sebelum ini. Cuba untuk menerima dirinya semula agar tidak terus membencinya. Cuba dan cuba malah cuba. ( nota : maaf..jika aku tidak lagi menghubungi sesetengah orang itu dan jangan risau aku xkan melupakan korang semua. kamu tetap berjasa pada diri ku ini. selain itu, aku juga menyibukkan diri aku di sini supaya aku tidak selalu pikirkan perkara yang lepas ).
Ada orang pernah kata pada aku. Kenapa perlu aku lari. Just go on dan terima semuanya. Yes, aku terima! Tapi berikan aku ruang untuk aku bernafas. Aku tidak pernah lari dari sesiapa tp aku hanya ingin mencari ruang untuk bernafas. Untuk aku berfikir sejenak. Baik dan buruknya. Supaya aku tidak tertekan dengan apa yang terjadi. Supaya aku boleh berfikir secara logik malah waras dan boleh memaafkannya. Aku bukan seorang pendendam dan aku bukan seorang pemarah. Berikan aku ruang untuk aku tenangkan diri aku. Supaya diri aku tidak rasa sesak atau rimas kerana diri kamu.

No comments: